Thursday, April 28, 2011

Anwar Ibrahim menghitung hari.

Angka 16 merupakan satu kecelakaan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Mana tidaknya, merancang untuk menjatuhkan Kerajaan BN pada 16hb. September tapi gagal dan baru-baru ini merancang untuk tumbangkan Kerajaan BN dalam PRN Sarawak juga gagal.

Satu lagi angkat 16 sedang menunggu nasib Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh pada 16hb. Mei 2011 bagi memutuskan sama ada beliau perlu membela diri atau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat Saiful secara paksa.

Hujah kedua-dua belah pihak sudah pun berakhir, pihak pembela mendakwa bahawa zakar Anwar Ibrahim telah masuk ke dalam dubur Saiful.

Manakala pihak pembela pula berhujah tidak berlaku kejadian liwat secara paksa diantara Anwar Ibrahim dengan Saiful kerana 2 hari selepas kejadian barulah lapuran polis dibuat dan sebelum daripada lapuran polis dibuat Saiful sempat minum kopi dan makan karipap bersama Anwar Ibrahim.

Bagaimana boleh dikatakan paksa selepas “main” boleh duduk minum dan makan bersama dan tunggu masa lebih daripada 48jam baru lapuran polis dibuat, itu pun setelah berjumpa dengan beberapa orang tertentu.

Sekiranya zakar Anwar Ibrahim masuk kedalam dubur Saiful tidak dengan cara paksa bolehlah dianggap berlaku ‘homeseksual’ iaitu mengadakan perhubungan sejenis atas sifat suka sama suka.

Kalau dalam kes antara lelaki dan perempuan apabila ditangkap sedang berdua-dua suka sama suka mereka itu akan dituduh berkhalwat atau pun mukadimah zina dan jika didapati bersalah kedua-duanya akan dihukum.

Apabila berlaku perzinaan secara paksa yang mana pihak perempuan tidak mengizinkan itu dipanggil rogol. Dan tidak dipanggil rogol sekiranya perempuan itu boleh bersenang lenang, makan minum bersama dan pergi shopping terlebih dahulu dalam masa dua hari barulah buat lapuran polis.

Sekarang Anwar Ibrahim sedang meghitung hari, apakah beliau akan ke Sungai Buloh kerana didapati besalah atau boleh terus bersama penyokong-penyokongnya bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai.

Atau terpaksa tunduk dengan isu ‘Video Lucah’ yang sedang dipertontonkan kepada masyarakat seluruh dunia yang dikatakan pelakun didalam video lucah itu adalah Anwar Ibrahim sedang berzina dengan seorang gadis Cina.

Cukup sudah ‘pakej’ hubungan sex yang melibatkan lubang kerongkong, puki dan dubur dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Aduh sungguh mengaibkan. Apakah semua rakyat bersetuju perkara perkara yang mengibkan ini dihalal kerana politik?.

Apakah semua kejadian ini akan dibukukan dan akan menjadi mata pelajaran sejarah yang wajib dibaca oleh murid-murid sekolah akan datang. Jawabnya TIDAK sekiranya PUTRAJAYA diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Persoalan sekarang yang menjadi tandatanya. Apabila Anwar Ibrahim akan di PENJARA atau beliau tidak akan meneruskan sisa-sisa hidupnya dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat dan sekiranya ini terjadi.


Siapa akan ganti Anwar Ibrahim mengepalai Pakatan Rakyat?

Jawapannya ikuti blog ini pada 17hb. Mei 2011.

No comments: