Wednesday, November 14, 2012

dari blog sanggahtokjanggut

Siapa MB Johor? . Ghani atau Lim Kang Hoo?
Lim Kang Hoo- de facto MB Johor?


BILA Syed Mokhtar Al-Bukhary mendapat banyak peluang-peluang perniagaan,DAP dengan begitu hebat menyerang kedudukan Syed Mokhtar ini dan ahli parlimen yang mewakili kerajaan pun turut tumpang sekaki menyerang korporat melayu ini seolah-olah perniagaan Syed Mokhtar itu haram,beliau berniaga barang-barang terlarang,seolah-olah Syed Mokhtar itu penjenayah dan tidak dibenarkan untuk berniaga apa sahaja yang berkaitan dalam negara ini.

Tetapi tidak ada siapa pula yang mahu mempersoalkan tindak tanduk Lim Kang Hoo yang dilihat begitu bermaharjalela di Negeri Johor dengan menguasai hamper keseluruhan hartanah di negeri tersebut dan tindakan Lim Kang Hoo ini tidak pula didedahkan atau dipersoalkan oleh DAP ataupun MP Barisan Nasional,seolah-olah Lim Kang Hoo ini kebal dan tidak ada sesiapa yang boleh menyentuhnya.

Kenapa bila Melayu menjadi kaya raya,ada pihak yang mempertikaikannnya dan kenapa Cina ataupun India yang juga diberikan peluang untuk menjadi kaya oleh kerajaan Barisan Nasional tidak dipertikaikan?Kenapa tidak dipersoalkan Robert Kuok.Anand Krishnan dan ramai lagi?Mengapa DAP menyerang korporat Melayu semata-mata?

Kenapa tidak ada yang bertanya berapa ratus hektar tanah di Wilayah Iskandar diberikan kepada syarikat milik Lim Kang Hoo ini selebihnya pula dibuka untuk tender terbuka?Kenapa tidak dipersoalkan jajaran Danga Bay yang dimonopoli oleh Cina ini?Mengapa disembunyikan bahawa syarikat Lim Kang Hoo ini yang  sebenarnya berselindung di sebalik pengswastaan KFCH?

Betulkah Johor Corporation masih memegang ekuiti 51 % atau sekadar angka semata-mata?Mengapa tidak ada yang bertanya,apa jadi kepada Kumpulan Permodalan Rakyat Johor (KPRJ) selepas Menteri Besar Ghani Othman mengambil alihnya?

Apa istimewa hubungan Ghani Othman dan juga seorang pemimpin kanan dari pusat dengan Lim Kang Hoo ini?Malah ada yang bertanya,siapa MB Johor?Ghani atau Lim Kang Hoo hingga Ghani dilihat menurut dan mematuhi apa sahaja kehendak Lim ini dan ada yang tidak segan silu menuduh bahawa Lim Kang Hoo adalah de facto MB Johor dan Ghani hanyalah wayang semata-mata.

Siapa pula yang memperkenalkan Lim Kang Hoo ini kepada kepimpinan negeri Johor?
Mengapa tidak ada yang berani mempersoalkan kenapa Lim Kang Hoo diberikan layanan yang cukup istimewa di Negeri Johor.Siapa di belakang korporat Cina ini sehinggakan beliau menjadikan Johor itu seolah-olah bagaikan hartanya sendiri?

Mengapa tidak ada yang berani mempersoalkan ataupun bertanya berapa banyak premium tanah yang dibayar oleh Cina ini sewaktu pengambilan tanah di Danga Bay ataupun ditempat-tempat lain dalam negeri itu?Mesti ada rekod di PTG,siapa yang mengarahkan dengan minit bertulis supaya pengambilan tanah tertentu dikecualikan dari bayaran premium.

Tidak salah menyerang Syed Mokhtar kalau terbukti beliau memperolehi peluang hasil daripada penyelewengan dan dalam masa yang sama,keterlibatan Lim Kang Hoo ini juga perlu didedahkan supaya berlaku adil kepada semua dan dokumen yang bakal didedahkan membuktikan bahawa lebih daripada separuh pengswastaan projek-projek hartanah di negeri Johor dimonopoli oleh Lim Kang Hoo ini yang turut menguasai Ekovest.

DAP berdiam diri untuk tidak menyerang atau mempersoalkan Lim Kang Hoo ini mungkin kerana hubungan bangsa mereka ataupun syarikat-syarikat milik Lim Kang Hoo ini termasuklah dua tiga Melayu yang ada di dalamnya proksi kepada orang-orang tertentu ataupun berkemungkinan besar syarikat milik Lim Kang Hoo ini turut menyumbang untuk dana parti  DAP?

Isu Lim Kang Hoo ini sudah mula diperkatakan oleh rakyat negeri Johor.Keintiman ataupun hubungan rapat antara beliau dengan kepimpinan negeri dan orang-orang tertentu hingga beliau dilihat mempunyai kuasa pemutus untuk sebarang keputusan melibatkan kerajaan negeri mula menjadi buah mulut ramai.

No comments: