Sunday, August 3, 2008

6 Bahagian di Kelantan bersih !

Tan Sri Annuar Musa semasa berucap dalam majlis perasmian berkelompok Persidangan UMNO Cawangan dalam Bahagian Keterah, yang mana beliau adalah Ketuanya telah menekankan supaya tidak akan ada berlaku pertandingan merebut jawatan. Katanya biarlah UMNO Bahagian Keterah menjadi contoh kepada Bahagian Bahagian lain di Kelantan. Ucapan tersebut merupakan arahan beliau kepada Ketua Ketua Cawangan supaya tidak tergelibat nama -nama lain yang akan dicalunkan begi jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua. Ahli UMNO Ketereh memang faham dengan stail dan cara kepimpinan beliau.

Dan saya cukup yakin, kehendak beliau itu akan dipatuhi oleh sebilangan besar Ketua Ketua UMNO Cawangan terutamanya kepada Ketua ketua Cawangan yang tidak mahu sakit kepala memikirkan soal pertandingan, apa tah lagi, parti baru saja berdukacita dengan kekalahan dalam pilihanraya baru lalu. Hanya kalau ada beberapa Cawangan yang mencalunkan orang lain daripada penjawat yang sedia ada, bukanlah kerana tidak mematuhi kehendak Tan Sri Annuar Musa tapi sebagai memberi sedikit pandangan kalau boleh penyusunan pentadbiran Bahagian di perkemaskan lagi dengan memberi ruang kepada orang yang boleh memberi sumbangan yang lebih dari apa yang ada hari ini. Itu pun kalau boleh dan dipersetujui.

Mengikuti blog sahabat saya Sayuti Omar MSO, saya tidak sependapat dengan beliau dalam isu supaya Tan Sri Annuar Musa mencontohi pendapat beliau sendiri semasa memberi pandangan dalam pertemuan dengan Tun Mahathir, supaya Tun meletak jawatan kerana UMNO pada ketika itu semakin tenat dibawah kepimpinan Tun Mahathir. Kerana di Bahagian Keterah belum ada pengganti yang cukup sesuai buat masa ini, kerana Timbalan beliau sendiripun belum bersedia untuk menjadi pengganti.

Adalah diharap, UMNO Keterah akan menjadi Bahagian yang akan memulakan kerja dengan penyusunan program bagi merampas kerusi kerusi yang tewas dalam pilihanraya yang lalu bermula dari sekarang kerana suasana dalam Bahgian yang tenang diatas daya usaha Tan Sri Annuar Musa menyusun barisan kepimpinan yang mengutamakan tugas dan tanggongjawab lebih daripada kepentingan peribadi.

Dengan demikian, Tan Sri Annuar Musa selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bolehlah tolong jengok jengok ke Bahagian lain yang telah bermasaalah seperti UMNO Bahagian Tanah Merah dan Kubang Kerian, serta Bahagian yang akan berdebu seperti Bahagian Kota Bharu, Rantau Panjang, Pasir puteh, Pengkalan Chepa, Pasir Mas dan Kuala Krai. Yang menang tanpa bertanding ialah Tumpat,Gua Musang dan tentunya Keterah, Jeli dan Bachok termasuklah Macang kalau tak ada unsur luar.

Melihat kepada keadaan ini, adakah demokerasi dalam UMNO Kelantan akan dimatikan sekali lagi sebagaimana Tun Mahathir telah melakukan dulu iaitu Negeri Kelantan tidak payah ada pertandingan hanya beliau melantik orang yang beliau suka menjadi Ketua Bahagian. dan sekiranya perkara yang sama hendak dilakukan diatas alasan kalau bertanding akan berlaku perpecahan, maka pendapat sayuti itu boleh diterima pakai.

1 comment:

zeme said...

Salam Tuan Haji,

Bukankah Dato' Alwi sesuai menjadi pengganti Tan Sri Anuar untuk menerajui UMNO Bahagian Ketereh? Sekiranya diconggak-conggak ramai ahli UMNO Ketereh berminat melihat Dato' Alwi mengetuai bahagian Ketereh kini.

Wasalam.