Monday, November 10, 2008

8 muka baru dalam UMNO Ketereh.

UMNO Bahagian Ketereh selamat menjalankan Persidangan pada 8hb. Nov. 2008 dengan sempurna tanpa perkara yang tak diingini berlaku, ini semua kerana ahli ahli parti meletakkan keutamaan perjuangan lebih dari kepentingan lain dan juga diatas kebijaksanaan Tan Sri Annuar Musa mengendalikan isu dan suasana.

Dengan pengalaman yang begitu banyak semasa memimpin UMNO Bahagian, beliau telah meletakkan garis panduan kepada ahli ahli supaya lebih bersifat seperti aur dengan tebing dalam pakatan untuk mengukuhkan perjuangan dan meletakkan matlamat untuk mempastikan UMNO akan menang dalam pilihanraya yang akan datang.

Semasa berucapa dalam majlis perasmian selain daripada merakamkan ucapan penghargaan terima kasih diatas khidmat Pak Lah sebagai Presiden dan Perdana Menteri dan keikhlasan dalam membawa UMNO terus stabil dengan memberi laluan kepada Dato' Seri Najib dan ucapan tahniah kepada Dato' Seri Najib yang akan dinobatkan sebagai Presiden pada bulan Mac 2009 nanti, beliau juga berharap ahli ahli UMNO di Ketereh dapat terus bersatu selepas pemilihan jawatan.

Katanya semua yang bertanding akan menang dan sebahagian akan menduduki jawatankuasa bahagian, yang tidak berpeluang diminta terus berkhidmat dan janganlah nanti ada diantaranya yang akan menjadi gunting dalam lipatan ataupun api dalam sekam.

Dalam pemilihan jawatankuasa bahagian beberap muka baru diberi kepercayaan oleh perwakilan seperti Suradi Muhammad, Wan Ghani Wan Pi, Ahmad Yani Muhammad, Nor Azme Hj Mohamad, Zakarian Ab.Rahman, Hj.Ab. Aziz Awang, Ahmad Deraman dan Hjh Hanisah Yaacob.

Lapan muka baru ini akan membantu Tan Sri Annuar Musa, untuk tempoh tiga tahun yang akan datang bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO. Beriku adalah senarai Jawatankuasa UMNO bahagian Ketereh bagi penggal 2008/2011.

Tan Sri Annuar Mus, Ketua Bahagian (Menang Tanpa Bertanding)

Dato' Alwi Che Mat, Timbalan Ketua (Menang Tanpa Bertanding)

Ismail Latiff, Naib Ketua (Menang Teknikal)

Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan akan dimaklum setelah dibuat perlantikan.

Jawatankuasa yang kekal ialah, Hj.Mohd Amin Hj Yusoff, Hj. Sudin Ismail, Hj. Ariffin Yaacob, Ustaz Zubir Che Mat, Dr.Sanusi Mat Yajid, Mohamed Othman Omar, Md.Noor Jusoh, Hj. Ghazali Hj. Yusof, Hj. Mohamad Basri Hj.Awang, Aziz Deraman, Hj Mohd Pauzi Zakaria, Puad Zaki Zakaria.

Sementara Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO pada 24hb. Mac,2009 nanti ialah:

Yang Menang:-

1. Ahmad Yani Muhammad (Cik Gu Mat Yani)

2. Azmi Ishak (Cik Gu Jemi)

3. Mohamed Othman Omar (Cik Gu Seman)

4. Ust Kamarudin Said

5. Muhd Alwi Ali

6. Suhaidi Yusoff (Boh Di)

7. Hj. Ghazali Hj Jusoh.

Setelah selesai persidangan UMNO Bahagian, biasalah maka adalah yang tak puas hati, dengar kabar pejabat YKK ditingkat bawah diarah supaya ditutup oleh orang tertentu kerana tak puas hati dengan ucapan penangguhan yang telah disuarakan oleh Cik Gu Mat Yani, yang meminta supaya Ketua Bahagian, Tan Sri ASnnuar Musa menyusun pentadbiaran UMNO Bahagian yang didapati tidak begitu berfungsi untuk ahli ahli parti.

Diharap UMNO Ketereh tidak diundang masaalah selepas daripada ini.

No comments: