Sunday, November 4, 2012

Tengku oh Tengku.


Betulkah UMNO sudah berubah? apabila menarik Naib-Naib Presiden dari meneraju UMNO Perhubungan Pulau Pinang, Kedah dan Trengganu  manakala negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat PR iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan UMNO pula hilang punca untuk merampas kembali.

Ini dapat dilihat bahawa pemimpin tertinggi UMNO pun sudah tidak mampu untuk menghadapi parti pembangkang maka diserahlah tanggongjawab kepada anak tempatan supaya apabila kalah nanti ada alasan yang menuduh kerana ketiadaan pemimpin yang berkelibar menerajui negeri negeri tersebut.

Kegagalan Zahid Hamidi untuk melawan pengaruh Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim di Pulau Pinang, kecelaruan kepimpinan Shafie Afdall di Kedah dan kegagalan Hishamuddin Husein untuk menyatupadu pemimpin UMNO Trengganu yang keras kepala akan menyebabkan lebih banyak kerusi BN akan kalah dalam pilihanraya umum ke 13.

Kelantan akan terus menjadi kubu kuat PAS,Pulai Pinang apa lagi, manakala Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur akan dimonopoli oleh Pakatan Rakyat. Yang tinggal Johor dan Melaka dan sedikit Negeri Sembilan serta Pahang, itu pun kerusi Parlimen yang mejoritinya bukan melayu adalah dijangka akan kalah.

Pengumuman perubahan dalam UMNO bukan menampakkan UMNO akan lebih kuat tapi memudahkan Pakatan Rakyat mendapat sokongan dari rakyat bagi merampas PUTRAJAYA dengan membentuk Kerajaan Pakatan rakyat. Yang akan menentukan kerusi Parlimen dari Sabah dan Serawak parti mana yang akan mendapat 2/3 mejoriti.

Startegi Pakatan Rakyat yang seakan memberi kuasa otonomi kepada negeri Sabah dan Serawak membolehkan rakyat Sabah dan Serawak berpesta sekiranya pilihanraya umum berpihak kepada Pakatan Rakyat, UMNO akan terus lemas dalam menghadapi setuasi cara Pakatan Rakyat berkempen. Banyak isu-isu yang boleh memikat hati rakyat.

Manakala UMNO masih mencari formula yang boleh membantu BN bagi memikat hati rakyat supaya tidak beralih sokongan ini kerana UMNO sudah tidak boleh lagi mengharapkan kemampuan pemimpin diperingkat Bahagian mempengaruhi rakyat, jelas UMNO tidak dapat melahirkan calun yang boleh menyeronokan rakyat. Krisis dalaman UMNO diperingkat Bahagian sudah tidak dapat diselesaikan kerana sikap berpuak-puak masih tebal diamalkan.

Oleh itu pertubuhan sukarela NGO diperalatkan oleh BN supaya terus menyokong kerajaan kerana untuk mengharapkan kepada jentara parti sudah tidak berfungsi lagi, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri masing-masing bekerja kearah mencari keuntungan peribadi meniru apa yang ditonjolkan oleh pemimpin atasan.

Begitu juga dengan peranan blogger yang pro UMNO/BN, mereka itu hanya membawa isu peribadi pemimpin pembangkang dengan tulisan yang mencarut dan memaki hamun manakala blogger yang pro Pakatan Rakyat sedang mendedahkan kepincangan pentadbiran Kerajaan dan penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh pemimpin UMNO.

Isu Taib Mahmud, Musa Aman, Khir Toyo, KPRZ, Sistem Biometrik KDN, Jambatan saliran di Segamat Johor yang dapat kepada 6 orang wakil rakyat backbencher Parlimen serta anugerah AP Kereta oleh MITI sedang dicanang dalam kempen Pakatan Rakyat, itu tidak termasuk projek mega Sungai Besi dan kekalahan FELDA yang disaman oleh peneroka serta penyelewengan pembahagian gantirugi mangsa banjir di Kedah dan Perlis dan banyak lagi.

Apa pun ramai ahli UMNO dan rakyat Kelantan, agak terkedu apabila nama YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak termasuk dalam perubahan kepimpinan UMNO Negeri-Negeri, usaha Ku Li bagi merampas kerusi DUN Galas dari tangan PAS nampaknya sia-sia, Ku Li masih dilebal sebagai 'gurkha' UMNO sedangkan semangat dan kebolehan Ku Li lebih daripada itu bagi memperkuatkan UMNO Kelantan dan BN seluruh negara.

Peluang Ku Li untuk terus memberi khidmat kepada Negara Malaysia dan Kerajaan masih ada dan terbentang luas tapi tidak melalui BN. Apa kata sekiranya Ku Li juga keluar daripada UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat, khidmat Ku Li boleh dipakai lebih besar lagi sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih PUTRAJAYA daripada BN apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas alasan sepertimana yang dituduh terhadapnya sekarang.

Slogan RAHMAN akan menjadi kesinambungan sesudah huruf akhir adalah N iaitu Dato' Sri Najib menjadi Perdana Menteri terakhir daripada perkataan RAHMAN. manakala perkataan RAHMAN era yang kedua  bermula dengan huruf R. ialah Razaleigh.

Inilah masanya rakyat Kelantan terutamanya ahli-ahli politik Kelantan tak kira dari parti mana mendesak supaya YBM Tengku Razaleigh Hamzah membuat keputusan politik yang tepat dan berdoa semuga Allah swt makbulkan cita-cita rakyat Kelantan mahu mencatitkan dalam sejarah politik tanahair ada juga rakyat Kelantan menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun satu penggal.

Kemunculan nama YBM Tengku Razaleigh atas kemahuan rakyat Kelantan sebagai persiapan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Soalnya sekarang kenapa Tengku Razaleigh masih terhegeh-hegah dibawah dagu UMNO sedangkan sudah jelas dimata rakyat jelata kini YBM Tengku Razaleigh seperti dihina oleh UMNO.

Tengku oh Tengku.

No comments: