Thursday, August 13, 2009

Pekerja Asing: Menteri kena bertindak.

Dalam berita Utusan Hari ini, Dato' Seri Hisahmuddin Tun Husein Onn selaku menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman bahawa Syarikat yang mempunyai lesen membawa masuk pekerja Asing akan ditarik sekiranya melakukan kesalahan. syabas,

Keputusan KDN itu memudahkan tugas pegawai kerajaan yang akan melaksanakan amanah yang diberi dapat bertindak bagi memperbetulkan sistem yang ada tapi dirusakkan oleh menteri yang diberi tanggongjawab. Allhamdulilah Hishamuddin telah nampak kejanggalan sistem yang ada terutamanya syarikat yang memegang lesen 'Out Sourcing'. Kelulusan khas yang diberi oleh menteri dengan mudah itu telah merusakkan sistem yang baik yang dicipta oleh pegawai di Kementerian.

KDN diminta memperbetulkan perlaksanaan sistem terhadap syarikat Out Sourcing supaya tidak berlaku lambakan pekerja asing yang berada di Malaysia yang tidak ada pekerjaan terutamanya pekerja warga Bangladesh. Lambakan pekerja Bangladesh kerana ada syarikat Out Sourcing yang dapat kouta dari menteri tapi tidak ada majikan, kelulusan diminta kerana mahu kouta untuk dijual kepada agen-agen di Bangladesh dengan mendapat wang secara mudah.

Oleh itu, pekerja asing yang datang dijual ikut suka hati dan tidak ada rekod dimanakah sekarang ini pekerja asing itu bekerja, selepas itu pekerja tidak bayar levi untuk tahun kedua maka terjadilah pekerja illegal, sedangkan syarikat Out Sourcing tersebut mendapat untung hanya menjual kelulusan khas yang diberi oleh menteri dengan cara tidak sihat. (bukan menteri sekarang).

Maka adalah sesuai sistem dikuatkuasakan, syarikat yang hanya diujudkan untuk mendapat kouta dan menjual kuota hendaklah ditarik balik manakala syarikat yang tidak dapat menunjukkan dimanakah pekerjanya sekarang berada hendaklah didakwa kerana pekerja itulah yang akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara kerana pekerja asing itu tidak bertuan dan tidak mendapat pendapatan tetap yang boleh menjuruskan mereka itu melakukan pekerjaan yang menyalahi undang-undang negara kerana kesempitan hidup.

Manakala Syarikat Out Soucing yang dapat menunjukkan ketelusan dan memberi perkhidmatan dengan tidak menyalahi undang-undang dan peraturan hendaklah diberi keutamaan dan ditambahkan lagi kouta. memangnya banyak lagi keperluanan pekerja asing di Malaysia.

Jangan kerana hendak memuaskan hati menteri maka keperluan majikan terhadap pekerja asing dibekukan. Tidak salah membenarkan pekerja asing datang bekerja disini asalkan mengikut peraturan yang ada, apa yang berlaku lambakan pekerja asing itu kerana kelulusan yang diberi oleh menteri ketika itu hanya ikut selera tidak ikut keperluan.

Saya percaya membekukan kelulusan kemasukan pekerja asing tidak akan menyelesaikan masaalah, Oleh itu sistem yang ada hendaklah dikemas kini, One Stop Ajensi bagi menguruskan kemasukan dan kepulangan pekerja asing secara bersistem hendaklah diujudkan secara swasta yang dipantau oleh KDN Bahagian Pekerja Asing. Cubalah!.

No comments: