Friday, August 14, 2009

RENUNGAN JUMAAT:

dari haji alwi

'Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepadamu dan apabila kamu mati mereka akan menangisimu. jika andalah manusia itu berbahagialah. Sesungguhnya Allah sayang kepada hambanya yang berbuat kebaikan dan berkasih sayang" Wasslam,,,,perth.

Pagi ini di SAIGON saya ada menerima satu sms, sejuk hingga ke kalbu, tenang dan semacam dunia ini tidak ada kegelisahan yang berlaku. Tidak ada pembunuhan di Iraq, tidak ada bom di Pakistan dan tidak ada berita panas di Jakarta. Semuanya seakan-akan tenang sebagaimana akan tenangnya gelora politik di Bahagian Ketereh.

Sesat dihujung jalan balik kepangkal jalan, menerima hakikat suara ramai dan meletakkan kepentingan orangramai dan negara sebagai perjuangan utama adalah jalan yang tidak akan menempuh hari-hari sukar, kalau tidak usaha dan jasa yang hulurkan akan jadi sia-sia sekira pada akhirmya kita tersungkur diatas perbuatan dan percakapan kita yang membuat orangramai muak dan murih.

Itulah lumrah hidup, Berbudi tidak mestinya dapat balasan yang baik, dunia hari ini sudah tandus manusia yang suka mengenang budi, apatah lagi untuk membalas budi. Yang maki hamun dan sabotaj kerja-kerja kebaikan yang akan dilakukan masih menebal dikalangan orang-orang dan ini juga berlaku dalam UMNO Bahagian Ketereh.

Kedatangan Ramadhan mengingatkan tebalnya persahabatan yang ditanam, buah tangan sebagai ingatan kepada para sahabat dan bantuan berupa zakat kepada golongan yang memerlukan akan lebih shaydu. Usaha ini akan diteruskan tapi dengan kaedah dan langkah yang lain semuga pengagihan tidak membazir dan betul betul dapat kepada orang yang layak.

Sahabat-sahabat saya yang sentiasa membantu iaitu Cik Gu Sukri, Cik Gu Zuni, Zudi, Zuri, Cik Mat Roni, Wan Hanafi, Din Peringat, Abang pin, Mee kak Nah, Cik Gu Rosli dan ramai lagi diharap dapat terus membantu sambi membuat kebajikan.

Yang dulu itu adalah sejarah dan dihadapan adalah khidmat yang ikhlas, Cetakkanlah isi blog ini dan sebarkanlah sepertimana yang telah disebarkan, wahai sahabatku. Salam.

No comments: