Sunday, April 24, 2011

'Cinta Palsu' Ahmad Mazlan !

Ahmad Mazlan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia menyebut bahawa satu hari nanti akan tiba masanya orang melayu yang majoriti penduduk negara ini akan bersatu tidak lagi berpecah belah kerana parti.

Ini adalah satu kesedaran yang boleh dipuji sekiranya semua sikap pemimpin melayu meletakkan keutamaan kesejahteraan rakyat melayu lebih daripada mengekal kuasa untuk mencari kesenangan dan kemewahan hidup dengan memperalatkan rakyat melayu.

Kesedaran Ahmad Mazlan itu diharap bukan sebagai satu retorik politik UMNO bagi menyedapkan hati rakyat melayu yang sekarang ini diresahkan dengan berbagai-bagai andaian akibat kemenangan besar parti DAP dalam PRN Sarawak lalu.

Beliau juga turut mengatakan, pintu rundingan kerajaan perpaduan dengan PAS sentiasa terbuka asalkan PAS sanggup meninggalkan PKR dan DAP. Sudah melencung pula budak Ahmad Mazlan ini dalam memberi penjelasan kerajaan perpaduan.

Kenapa ada syarat kepada PAS, kenapa PAS kena tinggalkan PKR dan DAP. Adakah kerana dalam PKR ada ahlinya orang Cina dan India maka PAS tak boleh bersama UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama.

Kenapa UMNO tidak terlebih dahulu meninggalkan MCA dan GERAKAN kerana parti itu tidak bersifat melayu sekiranya alasan oleh kerana ada bangsa lain bersama PAS maka tidak boleh diujudkan Kerajaan Perpaduan.

Nampak sangat bahawa Ahmad Mazlan tidak berminat kepada Kerajaan Perpaduan untuk kepentingan kuasa orang melayu dinegara ini. Ahmad Mazlan hanya mahu melihat perpaduan melayu akan ujud tanpa Anwar Ibrahim. Kenapa?

Kerana sekiranya Anwar Ibrahim ada bersama dalam Kerajaan Perpaduan, banyak perkara harus diperbetulkan, kepentingan pihak-pihak yang tidak menjalankan dasar kerajaan mengikut buku akan didedah dan diambil tindakan.

Senarai 17 orang yang berprofile tinggi yang dicadangkan oleh SPRM untuk pendakwaan akan diteruskan, skandal rasuah dan penyalahangunaan kuasa akan dibongkar, hak rakyat akan dikembalikan terutamanya royalti minyak untuk Negeri Kelantan.

Apa salahnya untuk kepentingan kuasa melayu, Kerajaan yang diterajui oleh UMNO melupakan detik-detik hitam sejarah silam. Berpakatlah diantara tokoh-tokoh politik melayu yang terdiri daripada UMNO, PAS dan PKR. Jangan ketepikan pengaruh Anwar Ibrahim terhadap orang melayu. Akuilah.

Sekiranya PM Najib, Mahyuddin Yassin, Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi Awang boleh duduk bersama, berbincang dalam semangat Islam untuk kepentingan anak cucu orang orang melayu dimasa depan. Insya Allah Kerajaan Perpaduan mudah untuk dibentuk.

Yang menjadi masaalahnya apabila ada pemimpin melayu takut kepada bayang-bayangnya sendiri, manakala yang jadi menteri bimbang digugurkan.

No comments: