Friday, August 15, 2008

Pilihanraya Permatang Pauh tidak mendebarkan!

Ramai orang politik sekarang tertumpu ke Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang tak kira dia itu pemimpin besar atau pemimpin kecil, juga pemerhati politik dari golongan Bangsawan, Karyawan, Usahawan, Kakitangan Awam dan Orang Awam semuanya memberi perhatian ke Permatang Pauh, kerana ingin menyaksikan kehebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil yang di jadualkan hari penamaan calun besok (16hb. Ogos) dan hari membuang undi pada 26hb. Ogos nanti.

YB. Ariff Shah bin Omar Shah telah dipilih oleh pucuk pimpinan bagi mewakili Barisan Nasional dalam pertandingan nanti yang belum pasti berapa orang yang akan masuk bertanding, sekiranya tidak ada calun bebas maka pertandingan akan berlaku satu lawan satu.

Ada rakan rakan dalam UMNO berkata, pertandingan nanti akan menyaksikan pertemuan buku dengan ruas kerana pengaruh diantara kedua orang ini sama kuat dan YB. Ariff Shah telah menang dalam piliharaya Dewan Undangan Negeri (DUN bukannya Perlimen) lalu dengan mendapat 533 mejoriti. Hanya dengan membekalkan mejoriti 533 undi mampukan BN menewas calun PKR yang mana terbukti pengundi di Parlimen Permatang Pauh telah sekian lama memberi sokongan kepada PKR apa tah lagi calun yang akan diletakkan disitu ialah idola rakyat tempatan sejak muda remaja lagi.

Apa yang membimbangkan saya ialah sekiranya nanti mejoriti keputusan pilihanraya kecil di Permatang Pauh ini melonjak lebih tinggi daripada mejoriti yang didapati oleh Datin Seri Wan Azizah dalam pilihanraya yang lalu. Apa bacaan rakyat terhadap kemampuan Barisan Nasional terutamanya UMNO, apa hala tuju UMNO selepas daripada ini dan bagaimana mahu diperjelaskan kepada rakyat bahawa UMNO masih kuat di Permatang Pauh, khasnya di Pulai Pinang.

Sekiranya dalam keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi kes yang memalukan dan dalam proses pendakwaan beliau masih menang dalam pilihanraya kecil nanti, apa lagi senjata UMNO untuk meruntuhkan pengaruh beliau, maka adalah diharapkan keputusan pilihanraya kecil Parlimen Parmatang Pauh hendaklah berpihak kepada Barisan Nasional supaya suasana politik di Malaysia tidak akan terus gawat dan mendebarkan.

Sebut saja bertanding tentu sekali dapat melihatkan pengaruh masing-masing, kalau BN kalah dengan mejoriti yang besar, akibatnya tidak baik tapi kalau BN dapat mengambil kerusi Parlimen Permatang Pauh maka riwayat Parti PKR akan terus hanyut dan lenyap begitu saja. Dari segi logiknya memang susah BN mahu menang, sebab itulah pandangan daripada Tan Sri Annuar Musa supaya BN boikot pilihanraya ini saya sokong kerana daripada menerima aib dan orang dapat membaca kekuatan dan kelemahan kita lebih baik kita tidak mencuba di gelangang lawan. Tidak bertanding dan berdiam diri bukan bererti mengaku kalah.

Apabila orang bertanya saya, siapa yang akan menang, saya hanya sekadar berkata:-

sudah gaharu cendana pula.

No comments: