Tuesday, May 31, 2011

UMNO, usianya sudah tua.

Negara Kaya, Rakyat Miskin.

Penyakit terus merebak dalam UMNO, Naib-Naib Presiden telah diberitahu bahawa terdapat pegawai Kerajaan yang diberi tanggongjawab bagi mengendalikan kursus-kursus dan perjumpaan kepada kader-kader yang pro UMNO/BN kini dijakiti 'sindrom anuarisem' yang akan menghakiskan sokongan rakyat terhadap BN dalam PRU 13 nanti.

Apakah sindrom tersebut baru disedari dikalangan ahli-ahli UMNO atau sebenarnya mereka itu sudah lama mengetahui tapi membiarkan supaya sindrom tersebut terus menjalar didalam organisasi kerajaan BN kerana mereka berpendapat pengaruh Anwar Ibrahim tidak diterima oleh pegawai Kerajaan.

Setelah tarikh pilihanraya hampir dengan waktunya maka bermacam-macam andaian dan teori dikira bagi menghalang pengaruh Anwar Ibrahim terus bertapak dikalangan penjawat awam yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim. Semuanya sudah terlambat.

Diwaktu Anwar Ibrahim dimalukan, ditelanjang, dihina dan dicaci jarang sangat rakyat tidak menyukainya, kecualilah dikalangan penyokong tegar UMNO. rata-rata rakyat akan mengangkat Anwar Ibrahim yang telah diterjah oleh UMNO dan BN. rakyat banyak masih bersimpati dengan Anwar Ibrahim, semakin Anwar Ibrahim dikeji dan dihina semakin banyak rakyat menyokong beliau.

Dari hulu hingga kehilir dari nelayan, petani, pemandu teksi, bas dan keretapi, kerani, guru, peniaga dan kakitangan awam yang rendah ataupun yang tinggi termasuklah pegawai parti UMNO dalam Kerajaan semuanya telah bersedia untuk menukar Kerajaan. Yang pasti semangat mengubah kerajaan PUTRAJAYA sedang membara dijiwa rakyat.

Minyak tak jadi naik tapi telah dinaikkan tidak dapat menutup kepedihan hati rakyat, gula naik, minyak masak naik, sireh untuk orang India naik, tepung bakul untuk hari besar orang Cina naik dan barang bulan puasa untuk orang melayu pun akan naik manakala bill eletrik pun telah dinaikan. Hal ini boleh meruntuhkan sebuah Kerajaan.

Telah menjadi sejarah sebuah kerajaan telah tumbang hanya apabila kerajaan menaikkan harga gandum kerana gandum itu adalah makanan asas kepada rakyat tersebut. Rakyat malaysia yang telah selesa dengan eletrik dan hawa dingin sudah tentu tidak suka apabila kos pembayaran bill letrik dinaikkan dan tentunya orangramai akan marah.

Kemarahan orangramai itu akan diterjemah kepada undi dalam pilihanraya nanti yang tentu akibatnya akan ada orang yang hilang jawatan terutamanya dalam Kerajaan. Sekiranya PUTRAJAYA tumbang PM Najib akan hilang jawatan Perdana Menteri begitu juga Mahyuddin Yassin tidak sempat berada dikerusi empuk Perdana Menteri. Menteri- menteri pula akan hilang pengawal keselamatan dan setiausaha-setiausaha yang dibayar gaji sama ada dibayar oleh menteri berkenaan ataupun setiausaha itu membayar gajinya sendiri.

Selain daripada unsur unsur 'sendirom anuarisem', kenaikan harga petrol, barang-barang keperluan dan bill eletrik banyak lagi perkara yang rakyat memerhati yang patut tidak berlaku perkara yang tidak baik dalam kerajaan tapi diamalkan hari ini yang akibatnya UMNO sekarang berada dalam suasana 'menang sorok kampung tergadai' yang tidak boleh diubati lagi.

Betullah tindakan saya meninggalkan UMNO kerana seperti diawal kata-kata saya dulu. Lebih baik saya KECEWA diluar UMNO dari terus kecewa dan dikecewakan dalam UMNO. Akhirnya saya memilih Parti Islam Se Malaysia iaitu PAS bagi meneruskan perjuangan saya untuk membela rakyat berteraskan "Tradisi Membela Rakyat, Membangun Bersama Islam" yang tentunya memudahkan perjalanan keakhirat. Amin.

Monday, May 30, 2011

UMNO ditolak di Sarawak?

"sempatkah Mahyuddin jadi PM".

65 tahun UMNO bertapak di Malaysia tapi masih 'gagal' menguasai Negeri Sarawak, satu-satu negeri yang tidak memilih UMNO untuk memayungi rakyat Negeri Sarawak tidak seperti Parti Islam Se Malaysia iaitu PAS yang telah mulai diminati oleh rakyat Negeri Serawak.

Kekuatan parti PAS yang telah diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia telah diakui oleh rakyat Negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak tidak boleh nafikan lagi manakala rakyat negeri Serawak mulai berminat apabila PAS berjaya meletakan calunnya di 5 kawasan DUN Negeri dalam pilihanraya lalu.

Ini bererti PAS telah berada diseluruh negeri dalam Malaysia, tidak seperti UMNO walau pun mendabik dada diatas kemenangan BN di Serawak tapi tidak ada satu kerusi pun yang dimiliki UMNO bererti UMNO tidak ada pengaruh pun di Serawak.

Bermakna dalam PRU ke 13, UMNO tidak akan mendapat satu kerusi pun di Sarawak dan pada bila- bila masa saja rakyat Sarawak boleh menolak untuk tidak menyertai BN. Rakyat Serawak boleh memilih parti politik PAS sebagai wadah perjuangan untuk menubuhkan Kerajaan dan memiliki PUTRAJAYA atau rakyat Sarawak boleh memiliki parti pembangkang PR lain yang telah berkembang di serawak.

PRU 13 nanti memberi kelebihan kepada rakyat Sarawak memilih jalannya sendiri untuk berpolitik, mereka boleh terima parti yang pro UMNO seperti PBB, SUPP dll dan mereka juga boleh memilih parti pro pembangkang seperti PAS, PKR atau DAP tapi rakyat Sarawak tidak dapat bersama UMNO kerana UMNO tidak ujud di Serawak.

Oleh itu pada bila-bila masa saja menjelang PRU 13 rakyat Sarawak boleh mengistihar bahawa mereka akan bersama parti pro pembangkang kerana buat masa ini UMNO tidak ada suara di Sarawak. Inilah yang memberi kelebihan kepada PAS, PKR dan DAP dan sekiranya rakyat Sarawak berpuas hari dengan suasana politik sekarang yang mana Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dimiliki BN dan tidak mustahil nanti untuk kerusi Parlimen rakyat Sarawak akan memilih parti-parti dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS, PKR dan DAP untuk kerusi Parlimen dan sama-sama menikmati ujudnya kerajaan Pakatan Rakyat bagi memiliki PUTRAJAYA.

Suasana inilah yang dibimbang dan digeruni oleh BN, kerana janji untuk melantik Ketua Menteri Sarawak yang baru tidak berhasil, janji Pilihanraya untuk menukar Ketua Menteri dengan 'SEGERA' tidak dapat dilaksanakan kerana kuasa menukar Ketua Menteri tidak berada ditangan UMNO. Sudak tentu sekiranya PRU 13 diadakan diwaktu Taib Mahmud masih menjadi Ketua Menteri Sarawak bererti terlaksanalah 'Janji Kosong BN' dan tentunya rakyat Serawak akan membalas dalam PRU nanti.

Dengan apa yang berlaku di Sarawak dan kekuatan PAS di Kelantan dan Kedah serta kehebatan PKR mentadbir Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perak yang tentunya dapat diambil balik dan tumpuan PAS dan PR di negeri Sembilan, Trengganu dan Johor adalah 'jelas' masa saja yang akan menentukan PUTRAJAYA akan dimilki oleh parti Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 13 nanti.

Cepat pilihanraya umum diadaka maka cepatlah Pakatan Rakyat akan mentadbir PUTRAJAYA kerana separuh daripada kerusi Parlimen sedang menanti untuk diberi kemenangan kepada PAS, PKR dan DAP kerana parti UMNO sendiri 'GAGAL' untuk memertabatkan dan mengiktirafkan Ahli Parlimen (MP) daripada UMNO seperti UMNO sedang layang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini iaitu YB. Khairy Jamaluddin (KJ).

UMNO dan Kerajaan lebih yakin kepada mereka yang tidak berparti dan orang yang kalah bertanding sebagai Ahli Parlimen daripada Ahli Parlimen UMNO untuk diberi tanggongjawab dan habuah di Jabatan Perdana Menteri.

Contohnya seperti Idris Jala dan Koh Tsu Koon, yang mana perlantikan mereka itu seperti untuk 'memalukan' Ahli Parlimen daripada UMNO.

Wednesday, May 25, 2011

Masa masih tersisa untuk Husam.

Dato' Husam Musa mesra bersama Tuan Guru Nik Ab.Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.


Muktamar PAS akan berlangsung pada 3hb. 4hb dan 5hb. June 2011 ini. Tuan Guru Haji Hadi Awang menang Presiden PAS tanpa bertanding. Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa akan ditentang oleh Mohamed Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man manakala Dato' Husam Musa telah menawar diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden PAS bersama penyandang lalu iaitu Salehuddin Ayub dan Mahfus Omar.


Apa yang menarik disini apabila Husam Musa telah bersetuju menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden PAS disaat-saat akhir yang mana sebelum daripada ini Husam Musa dikatakan hanya akan bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Agong PAS sahaja.


Walau pun nama Husam Musa telah disebut-sebut sebagai orang yang layak untuk merebut jawatan Presiden tapi awal-awal lagi Husam Musa menolak kerana berpendapat tenaga Tuan Guru Haji Hadi masih diperlukan berada dalam pimpinan PAS pusat dan Husam Musa berhasrat untuk mempertahankan Tuan Guru Haji Hadi.


Kepada Husam Musa beliau rela hanya berkhidmat kepada parti bagi menentukan wadah perjuangan PAS untuk menawan PUTRAJAYA berjaya dari 'ghairah' merebut jawatan dalam parti. Padanya kekuatan parti lebih diutamakan dari kepentingan peribadi. Syabas.


Semangat yang ditunjukan oleh Husam Musa sepatutnya menjadi agenda perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat bagi menentukan PRU 13 mencapai kejayaan besar kepada Pakatan Rakyat. Jawatan tidak penting tapi PUTRAJAYA harus dimiliki.


Betul kata Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam blognya pada 23 April lalu bahawa masa masih tersisa sekiranya Husam Musa mahu mengubah haluan dan hari ini Husam Musa telah menzahirkan kematangan politik beliau melalui pengumumannya untuk turut serta memeriahkan Muktamar PAS dengan meletakkan dirinya supaya dinilai oleh seluruh perwakilan.


Sebelum Husam Musa mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai Naib Presiden PAS seluruh pemerhati politik tertumpu kepada Nasharuddin Mat Isa dan Mohamed Sabu yang berebut untuk menjadi orang No 2 dalam PAS. kini Husam Musa diberi perhatian.


Husam Musa dilihat dapat mengidupkan kecerian PAS Kelantan kerana sebelum daripada ini tidak seorang pun pimpinan PAS Kelantan menawarkan diri untuk dipilih dalam barisan pimpinan PAS pusat kecualilah ada beberapa orang yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Agong PAS termasuklah Takiyuddin Hassan dan Nik Amar Abdullah.


Dengan suasana baru ini dan dengan kemunculan Husam Musa untuk bertanding sebagai Naib Presiden PAS ianya sedikit sebanyak boleh menyejukkan suasana pemilihan pimpinan PAS dan semestinya ahli-ahli PAS Kelantan bersemangat untuk melihat kemenangan Husam Musa kerana Husam Musa dilihat sebagai seorang Exco Kerajaan Kelantan telah menghidupkan pentadbiran kerajaan Negeri dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan dengan dibantu oleh Exco-Exco lainnya.


Kerajaan PAS Kelantan yang telah memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang dan dikenali 'SERAMBI MEKKAH' sejak 21 tahun lalu memerlukan wakil diperingkat pimpinan tertinggi PAS pusat bagi menentukan tidak akan adalagi kerusi DUN di Kelantan dimenangi oleh UMNO dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mampu melakukannya dengan dibantu oleh Ustaz Mohammed Yaacob serta para Exco-Exco.


Peranan Husam Musa bukan saja untuk Kelantan malah boleh menghadiahkan PUTRAJAYA kepada Kerajaan Pakatan Rakyat pada PRU 13. Insya Allah.

Monday, May 23, 2011

Semuga Roh mereka dicucuri rahmat.

Diantara mereka yang pergi meninggalkan kita.

Al-Fatihah disedekahkan kepada kesemua 16 jenazah yang telah selamat dikebumikan akibat trajedi tanah runtuh di Hulu Langat Selangor semalam. Mereka yang telah pergi meninggalkan kita semua ialah:-

1) Azrel, 8, 2) Nael, 8, 3) Shahrul, 9, 4) Boboy, 10, 5) Farid, 34, 6) Zaim * 7) Angah * 8) Rahimi * 9) Zaid Ashwal, 18, 10) Riz, 9, 11) Lokman, 11, 12) Fahad, 9, 13) Aiman, 10, 14) Hazim, 9, 15) Mustakim * 16) Hasril, 11,

Semuga roh-roh mereka itu mendapat limpah rahmat daripada Allah swt.

Ramai pembesar dan orang kenamaan menampilkan diri sama ada ditempat kejadian tanah runtuh, di Hospital atau ditempat sembahyang jenazah dan ditanah perkuburan. Mereka menunjukkan simpati terhadap musibah tersebut.

Kita harap kehadiran mereka itu datangnya dengan hati yang tulus dan ikhlas dengan niat untuk memberi simpati dan bantuan secara ikhlas. Bukan datang hanya kerana untuk menunjuk muka dalam akhbar dan TV milik kerajaan saja.

Sejak dari hari kejadian sehingga malam tadi, TV tidak putus-putus memaklumkan para pembesar yang hadir dan memaklumkan juga bahawa pembesar no.1 negara dan isterinya memendekkan lawatan keluar negara dan akan menzairahi tempat kejadian dan melawat sanak saudara mangsa dan tentunya akan menzairahi kubur dan mensedekkah ayat-ayat suci Al-Quran kepada mangsa.

Ini adalah tanda jelas bahawa Pilihanraya UMUM ke 13 hampir tiba sekiranya tidak ada isu baru yang boleh menyebabkan kerajaan BN tumbang. .

Sunday, May 22, 2011

Untuk Rakyat termasuk Bolasepak.

.
YAB Tok Guru Nik Ab. Aziz Nik Mat yang sentiasa memberi perhatian kepada Pasukan Bolasepak Kelantan

Pertandingan akhir piala FA diantara Kelantan dengan Trengganu mungkin akan diadakan di Stadium Bukit, Jalil kerana didapati Stadium Sultan Mohd Ke 4 dan Stadium Trenggganu tidak dapat menampung penuntun bagi menyaksikan perlawanan akhir.

Kehebatan pasukan 'Red Werriors' yang menjadi kegilaaan peminat bolasepak Kelantan tidak boleh dinafikan sejak Tan Sri Anuar Musa menjadi Presiden KAFA. Beliau telah dapat menjadikan Pasukan Bola Sepak KAFA sebagai sebuah pasukan yang digeruni oleh kawan dan lawan.

Mengambil kira keperluan yang dituntut dan atas tanggongjawab sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa prihatian terhadap rakyat maka YAB Dato' Bentara Setia, Tuan Guru Nik Ab.Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan telah mengistihar akan membina sebuah Stadium Bolasepak bersekali dengan komplek sukan di Bukit Merbau, Pasir puteh Kelantan yang bernilai RM159 juta.

Kawasan seluar 40.8 hektar telah disediakan dan Insya Allah akan dilaksanakan secepat mungkin yang mana Tok Guru Nik Aziz bercadang apabila siap nanti beliau mahu mengadakan solat hajat didalam Stadium tersebut dengan diimankan oleh keptan bola sepak Kelantan.

Niat ikhlas Tok Guru Nik Aziz itu mendapat puji pujian yang besar dari peminat bolasepak Kelantan yang mengatasi fahaman politik. Rakyat melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Tok Guru Nik Aziz kerana bersedia memberi keselesaan kepada rakyat yang minta terhadap bolasepak. Rakyat juga melahirkan perasaan terima kasih kepada Tok Guru kerana Stadium yang akan dibina itu akan disediakan tempat sembahyang (mini masjid) didalamnya.

Stadium yang bertaraf antarabangsa itu akan mula dibina pada tahun ini juga, tapi malangnya ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan keikhlasan Kerajaan Negeri Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz. Mereka bercakap dengan nada dengki dan tidak 'reti' berterima kasih.

Yang peliknya mereka yang bercakap tidak berterima kasih kepada Kerajaan dan Tok Guru itu dipanggil pemimpin iaitu pemimpin UMNO dan ada juga yang terlibat dengan KAFA. Mereka lah orangnya dulu selalu meminta supaya kerajaan menyediakan kemudahan Stadium atau membina Stadium baru, tapi apabila Kerajaan menunaikan permintaan mereka itu mereka pula mencanangkan bahawa Tok Guru Nik Aziz 'belawok' nak membinakan Stadium.

Jelaslah sekarang, bukanya pasukan bolasepak ataupun Stadium yang diimpi-impikan oleh mereka yang berpengaruh dalam KAFA, ada niat lain disebalik kemenangan pasukan Kelantan, mereka hanya mahu memperalatkan pasukan bolasepak KAFA bagi mencari 'populariti' untuk kepentingan politik UMNO. Inilah yang berlaku dalam pilihanraya kecil di Galas baru-baru ini.

Tidak seperti Kerajaan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru melihat dari sudut kepentingan rakyat, Tok Guru Nik Aziz tak kisah siapa yang menerajui KAFA sama ada dari PAS atau UMNO kerana kepada Tok Guru Nik Aziz nama Negeri Kelantan yang mesti diharumkan, seperti harumnya bunga kasturi.

Terima kasih Tok Guru, terima kasih Kerajaan Kelantan kerana sudi menghadiahkan sebuah Stadium Bolasepak sempena berjayanya pasukan Kelantan memasuki pertandingan akhir piala FA melawan Trengganu yang dijadualkan akan diadakan pada 11hb. June, 2011 di Stadium Bukit jalil.

Diharap kepimpinan KAFA tidak jadikan pasukan bolasepak KAFA sebahagian daripada perniagaan peribadi dan diperalatkan oleh Mustapha Mohamed untuk dikongsi sebagai 'gelumbang merah' untuk kepentingan UMNO. Biarlah Mustapha dengan Bahagian Jelinya saja.

Anuar Musa tahu, siapa Mustapha Mohammed.

Tuesday, May 17, 2011

Senator menjadi 'JUARA'

inilah orang harapan PM Najib. tak payah susah susah menang pilihanraya. mp UMNO hanya dijadikan ......?

Rakyat mahu tahu, kenapa Kerajaan BN tidak turunkan harga minyak petrol sedangkan Parti Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP telah memberi kesanggupan dan akujanji bahawa hari ini PR memerintah Malaysia dalam masa 24 jam minyak patrol akan diturunkan.

Apakah Kerajaan BN tidak peka terhadap masaalah rakyat sedangkan kerajaan BN tahu dengan kenaikan harga minyak pertol itu ianya akan membebankan rakyat yang mempunyai kenderaan bermotor.

Rakyat hari ini tidak peduli siapakah yang menjadi pelakun dalam video sex sehingga kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi menghantar pegawai polis ke Amerika untuk mencari kepastian yang tentunya belum pasti kesahihannya. Perbelanjaan wang rakyat yang merugikan.

Yang rakyat mahu masaalahnya dibela oleh Kerajaan BN, mereka mahu minyak diturunkan, harga gula diturunkan, harga susu dan tepong kegunaan harian diturunkan, bukanya mendapat bebanan seperti hari ini. Menyokong Kerajaan BN tapi membebankan kehidupan.

Nampaknya janji Pakatan Rakyat melalui 'buku jingga' membuka mata rakyat jelata. Rakyat tahu bahawa hasil negara disalah urus oleh Kerajaan BN sehingga mengakibatkan rakyat menanggong bebab. Hasil minyak negara yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat jelata hanya diagih-agihkan kepada beberapa orang individu yang kaya raya. rakyat dibiarkan merana.

Tuntutan rakyat akan diterjemahkan apabila menjelangnya pilihanraya, keranda untuk mengusung Kerajaan BN dalam PRU 13 sudah ditempah oleh rakyat jekata, rakyat mahu menuntut hak, rakyat mahu kerajaan adil kepada mereka. rakyat mahu hak mereka diagihkan sama rata.

Rakyat sudah jemu dengan janji palsu dan penindasan. rakyat sudah mula menconggot angka angka kepalusuan janji kerajaan BN. Rakyat sudah tahu khazanah mereka telah dicuri dan diagihkan kepada kroni-kroni. Rakyat sudah hitung satu persatu.

Masanya akan menentukan, cepat diadakan pilihanraya maka cepatlah rakyat akan berpesta dengan kerajaan baru. kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun Anwar Ibrahim dipenjara tapi roh perjuangan untuk menumbangkan kerajaan BN tetap membara-bara dihati rakyat jelata kerana mereka tahu 'penjara itu adalah dusta semata-mata'.

Keyakinan bahawa kerajaan BN akan tumbang dalam piliharaya ke 13 itu adalah kerana sejak saya menyertai PAS teramat ramai rakan-rakan dalam UMNO dan BN menghulurkan salam persaudaraan dengan melafazkan 'tindakan saudara itu betul' dan ini menyakinkan saya apabila mereka itu mempertikaikan kewarasan PM Najib melantik beberapa orang senator dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Idris Jala, Koh Tsu Koon, Jamil Khir adalah diantara orang yang dilantik Senator dan diberi jawatan Menteri Penoh dengan beberapa keistimewaan. Sedangkan ramai lagi ahli-ahli Parlimen Melayu yang menang bertanding dan dinobatkan sebagai Ahli Yang Berhormat Parlimen diabaikan begitu saja oleh PM Najib. Apakah MP dari kalangan UMNO tidak layak jadi Menteri atau PM Najib memandang 'lekeh' kepada MP UMNO.

Sekiranya itulah pandangan PM Najib kepada MP UMNO, tak tahulah apa yang akan berlagar didalam kepala puak-puak MP UMNO. tepuk dada tanya selera. PRU 13 makin hampir tiba, tunjukkan lah bara-bara kemarahan, nyalakan lah api-api yang membara. Sebenarnya tidak ada nilai harga perjuangan kepada mereka yang menang bertading, dibuatnya macam sampah. Orang seperi Idris Jala, Koh Tsu Koon dan Jamil Khir yang dapat nikmatnya tidak ternilai, tak payah bersusah susah. diangkat diletak diatas singgahsana untuk memberi unjuk ajar dan arahan kepada MP-MP UMNO. Itukah 1Malaysia.

Sunday, May 15, 2011

Tradisi Membela Rakyat, Membangun Bersama Islam.

Hj.Mohd Soberi Shafii di Pejabat YAB Tok Guru Nik Ab.Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Wadah Perjuangan baru setelah hampir 10 hari tidak menulis. Banyak teman-teman bertanya kabar kenapa tidak ada berita baru yang ditulis dalam blog. Jawabnya mudah, saya sedang 'adjust' landasan baru setelah berkunjung hormat ke Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan dan sempat menyerah borong keahlian PAS kepada Tok Guru Nik Ab. Aziz Nik Mat Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan.

Satu pengalaman baru tapi tidak asing.

Friday, May 6, 2011

Nak Tahu Siapa Rasuah?

"Betapa berapa ramai pemimpin dunia yang gugur dan kerajaan tersungkur akibat terpalit dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa" sehubungan dengan itu adalah 'jihat' sesiapa yang memerangi rasuah sama ada rasuah wang, rasuah poilitik atau rasuah kuasa.

Tan Sri Mahyuddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri ketika berucap dalam majlis ulang tahun ketujuh Pelan Integriti Nasional semalam menekankan dari segi ugama amalan rasuah adalah perbuatan paling terkutuk dan amat dilarang.

Mendengar syarahan Mahyuddin Yassin itu mencerminkan bahawa kesedaran kerajaan untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah sampai ke tahap yang boleh dibanggakan tapi malangnya ucapan Mahyuddin itu bukan mengambarkan kejayaan kerajaan BN memerangi gejala rasuah yang sedang berleluasa sekarang.

Di Pejabat Timbalan Perdana Menteri sendiri, apakah tidak berlaku "gejala rasuah" sehingga ada orang yang susah untuk mendapat tarikh membuat temu janji dengan Timbalan Perdana Menteri dan ada pula yang terlalu senang untuk bertemu TPM. Dan mengapa salah seorang Setiausaha Politik TPM telah berhenti dari jawatan itu.

Bercakap untuk memerangi rasuah hanya semata-mata untuk dilihat bahawa Kerajaan BN bersih dan pemimpin tidak melakukan amalan rasuah diwaktu sekarang ini tidak memberi makna kepada rakyat kerana rakyat sudah memahami 'bahasa politik' pemimpin kerajaan BN.

Apa yang rakyat mahu melihat ada tindakan yang tidak pilih kasih dikenakan kepada pengamal rasuah dan rakyat mahu melihat ada hukuman yang dikenakan kepada pihak yang melakukan rasuah sama ada mereka itu Perdana Menteri, Menteri, Wakil Rakyat atau rakyat biasa.

Rakyat tidak mahu mendengar lagi, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri hanya memberi jaminan bahawa kerajaan akan bertindak terhadap mereka-mereka yang melakukan rasuah tapi tindakan yang diambil hanya terhadap mereka yang dipilih, manakala oleh kerana kerajaan ada kepentingan dengan orang-orang tertentu maka orang yang sepatutnya dihukum terlepas dan bebas sebelum didakwa.

Inilah yang menyebabkan rakyat tidak percaya kepada kerajaan BN kerana dengan jelas 'drama rasuah' sedang berlaku didepan mata. kerajaan hanya terus bercakap tapi tindakan tidak dilaksanakan hanya 'gepa' saja suara oleh kerajaan untuk menghapuskan rasuah.

Mana tindakan kerajaan terhadap 19 orang berprofile tinggi yang telah diumumkan oleh Rais Yatim dulu yang mana kertas siasatan sudah siap dihantar ke pejabat Peguam Negara. Sekiranya rakyat ingin mengetahui siapakah mereka-mereka itu, bolehlah pada PRU 13 nanti ubah Kerajaan BN dengan menyokong Pakatan rakyat (PR).

Selagi negara ini ditadbir oleh Kerajaan BN, selagi itulah kita tidak akan dapat mengetahui siapakah orang-orangnya yang dimaksudkan oleh Rais Yatim itu yang sepatutnya didakwa dibawah akta RASUAH. Mengapa tindakan tidak diambil?.

Thursday, May 5, 2011

YB. Senator, calun menunggu.

Rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP tidak pernah memperjuangkan Islam oleh itu PAS patut keluar dari PR, itu kata-kata PM Najib tapi UMNO boleh bersama MCA, GERAKAN, MIC, SUPP dan LDP dalam BN walaupun parti tersebut menolak negara Islam.

Dr..Juanda Mufti perlis melahirkan rasa kekecewaannya kerana PAS tidak menerima jemputan UMNO untuk duduk semeja. UMNO jemput PAS duduk semeja buat apa? nak bincang apa?, itulah yang Mufti Perlis tidak tahu tapi beriya-iya benar nak bercakap politik.

Mufti Perlis ini nampaknya tidak ada kerja yang hendak dibuat untuk urusan pejabat. PM Najib bercakap 'politik' dia pun sambut, walhal kenyataan politik yang dibuat oleh PM Najib itu sudah dapat disuloh oleh pemimpin-pemimpin PAS.

PM Najib nak suruh PAS berbalah dengan PR, dan apabila PAS tinggalkan PR maka lemahlah DAP dan PKR lalu mudahlah untuk UBN memenangi PRU 13, lepas itu PAS akan diejek oleh UMNO dikampung, dibandar dan dikota. Itulah yang PM Najib mahu.

Itu jugalah mungkin Mufti Perlis mahu dan mungkin Mufti Perlis juga ada cita-cita politik kerana cara beliau serang PAS itu nampak jelas beliau tidak ada pengalaman dalam 'bahasa politik' hari ini. Apakah selepas PRU 13, Mufti Perlis bercita-cita untuk dilantik sebagai Senator dan diberi jawatan Menteri menjaga hal ehwal Ugama politik kerajaa BN, iaitu satu jawatan baru sebagai anugerah kerana berani menyerang PAS. Seperti anugerah yang diberi kepada Ezam Md.Noor.

Kerajaan PM Najib boleh buat apa saja yang beliau mahu, asalkan ada orang sanggup menyerang PAS dan PR, soal perlantikan sebagai Senator dan Menteri adalah menjadi perkara 'enteng' kepada PM Najib asalkan Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim 'padam' dalam politik Malaysia hari ini. Kerana sebenarnya bukan kepada DAP yang UMNO takut.

Sekiranya DAP keseorangan sampai kiamat pun DAP tidak akan dapat memerintah Malaysia tapi yang menjadi 'ketar' kepada UMNO dan BN ialah apabila PAS, DAP dan PKR akan kukuh bersatu maka nasib kerajaan BN dalam PRU 13 seperti dihujung tanduk.

PM Najib sedar kekuatan PR telah bertambah, ini dapat dibuktikan apabila PR dengan hanya gabungan 3 buah parti melawan gabungan 11 buah parti kompenan BN, PR telah dapat memerintah 5 buah negeri termasuk Wilayah Kuala Lumpur. Inilah yang di geruni oleh BN.

Serangan serentak terhadap Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim oleh BN tidak membawa hasil yang mengkagumkan oleh itu (boleh jadi atas nasihat APCO) sekarang ini UBN secara maksiman cuba menghilangkan pengaruh Anwar Ibrahim dengan berbagai-bagai fitnah termasuklah kes liwat dan video lucah Eskay dan sekiranya startegi itu berjaya maka Tok Guru Nik Aziz lah pula yang akan jadi mangsa fitnah.

Setelah itu PM Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen dan SPR akan umumkan tarikh penamaan calun dan tarikh mengundi. Yang didengar seramai 4 orang Ketua UMNO Bahagian di Kelantan tidak akan dicalunkan untuk bertanding dalam PRU 13 nanti. Nasiblah belalang.

Tuesday, May 3, 2011

Renung-Renungkan lah.


Orang Melayu UMNO marah kepada Cina DAP, manakala orang Melayu PAS marah kepada Cina MCA tapi kedua-dua melayu marah antara satu sama lain. Itulah realiti politik Malaysia hari ini. Yang jadi mangsa kecaman, kehinaan dan keaiban ialah pemimpin Melayu yang berugama Islam.

PM Najib dikaitkan dengan isu pembunuhan Altantuya dan rasuah kapal selam, Anwar Ibrahim diaibkan dengan kes liwat dan video lucah, Tok Guru Nik Aziz pula di lebalkan memperalatkan Ugama. Manakala Chua Sio Lek dan Lim Kit Siang bertepuk tangan.

Kekuatan seluruh kawasan Parlimen Malaysia hari ini masih dikuasai oleh majoriti orang melayu jadi tidak timbul takut kuasa jatuh kepada bangsa lain. PRU 13 nanti Perdana Menteri masih lagi orang melayu bererti melayu masih selamat.

Oleh kerana orang melayu dalam UMNO dan PAS tak nak kepada orang Cina adalah elok dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti orang melayu jangan undi calun bangsa lain, undilah calun melayu tak kira bertanding atas parti apa sekali pun. Biar orang melayu PKR saja yang undi orang bangsa lain kerana PKR parti berbagai bangsa.

Sekiranya ini dapat dilakukan, kepujian harus diberi kepada orang melayu UMNO kerana sudah jelas kerusi yang ditandingi oleh bangsa lain akan dimenangi oleh calun melayu. Diwaktu itulah nanti lebih 3/4 kerusi Parlimen akan dikuasai oleh bangsa melayu. Insya Allah kerusi melayu PAS akan bertambah di Parlimen.

Melayu UMNO kena berkorban untuk bangsanya sendiri, biar kerusi BN yang diwakali oleh bangsa lain kalah asalkan calun melayu dari parti lain yang menang. Itulah perjuangan yang berslogankan untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Perjuangan harus ada pengorbanan.

Menjawab Pertanyaan Mustapha Mohamed.

lakunan Mustapha Mohamed, buat-buat tanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato' Mustapha Mohamed menyelar Kerajaan PAS negeri Kelantan kerana belum melaksanakan projek jambatan merintasi sungai Kelantan dari kampung Cina, Kota Bharu ke Palekbang Tumpat.

Angkuhnya orang kaya bercakap setelah 65% jambatan kedua Sultan Yahya Petra siap walaupun jadual asal patut siap pada Disember 2009. Kita berharap jambatan tersebut akan siap sepenuhnya sebelum pilihanraya umum ke 13 supaya tidak memberi kesan politik kepada Mustapha Mohamed khasnya untuk mempertahankan Parlimen Jeli dan jawatan Menteri.

Kita bimbang sekiranya jambatan yang bernilai RM159 juta itu tidak siap sepertimana tempoh yang telah diberi ianya akan menjadi isu politik yang mengakibatkan kewibawaan Mustapha Mohamed selaku Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan akan dipertikaikan oleh rakyat Kelantan dan akan merebak ke Jeli.

Mustapha Mohamed sepatutnya tidak mencabar Kerajaan PAS Negeri Kelantan yang belum lagi memulakan pembinaan jambatan dari kampung Cina ke Pelakbang yang beliau juga tahu sebab-sebabnya. Yang patut Mustapha Mohamed tekankan ialah projek projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN yang mana peruntukan telah pun dikeluarkan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selain daripada projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang belum siap banyak lagi projek politik Kerajaan BN Kelantan dibawah kelolaan Mustapha Mohamed belum siap dan tersasar dari jadual asal. Adalah lebih baik Mustapha Mohamed tumpukan perhatian kepada projek-projek Kerajaan BN yang belum siap daripada 'membebel' terhadap pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan tidak akan tumbang dengan mewar-warkan soal projek yang belum dilaksanakan kerana sesuatu projek yang belum dilaksanakan belum ada wang yang mengalir tapi projek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO/BN tentulah sudah ada wang yang dibayar tapi kenapa projek itu tidak siap mengikut jadual. Tentu ada sebab yang tidak menasabah.

Mustapha Mohamed perlu menyelesaikan masaalah dalaman projek-projek Kerajaan UMNO/BN terlebih dahulu sebelum bercakap berhubung pentadbiran Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Kerana seluruh rakyat Kelantan sedar dimana sebenarnya tersekat apabila sesuatu projek yang dirancang oleh Kerajaan PAS Kelantan itu terhalang.

Mustapha Mohamed mahu Kerajaan PAS Kelantan mendedahkan berapakah luas projek Ladang Rakyat yang telah diluluskan dan siapa kontraktor tapi Mustapha Mohamed tidak pula mendedahkan berapa banyak projek Kerajaan Persekutuan yang belum siap dan siapa 'brokernya'.

Begitu juga Mustapha Mohamed sebagai Menteri yang bertanggongjawab meluluskan anugerah AP Kereta tidak pula mendedahkan berapa banyak kertas AP Kereta diluluskan dan berapa ramai pemimpin UMNO Kelantan mendapat nikmat lumayan terutamanya ahli-ahli UMNO Bahagian Jeli yang mana beliau adalah Ketua Bahagian?.

Monday, May 2, 2011

Siapa dalang disebalik Video Lucah?

yang pasti bukan Dato' Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin menjadi dalang.

Isu Video Lucah hampir selesai, Anwar Ibrahim dan keluarganya telah menerima dengan keredhaan diatas apa yang menimpa terhadap keluarganya. Mereka sekeluarga sudah biasa dengan cara orang yang ingin menghalang kejayaan politik Anwar Ibrahim.

Itulah kehebatan dan anugerah yang ada pada Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Izzah. Mereka boleh menghadapi dengan tenang terhadap kehinaan dan keaiban yang dijaja terhadap keluarga mereka. Bahkan mereka lebih bersemangat.

Rakyat sudah lama berada dibawah pemerintahan kerajaan BN, rakyat sudah dapat menilainya yang baik untuk mereka, sebenarnya BN tak payah gundah untuk mengadakan PRU, rakyat sudah pun tahu hala tuju yang mereka mahu. PM Najib boleh menasihati Yang Di Pertuan Agong sekarang untuk membubarkan parlimen.

PM Najib perlu mandat 2/3 di Parlimen selepas PRU ke 13 nanti bagi memudahkan Kerajaan BN meminda perlembagaan untuk disesuaikan mengikut kehendak zaman dan juga bagi membolehkan PM Najib menyusun kabinet baru dengan mengugur mana-mana menteri yang tidak lagi boleh membantu untuk kepentingan rakyat.

PM Najib perlu mempercepatkan usaha bagi mengelak Video Lucah dijadikan topik perbincangan dikalangan rakyat jelata. PM Najib perlu juga menyekat orang UMNO yang berperangai seperti Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazin dari terlibat dalam pengedaran video lucah. Kerana yang malunya semua orang melayu yang berugama Islam.

Hari ini penyokong UMNO boleh melebarkan senyum kerana Anwar Ibrahim telah diaibkan oleh Eskay seorang yang bukan bangsa melayu. Perbuatan Eskay itu disokong oleh pertubuhan sukarela yang ahlinya orang melayu. Eskay telah menjadi idola kepada sesetengah ahli-ahli UMNO kerana dapat mengaibkan orang melayu. Itulah perjuangan melayu yang ada pada UMNO.

Sehingga kini Eskay telah menjadi hero untuk memalu dan mengaibkan orang melayu kerana walau pun beliau bukan keturunan bangsa melayu tapi disokong dan didokong oleh orang-orang melayu yang menyertai sebuah parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Tanpa mengkaji latarbelakang asal usul Eskay lantas kerana ingin mengaibkan Anwar Ibrahim dan keluarganya, orang melayu (yang ada kepentingan politik dengan kerajaan BN) terus ghairah menyokong Eskay.

Yang perlu orang ramai selidik dalam Isu Video Lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim bukan soal siapa pelakunya tapi yang lebih penting daripada itu siapa dalangnya yang mengenepikan ajaran Islam supaya melindungi umatnya daripada diaib dan dimalukan. Yang Paling lebih penting lagi ialah apakah tujuan sebenar disebalik penyebaran video lucah itu oleh Rahim Tamby Chik, Shuib Lazim dan Eskay selain daripada untuk menghalang Pakatan Rakyat merampas PUTRAJAYA.

Mungkin Dato' Ibrahim Ali tahu sebabnya?.
Mungkin Khairy Jamaluddin tahu dalangnya?

Sunday, May 1, 2011

Sumpah Laknat Anwar Ibrahim.

"hobi yang sama"
Anwar Ibrahim sedang minum 'teh tarik' bersama PM Najib.


Negara Malaysia dalam seminggu ini sudah menjadi tempat 'panggong video lucah' melalui youtube dan blog-blog. Filem tersebut bukan saja laris untuk orang-orang dewasa lelaki dan perempuan tapi ditonton juga oleh remaja lelaki dan perempuan termasuk anak-anak sekolah yang pandai buka internet.

Berbagai-bagai reaksi yang didengar berhubung video lucah tersebut, ada yang tidak kisah langsung, ada yang menafi bahawa bukan Anwar Ibrahim, ada yang percaya dan masih ramai yang tunggu pengesahan dari pihak polis.

Ramai dikalangan isteri-isteri kesal sekiranya betul Anwar Ibraim melakukan demikian tapi mereka itu 'lega' setelah Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah Ismail sendiri menafikannya. Ini kerana Wan Azizah lah orang yang lebih tahu, bentuk tubuh badan suaminya.

Dalam pada itu yang masih lagi menjadi kecamuk apabila para alim ulama memberi pendapat masing-masing berhubung dengan sumpah laknat. Ada yang cadangkan supaya Anwar Ibrahim turut bersumpah sepertimana yang dilakukan oleh Eskay, Saiful dan PM Najib dan ada pihak ulama lain berpendapat Anwar Ibrahim tak perlu bersumpah kerana dengan cara bersumpah pun tidak menyelasaikan masaalah.

Sekiranya hari ini Anwar Ibrahim bersumpah berhubung isu liwat Saiful, mahkamah akan menerus juga pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim dan sekiranya didapati bersalah kedalam penjara juga akhirnya Anwar Ibrahim. Begitu juga isu video lucah, kalau pun Anwar Ibrahim bersumpah pada hari ini, tidak ada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi isu tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar Ibrahim. Dan apakah tiap kali ada tuduhan berhubung kait dengan isu moral maka tiap kali itulah pula Anwar Ibrahim akan diminta bersumpah. Sampai bila tidak selesai berhubung dengan sumpah laknat.

Isu moral, liwat dan zina yang dikaitkan terhadap Anwar Ibrahim ini akan selasai apabila pilihanraya umum ke 13 berlangsung dan salah satu pihak akan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3. Selagi PRU tidak diadakan selagi itulah bangsa melayu dan ugama Islam diperkotak katikkan oleh pemimpim politik negara.

Soal sumpah laknat ini tidak akan ada kesudahan selagi Anwar Ibrahim masih meneruskan kempen untuk menumbangkan kerajaan BN, ertinya selagi ada orang melihat Anwar Ibrahim berpontasi menjadi Perdana Menteri Malaysia, selagi itulah usaha untuk 'menghancurkan' Anwar Ibrahim akan aktif.

Ini terbukti apabila berlaku ugutan supaya Anwar Ibrahim dan Wan Azizah bersara daripada politik, video lucah itu tidak akan ditayang dan apabila ugatan itu tidak dihiraukan oleh Anwar Ibrahim maka disebarlah video lucah yang tidak pun memberahikan itu untuk dijadikan tatapan oleh semua lapisan masyarakat khasnya di Malaysia ini.

Orang yang paling bersemangat bercakap soal video lucah ini selain Rahim Tamby Chik, Shuib Lazim dan Eskay (kawan karib Muntaz Jaafar) semasa berkhidmat di Majlis Sukan Negara (MSN) adalah Tun Mahathir Mohamed. Kenapa?

Kerana takut, dendam dan hilang harta kekayaan. Takut kerana skandal dimasa lalu didedahkan. Dendam kerana terpaksa melepaskan kuasa. Hilang harta kekayaan yang dikumpul melalui cara yang tidak bermoral.

Apabila Anwar Ibrahim merasakan bahawa rakyat masih sangsi dengan penjelasan yang telah diberi sekarang ini dan apabila beliau yakin bersumpah laknat dengan menafika bahawa bukan beliau dalam video lucah itu menyebabkan rakyat terbanyak akan bersama sama beliau akan mengalahkan kerajaan BN, Maka pada waktu apabila Parlimen dibubarkan, pada waktu itulah Anwar Ibrahim akan mengadakan sumpah laknat.