Friday, May 6, 2011

Nak Tahu Siapa Rasuah?

"Betapa berapa ramai pemimpin dunia yang gugur dan kerajaan tersungkur akibat terpalit dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa" sehubungan dengan itu adalah 'jihat' sesiapa yang memerangi rasuah sama ada rasuah wang, rasuah poilitik atau rasuah kuasa.

Tan Sri Mahyuddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri ketika berucap dalam majlis ulang tahun ketujuh Pelan Integriti Nasional semalam menekankan dari segi ugama amalan rasuah adalah perbuatan paling terkutuk dan amat dilarang.

Mendengar syarahan Mahyuddin Yassin itu mencerminkan bahawa kesedaran kerajaan untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah sampai ke tahap yang boleh dibanggakan tapi malangnya ucapan Mahyuddin itu bukan mengambarkan kejayaan kerajaan BN memerangi gejala rasuah yang sedang berleluasa sekarang.

Di Pejabat Timbalan Perdana Menteri sendiri, apakah tidak berlaku "gejala rasuah" sehingga ada orang yang susah untuk mendapat tarikh membuat temu janji dengan Timbalan Perdana Menteri dan ada pula yang terlalu senang untuk bertemu TPM. Dan mengapa salah seorang Setiausaha Politik TPM telah berhenti dari jawatan itu.

Bercakap untuk memerangi rasuah hanya semata-mata untuk dilihat bahawa Kerajaan BN bersih dan pemimpin tidak melakukan amalan rasuah diwaktu sekarang ini tidak memberi makna kepada rakyat kerana rakyat sudah memahami 'bahasa politik' pemimpin kerajaan BN.

Apa yang rakyat mahu melihat ada tindakan yang tidak pilih kasih dikenakan kepada pengamal rasuah dan rakyat mahu melihat ada hukuman yang dikenakan kepada pihak yang melakukan rasuah sama ada mereka itu Perdana Menteri, Menteri, Wakil Rakyat atau rakyat biasa.

Rakyat tidak mahu mendengar lagi, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri hanya memberi jaminan bahawa kerajaan akan bertindak terhadap mereka-mereka yang melakukan rasuah tapi tindakan yang diambil hanya terhadap mereka yang dipilih, manakala oleh kerana kerajaan ada kepentingan dengan orang-orang tertentu maka orang yang sepatutnya dihukum terlepas dan bebas sebelum didakwa.

Inilah yang menyebabkan rakyat tidak percaya kepada kerajaan BN kerana dengan jelas 'drama rasuah' sedang berlaku didepan mata. kerajaan hanya terus bercakap tapi tindakan tidak dilaksanakan hanya 'gepa' saja suara oleh kerajaan untuk menghapuskan rasuah.

Mana tindakan kerajaan terhadap 19 orang berprofile tinggi yang telah diumumkan oleh Rais Yatim dulu yang mana kertas siasatan sudah siap dihantar ke pejabat Peguam Negara. Sekiranya rakyat ingin mengetahui siapakah mereka-mereka itu, bolehlah pada PRU 13 nanti ubah Kerajaan BN dengan menyokong Pakatan rakyat (PR).

Selagi negara ini ditadbir oleh Kerajaan BN, selagi itulah kita tidak akan dapat mengetahui siapakah orang-orangnya yang dimaksudkan oleh Rais Yatim itu yang sepatutnya didakwa dibawah akta RASUAH. Mengapa tindakan tidak diambil?.

No comments: