Sunday, August 23, 2009

MELAYU, ISLAM, HALAL & HARAM di MALAYSIA.


Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dua isu yang cukup tersentuh dihati saya, Isu yang selalu ku dengar dan ku lihat ini sesuai diamati oleh semua orang MELAYU yang berugama ISLAM dan peganglah sabagai satu wadah perjuangan yang akan diwariskan kepada anak cucu kita dimasa yang akan datang supaya MALAYSIA sentiasa jadi milik kita dan tidak ada penjajah baru mendakap hidup mati BANGSA kita. Pemimpin dan yang pimpin hendaklah bersatu bagi menjamin maruah dan kedaulatan BANGSA MELAYU dan UGAMA ISLAM tidak diganggu gugat dibumi tercinta ini, wajib dipertahankan dengan apa cara sekalipun sehingga ketitisan darah terakhir.

Perkara pertama adalah seperti artikal berikut:-

Bangkitlah Melayu...
SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, Raja-raja Melayu tidak berhenti bersuara dalam hal melibatkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

Terbaru Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan tentang tujuh wasiat Raja Melayu. Ia diikuti Sultan Kedah yang mahu kontrak sosial dipertahankan bagi mengelakkan negara ditimpa huru- hara. Beberapa hari selepas itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terpaksa campur tangan menolak cadangan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu mahu menggunakan wang zakat untuk tujuan pembangunan semua kaum.

Seingat Awang, semua Raja Melayu dari Perlis hingga ke Johor telah melahirkan pandangan dan penegasan agar rakyat tidak meruntuhkan asas kenegaraan yang berpaksikan sejarah, tamadun dan masyarakat Melayu itu sendiri.

Malah sebahagian raja Melayu makin lantang mempertahankan kepentingan Melayu. Belum pernah berlaku dalam sejarah Raja-raja Melayu ke hadapan dan secara konsisten menjadi benteng melindungi perlembagaan. Ini semua berlaku kerana sesungguhnya juga belum pernah berlaku kedudukan Melayu, agama Islam dan institusi raja dicabar sebegini dahsyat oleh pergerakan politik bukan Melayu tertentu dengan dibantu oleh pengkhianat Melayu yang mahu berkuasa.

Kebiadapan terhadap Islam, raja dan Melayu makin menjadi-jadi yang tidak boleh dibiarkan. Setakat ini tiada seorang pun pemimpin pembangkang yang tampil memohon maaf terhadap banyak penderhakaan yang turut mereka cetuskan sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Bibit-bibit ke arah negara republik sudah bermula.

Maka apa yang disuarakan oleh Raja-raja Melayu mempunyai mesej tersendiri bahawa Melayu perlu bangkit bersatu dan lebih yakin dalam menghadapi persekitaran politik yang makin membahayakan. Awang sudah lama bangkit...

Perkara kedua berhubung pendedahan JAKIM terhadap sijil halal di hotel-hotel yang mana daripada 2,000 hotel diseluruh Malaysia 1.4% yang ada sijil halal iaitu sebanyak 27 hotel saja, sedangkan majoriti yang makan dihotel-hotel adalah rakyat Malaysia yang berugama ISLAM terutamanya dibulan puasa ini. (baca berita penuh dihalaman utama MM/Utusan hari ini).

Yang menjadi persoalannya, kenapa hari ini baru JAKIM dedahkan, kenapa tidak diwar-warkan dari dulu dan kenapa JAKIM tidak mengesyurkan kepada Kerajaan supaya memwajibkan semua hotel adakan 'dapur halal'. Kalau sudah disyurkan, apakah Kerajaan diam dan tidak kisah soal makanan yang dimasak itu halal ataupun haram untuk dimakan oleh rakyat yang berugama ISLAM?

Disini nampak jelas, soal HALAL dan HARAM tidak menjadi keutamaan daripada pihak yang berkuasa, tambah lagi soal makanan yang menjadi darah daging kepada MANUSIA. tidak ada usaha yang terancang bagi mempastikan untuk menyekat supaya rakyat MELAYU yang berugama ISLAM tidak terjebak dari memakan makanan yang tidak HALAL bahkan HARAM pula.

Apakah di Malaysia sudah tidak selamat dari terjerumus memakan makanan yang tidak HALAL di hotel-hotel terutamanya para pelancong ISLAM yang datang ke Malaysia yang terkenal sebuah negara ISLAM?.

Kerajaan, do something now!

2 comments:

newkk said...

marilah bersama

Unknown said...

Yang sebenar nya raja2 melayu dah mula rasa panas punggung sikit, nampak gejala2 hangjebat di kala
ngan anak2 muda melayu apalagi bangsa2 lain ,oleh itu mereka mula memberi perhatian terhadap apa yg berlaku , ini bermula dgn peristiw
a perak.yg jelas kesetian kpd raja mulai di pertikaikan bukan saja di
kedai2 kopi malah di merata tempat
begitu juga terdapat terdapat sengatan2 kecil terhadap peranan2
raja dimalaysia ini,di bicarakan
di blog2 secara malu2.kerana umno
sendiri tempat raja2 bertukar2 ideal sudah mula guyang dgn tamparan hibat dlm pru12, apatah lagi umno cuma berharap kpd undi
dari sabah dan rakan2 ubn dari serawak.