Seperti yang diduga, Tok Pa masih lagi penakut, takut untuk membuat perubahan yang drastik dalam menyusun kepimpinan UMNO Negeri Kelantan, takut menyahut signal Dato' Najib supaya UMNO mesti berubah sebelum direbah, takut melaksanakan amanat Dato' Najib yang mengatakan dalam UMNO sekarang perlu ada pembaharuan kerana ia adalah satu keperluan.
Tidak ada apa-apa yang boleh membanggakan UMNO Kelantan, gah pada permulaan pengumuman yang dibuat oleh Presiden parti dengan mengugurkan Anuar Musa diganti dengan Tok Pa dan akhirnya nampak lebih cacar marba kalau dibandingkan semasa UMNO Kelantan dibawah pimpinan Anuar Musa.
Gugurnya Alwi Che Mat sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan kerana tidak berfungsi, kata Tok Pa, dan membalas cara manis dengan melantik Alwi Che Mat sebagai Setiausaha BN Negeri Kelantan, jelas menampak Tok Pa masih lagi takut untuk membuat pembaharuan dalam kepimpinan UMNO Negeri.
Biro politk UMNO Kelantan kelihatan rapuh, ini menyebabkan UMNO turut rapuh dan barang rapuh bagaimana hendak diberkas dan sekiranya tak boleh dijadikan berkas maka tak bolehlah dibuat penyapu, apabila tak boleh buat penyapu, bagaimana untuk membersihkan PAS.
Orang kampung yang menyokong UMNO mahu melihat UMNO perkasa, UMNO kuat dan mahu melihat UMNO menang dalam pilihanraya. Tapi nampaknya pemimpin UMNO tidak mahu perhebatkan barisan kepimpian UMNO Negeri. Tidak serius untuk melihat UMNO menang. Apa salahnya sekiranya tidak dikalangan Ketua UMNO Bahagian dilantik menjadi pegawai parti yang dilantik, sebagai contoh, Ketua Penerangan UMNO Negeri, apa kurangnya sekiranya Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah dilantik dan diberi tugas dan tanggongjawab, Beliau berkemampuan.
Contoh lain seperti Bendahari UMNO Negeri, apa salahnya Zaiyadi Awang Noh diberi tugas dan amanah itu, beliau adalah bekas pemimpin UMNO Kelantan, jawatan terakhir beliau ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri. Apa salahnya kalau disusun atur dikalangan pemimpin sekarang dengan bekas pemimpin lalu menjadi pengerak bagi memperhebatkan UMNO Negeri. Atau Tok Pa ada cadangan begitu,cadangan untuk tidak melantik dikalangan Ketua Bahagian tapi kerana ada desakan desakan maka Tok Pa pun TAKUT.
Bukan Ketua Bahagian yang dilantik tidak dapat menjalankan tugas, tapi disamping meramaikan kakitangan perlu juga supaya Ketua Bahagian menumpukan sepenuh perhatian dan gerak kerja di kawasan masing-masing bagi mempastikan di Parliman dan DUN dalam kawasan mereka, UMNO beroleh kemenangan yang cemerlang.
Yang ku dengar sekarang ini ramai ahli-ahli parti diakar umbi dah tidak seronok lagi kepada UMNO.
No comments:
Post a Comment