Friday, April 22, 2011

Santai di 'pengkalan haram' selepas solat Jumaat.



MCA dan GERAKAN akan menjadi 'gajah puteh' kepada BN. Pengundi Cina sudah tidak percaya kepada perjuangan parti MCA dan GERAKAN lagi. Orang Cina telah menolak MCA dan GERAKAN sejak pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008. MCA dan GERAKAN tidak boleh diharap.

UMNO marah apabila pengundi Cina menyokong DAP, tuduhan DAP adalah sebuah parti perkauman terus didendangkan termasuklah oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed yang terlupa bahawa UMNO adalah sebuah parti perkauman juga.

DAP berjaya menyatukan pengundi Cina yang menyebabkan parti itu menang banyak ditempatnya bertanding, manakalah UMNO pula tidak dapat menyatukan pengudi Melayu yang menyebabkan UMNO kalah banyak kerusi.

Sebenarnya kita tak payah takut kepada DAP, perti itu bukanlah kuat sangat kalau hendak dibandingkan dengan kekuatan yang ada pada Kerajaan BN. DAP hanya boleh berlagak buat sementara waktu sekiranya UMNO betul-betul dapat memikat hati rakyat supaya bersatu dibawah payung 'Kerajaan Perpaduan' yang berlandaskan kejujuran dan tradisi membela rakyat.

Kalau slogan kerajaan diubah daripada 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kepada 'Tradisi Membela Rakyat, Membangun Bersama Islam' maka natijah untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan akan dapat dilaksanakan dan tentunya Melayu yang menjadi tuan kepada negara ini akan dapat meranapkan kemenangan DAP dalam pilihanraya umum ke 13.

Dan pada waktu itu, BN akan bertambah kuat kerana melayu sudah tidak banyak berpecah. Kerajaan Perpaduan akan ujud setelah UMNO, PAS dan PKR akan bergabung. Mahukah PM Najib dan pemimpim UMNO lain berkerja kearah itu?.

Sudah terang sekarang ini dimana kawasan yang majoritinya tidak dimiliki oleh melayu, BN akan kalah dalam PRU kerana MCA, GERAKAN, MIC, PPP dan lain-lain sudah tidak kuat lagi, hanya UMNO satu-satunya parti dalam kemponan BN yang masih dipercayai oleh rakyat dan masih boleh kemenangan.

Kelewatan menyusun Kerajaan Perpaduan akan menyebabkan PAS dan PKR akan terus bersama DAP menerjah BN dalam PRU ke 13 nanti dan ini boleh menyulitkan kemenagan yang bergaya oleh BN terutamanya UMNO, tambahan lagi kawasan yang majoritinya melayu diberi pula kepada MCA, GERAKAN, MIC dan PPP bertanding yang menyebabkan BN akan terus menerima kekalahan.

Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO hanya ada dua pilihan bagi menyelamatkan kuasa dalam kerajaan iaitu sama ada ujudkan Kerajaan Perpadua yang terdiri daripada UMNO, PAS dan KEADILAN yang mana pemimpinnya melayu atau ajak DAP menyertai BN yang sudah dianggap parti perkauman. Dalam politik semuanya boleh jadi.

Kempen lah 'lagu mana' pun, orang Cina tidak akan menolak DAP buat masa ini kerana mereka boleh hidup senang dengan menikmati apa yang disediakan oleh kerajaan hasil daripada dasar berkonsepkan 1Malaysia. Yang akan merana adalah bangsa melayu kerana dihina dan dicaci oleh bangsa melayu sendiri.

Bukan rakyat tidak sedar bahawa kuasa melayu akan terhakis, tapi rakyat melayu lebih 'loya dan muak' dengan pemimpin UMNO yang tak sedar diri yang tidak melaksanakan tugas dan amanah sebagai profession membela rakyat. Apa yang berlaku kini mereka itu melaksanakan kuasa dengan rakus untuk kepentingan diri dan puak masing-masing.

PM Najib telah minta supaya pemimpin UMNO diperingkat Negeri dan Bahagian semuga mewujudkan pasukan dan jangan mewujudkan puak tapi malangkan saranan PM Najib itu masih tidak dapat dihayati oleh pemimpin UMNO diperingkat Negeri dan Bahagian. Berpuak-puak masih lagi menjadi amalan dibanyak Bahagian UMNO kini.

Menyerang DAP tidak kemana selagi dalam rumah sendiri masih berkecamuk, Teori mengata huduh, mencaci, maki hamun terhadap Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz tidak kemana bahkan bertambah semangat lagi mereka berdua itu untuk turun ke kampung dan desa mendekati rakyat bagi mendapat sokongan untuk meruntuhkan kerajaan BN dalam PRU ke 13.

Dan rakyat yang tidak ahli UMNO percaya PUTRAJAYA akan jadi milik Pakatan Rakyat apabila berlangsungnya Pilihanraya UMUM ke 13 nanti.

No comments: