Sunday, August 30, 2009

Esok sambut MERDEKA !.

31hb. Ogos adalah hari sambutan kemerdekaan Tanah Melayu (1957 - 2009) bererti 52 tahun kita sudah merdeka. Negara telah membangun, banyak peristiwa telah berlaku ada yang suka dan ada yang duka, pemimpin telah silih berganti dan pilihnaraya yang ke 12 telah meletakkan parti politik bercelaru. Terutamanya Barisan Nasional.

UMNO tumbang dibeberapa buah negeri, PAS , Keadilan dan DAP meraih kerusi seakan-akan boleh menumbangkan Kerajaan dan setiap pilihanraya kecil UBN kalah, apakah ini semua menandakan Kemerdekaan negara kita sudah tua. Apakah Tanah Melayu yang bertukar nama kepada Malaysia akan bertukar nama lain selepas pilihanraya ke 13 nanti.

Inilah yang sedang berlaku sekarang apabila kompenan Barisan Nasional semangkin hancur, apabila setiap parti dalam BN berlaku perpecahan diperingkat tertinggi. Apa yang berlaku pada UMNO dulu nampaknya akan berlaku pada MCA dan MIC dan dalam keadaan hurahara itulah rakyat akan muak untuk menyokong BN.

Betul kata Dato' Najib, krisis dalam MCA akan menjejaskan imej BN dan juga Kerajaan, dan apabila BN terjejas maka ianya akan terbawa-bawa kepada pemilihan dalam Pilihanraya kelak dan sekiranya masaalah ini tidak dapat diatasi segera maka kesan kepada pilihanraya ke 13 nanti akan membawa padah kepada BN.

Begitu juga peerbalahan terbuka diantara Menteri dengan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan iaitu Ong Kee Teat dan Teong, ini semua boleh menghakiskan kepercayaan rakyat kepada peminpin BN, kerana perbalahan itu berpunca daripada wang berbillion ringgit. Kerana wang terjadinya tuduh menuduh, wang pula bukan sedikit, kalau dimuat diatas lori tak tahu berapa biji lori digunakan untuk mengakut wang itu.

Apakah ini sebenarnya hasil daripada kemerdekaan negara, rezeki jadi melimpah ruah sehingga berlaku perbalahan terbuka, dimana letaknya disiplin Yang Berhormat BN, apakah tidak ada nasihat ataupun tindakan terhadap mereka. Apakah mereka itu lupa bahawa mereka itu masih ada ketua, atau kerana kaya dan ada kuasa mereka tidak kisah kepada sesiapa. Apakah mereka angkuh sehingga biarlah BN hancur asalkan meraka dapat bersendiwara.

Rakyat sedang menanti tindakan apa yang akan dikenakan kepada mereka berdua. Apakah kerana negara sudah merdeka mereka bebas melakukan apa saja?.

No comments: