Sunday, November 18, 2012

Dewan Ulama PAS harus sensitif.

Saya kurang faham, apa perlunya wakil dewan Ulama PAS Hairun Nizam mengemukan isu supaya Tuan Guru Haji Hadi adalah calun terbaik untuk jadi Perdan Menteri Malaysia. Apakah beliau bercakap diatas sifat peribadi atau menzahirkan suara dewan Ulama PAS Pusat. Kerana jawatan Perdana Menteri telah lama diputuskan oleh PR iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah orangnya sekira PRU13 nanti PR dapat perintah Malaysia.

Tak kiralah sama ada ucapan itu atas sifat peribadi atau dari dewan Ulama PAS, Siapa yang akan jadi Perdana Menteri Malaysia apabila PR menang PRU13 kelak sudah disepakati iaitu Anwar Ibrahim jadi suara-suara sumbang sepatutnya tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya akan memberi topik baru kepada BN untuk merujuk bahawa dalam PR pun ada suara yang mempertikaikan keputusan bersama pimpinan PR.

Ekoran dari 'suara cepuah' dari wakil dewan Ulama PAS itu menyebabkan Tuan  Guru Haji Hadi terpaksa berdepan dengan soalan-soalan yang tidak sepatutnya dilayan begitu juga dengan Anwar Ibrahim., Dan tentunya akan menjadi isu yang akan diungkit oleh BN nanti apabila DAP pula dengan tegas akan menolak Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana persetujuan telah dicapai begitu lama dulu.

Apakah niat sebenar Hairun Nizam menlontarkan persoalan Perdana Menteri itu, apakah beliau tidak puas hati dengan persetujuan yang dicapai yang telah diputuskan oleh pimpinan tertinggi PAS Pusat dan PR atau sengaja nak cari populoriti dalam muktamar supaya namanya dicalun dalam PRU nanti.

Kerana isu Perdana Menteri sebenarnya tidak perlu dibincang lagi, yang perlu diletak dihadapan ialah bagaimana gerak kerja yang perlu diusahakan semuga PR akan menang besar pada PRU13 dan akan membolehkan tawan PUTRAJAYA.

Kini BN ada satu lagi isu yang boleh dicanang. Dewan Ulama PAS tolak Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri?. Tidakklah nanti ianya akan menyinggong dikalangan ahli dan penyokong PKR dan DAP akan bertegas yang tentunya akan menjadi rakyat kelam kabut. Itulah perlunya istiqomah dalam perjuangan terutamanya ahli dewan Ulama Pas itu sendiri. Jangan ikut sedap rasa nanti perjuangan akan binasa.

Budaya tidak mematuhi apa yang diputuskan oleh jemaah tertinggi parti akan  mendedahkan parti kepada musuh yang sentiasa mencari kesempatan untuk menghasut rakyat. Jangan pula ada ahli majlis Ulama PAS dijadikan peluru oleh BN untuk menghasut rakyat supaya tidak menyokong PR disebabkan hanya kerana isu yang sudah dimaktamad tapi dicetuskan dimedan perdebatan oleh dewan Ulama PAS.

Malang kepada PAS kerana rakyat sudah bersama-sama PR untuk ke PUTRAJAYA tiba2 dewan Ulama menyuarakan nada yang tidak sehaluan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat PR. Bagaimana nak meneraju negara dengan  tenang dan aman sedangkan ada lagi mereka yang berjawatan dalam parti tidak sensitif dalam isu yang amat sensitif.


No comments: