Dalam keadaan Parti PAS Kelantan telah berkecamok, UMNO masih berpeluk tubuh, masih berfikir untuk membuat pembaharuan, perlantikan pegawai parti yang baru, penyusunan pentadbiran yang baru dan dengar kabar ada perlantikan diperingkat DUN yang mengikut sistem baru. Baguslah kerana semuanya baru.
Tentunya Tok Pa ada startegi baru untuk memulihkan UMNO kelantan yang semakin tidak laku lagi untuk dijual kepada rakyat kelantan terutamanya pengundi baru. Barangkali Tok Pa sedang persiapkan pahlawan perangnya untuk mencapai cita-cita UMNO bagi membentuk sebuah kerajaan UBN di Kelantan.
Kita berharap Kelantan akan berubah dengan pentadbiran UMNO dibawah pimpinan Tok Pa yang akan dibantu oleh Dato' Awang Adik sebagai Timbalannya. Yang ditunggu-tunggu sekarang oleh rakyat Kelantan, siapakah lagi yang dilantik oleh Tok Pa untuk membantu beliau menguruskan UMNO Kelantan.
Tok Pa ada tiga pilihan untuk meneruskan pentadbiran UMNO Kelantan. Pertamanya Tok Pa boleh mengekalkan muka-muka lama tapi sumbatkan dengan peranan baru yang lebih menjurus kepada perpaduan dalam parti. Kedua Tok Pa boleh adunkan muka lama dan muka baru bagi membentuk satu pasukan yang serasi yang mana orang lama yang masih berbisa boleh bagi membantu orang baru yang mempunyai banyak tenaga tapi kurang penyakitnya atau yang ketiga Tok Pa boleh terus hapuskan muka lama dengan membuat penampilan baru yang mana sebagai satu percubaan. Tepuk dada tanya selera.
Walau apa pun, Tok Pa jangan takut untuk membuat perubahan dan perlantikan kerana ramai orang sedang memerhati Aura Tok Pa di Kelantan, kalau dulu Tok Pa dikatakan dibayangi oleh mereka yang gilakan pangkat didalam UMNO tapi kini orang itu sudah tidak ada dan tidak berkuasa lagi. Tok Pa ada kelebihannya.
Dan kini ada juga suara suara yang kurang senang dengan Tok Pa, itu adalah lumrah dalam sesebuah organisasi yang besar, yang perlunya Tok Pa mesti ada team yang kuat, team yang boleh menghadapi musuh sama ada diluar parti ataupun didalam parti, team yang boleh menjaja dan menjual UMNO kepada genarasi baru di Kelantan, team yang akan membawa sokongan yang padu, team yang ada hasrat ingin melihat UMNO Kelantan membentuk Kerajaan di Negeri Cik Siti Wan Kembang, team yang mahu melihat Kelantan terus MAJU.
No comments:
Post a Comment