Tuesday, November 11, 2008

Apabila SETIAUSAHA AGONG, tidak setia dan tidak usaha?

Tataetika Ahli UMNO Perkara 5. SALAHLAKU. Ahli Ahli parti dilarang daripada melakukan perkara perkara berikut:-




5.1 Rasuah/Sogokan Politik.
5.1.1 menyalahgunakan apa jua kuasa secara langsung atau tidak langsung dengan sendiri atau mana mana orang lain bagi pihaknya dengan tujuan mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau tidak mengundi mana mana orang dalam mana mana pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.
CONTOH (b) muka surat 8 dalam buku Tataetika Ahli UMNO iaitu mengguna wang untuk mendapat undi.

Dalam hal ini Lembaga Displin parti tentunya akan mengambil ,perhatian yang serius kerana pelapur telah membuat aduan secara rasmi kepada SETIAUSAHA AGONG UMNO dengan membuat Aduan secara bersumpah serta dengan barang bukti iaitu wang tunai sebanyak RM1,300 ringgit.

Sekiranya lapuran yang dibuat oleh Ilias bin Hamad itu betul, alamatnya UMNO sudah tidak dihormati oleh pemimpinnya sendiri, kalau diri sendiri tak hormati perjuangan maka tak lama akan terkuburlah sebuah perjuangan itu.

Apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan oleh mereka yang mempersendakan Tataetika Ahli UMNO yang dicipta sebegitu rupa untuk menyedarkan ahli ahli parti, sama samalah kita tunggu sekiranya mereka yang didakwa itu benar benar bersalah.

Kalau Dato' Mat Zain, bekas Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang sekadar digantung keahliannya selama 3 tahun kerana didapati bersekokong dengan calun bebas dalam pilihanraya lalu, sementara Zaharin Mat Yasin (Sang Kelembai) dipecat dari UMNO kerana mengkritik pemimpin, apakah bentuk tindakan bagi mereka melanggar Tataetika UMNO?.

Kalau mereka melakukannya di UMNO Bahagian Ketereh, mungkin mereka itu terlepas daripada tindakan kerana SETIAUSAHA AGONG UMNO akan minta Ketua Bahagian menyelesaikan masaalah. Dan mana mungkin sebagai seorang ketua akan menghukum akan buahnya dengan menjatuhkan hukuman yang berat, kalau nak hukum pun hanya sekadar memberi amaran keras seperti mana Lembaga Displin menjatuhkan hukuman kepada Ketua UMNO bahagian Seremban tempoh hari.

Dato' Najib nampaknya akan menanggong beban diatas kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa di IBU PEJABAT UMNO dengan membelakangkan Perlembagaan Parti Fasal 20 (20.8) dan Tataetika Ahli UMNO Perkara 8. Tingkahlaku Sewaktu Menjawat Jawatan Dalam Parti.

Di Ibu Pejabat UMNO kadang kadang keputusan dibuat tanpa menyiasat secara terperinci setiap aduan dan rayuan yang dibuat terutamanya oleh SETIAUSAHA KERJA, yang kadang kadang lebih berkuasa daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong.

Parti UMNO akan hancur sekiranya orang orang yang tidak amanah dan ikhlas dilantik. tambahan pula wajah orang itu suka menyalahgunakan kuasa dengan rakus dan sombong.

No comments: