Wednesday, May 25, 2011

Masa masih tersisa untuk Husam.

Dato' Husam Musa mesra bersama Tuan Guru Nik Ab.Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.


Muktamar PAS akan berlangsung pada 3hb. 4hb dan 5hb. June 2011 ini. Tuan Guru Haji Hadi Awang menang Presiden PAS tanpa bertanding. Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa akan ditentang oleh Mohamed Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man manakala Dato' Husam Musa telah menawar diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden PAS bersama penyandang lalu iaitu Salehuddin Ayub dan Mahfus Omar.


Apa yang menarik disini apabila Husam Musa telah bersetuju menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden PAS disaat-saat akhir yang mana sebelum daripada ini Husam Musa dikatakan hanya akan bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Agong PAS sahaja.


Walau pun nama Husam Musa telah disebut-sebut sebagai orang yang layak untuk merebut jawatan Presiden tapi awal-awal lagi Husam Musa menolak kerana berpendapat tenaga Tuan Guru Haji Hadi masih diperlukan berada dalam pimpinan PAS pusat dan Husam Musa berhasrat untuk mempertahankan Tuan Guru Haji Hadi.


Kepada Husam Musa beliau rela hanya berkhidmat kepada parti bagi menentukan wadah perjuangan PAS untuk menawan PUTRAJAYA berjaya dari 'ghairah' merebut jawatan dalam parti. Padanya kekuatan parti lebih diutamakan dari kepentingan peribadi. Syabas.


Semangat yang ditunjukan oleh Husam Musa sepatutnya menjadi agenda perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat bagi menentukan PRU 13 mencapai kejayaan besar kepada Pakatan Rakyat. Jawatan tidak penting tapi PUTRAJAYA harus dimiliki.


Betul kata Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam blognya pada 23 April lalu bahawa masa masih tersisa sekiranya Husam Musa mahu mengubah haluan dan hari ini Husam Musa telah menzahirkan kematangan politik beliau melalui pengumumannya untuk turut serta memeriahkan Muktamar PAS dengan meletakkan dirinya supaya dinilai oleh seluruh perwakilan.


Sebelum Husam Musa mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai Naib Presiden PAS seluruh pemerhati politik tertumpu kepada Nasharuddin Mat Isa dan Mohamed Sabu yang berebut untuk menjadi orang No 2 dalam PAS. kini Husam Musa diberi perhatian.


Husam Musa dilihat dapat mengidupkan kecerian PAS Kelantan kerana sebelum daripada ini tidak seorang pun pimpinan PAS Kelantan menawarkan diri untuk dipilih dalam barisan pimpinan PAS pusat kecualilah ada beberapa orang yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Agong PAS termasuklah Takiyuddin Hassan dan Nik Amar Abdullah.


Dengan suasana baru ini dan dengan kemunculan Husam Musa untuk bertanding sebagai Naib Presiden PAS ianya sedikit sebanyak boleh menyejukkan suasana pemilihan pimpinan PAS dan semestinya ahli-ahli PAS Kelantan bersemangat untuk melihat kemenangan Husam Musa kerana Husam Musa dilihat sebagai seorang Exco Kerajaan Kelantan telah menghidupkan pentadbiran kerajaan Negeri dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan dengan dibantu oleh Exco-Exco lainnya.


Kerajaan PAS Kelantan yang telah memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang dan dikenali 'SERAMBI MEKKAH' sejak 21 tahun lalu memerlukan wakil diperingkat pimpinan tertinggi PAS pusat bagi menentukan tidak akan adalagi kerusi DUN di Kelantan dimenangi oleh UMNO dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mampu melakukannya dengan dibantu oleh Ustaz Mohammed Yaacob serta para Exco-Exco.


Peranan Husam Musa bukan saja untuk Kelantan malah boleh menghadiahkan PUTRAJAYA kepada Kerajaan Pakatan Rakyat pada PRU 13. Insya Allah.

No comments: