Wednesday, August 5, 2009

anak gadis ini.

Negara ini masih lagi suci
dari teroris yang antagonis.

dulu tidak pernah ku dengar
bahasa demo dijalanan
tidak pernah ku lihat
ribuan manusia berjajaran

yang ku lihat
sawah dipenohi padi menguning
yang ku dengar
mersik suara bilal dilangit

Negara ini sudah tidak suci
kerana ada pelakun
membakar penuntun keluar berhimpun
teriak, pekik dan melolong
supaya hancurkan budaya
muafakat membawa berkat

buat apa berhimpun
untuk bermusuh
sedangkan cara haram boleh menghancurkan
sebuah negara yang bertamadun

tunggulah
kalau rakyat sudah sekata
mana-mana puak pun akan berkuasa
melalui demokerasi yang kita cipta
kerana
yang ku dengar
kerajaan yang sedia ada mungkin bertukar
sekiranya dialpa
sebaliknya
yang ku lihat
tidak ada apa yang boleh merosakkan
jiwa bangsa yang masih gigih
bersama kerajaan yang sedia ada

Apa pun, janganlah
anak bangsa yang menjadi mangsa
kerana anak gadis ini masih suci
dan tidak tahu apa-apa permainan
berebut kuasa.

kuala lumpur, segambut,
taman sejahtera.

No comments: