Wednesday, July 21, 2010

Menuju Puncak.

Pengerak Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Gambar tepi kiri Abdullah Zudi Shamsuddin, Gambar tengah Cik Gu Mat Yani dan Gambar bawah Adik Mat (Ketua Pemuda).







Setelah UMNO berterusan kalah dalam pilihanraya umum di Dewan Undanagn Negeri (DUN) Kadok, kini saya merasa lega dan bersemangat kerana sudah ada 'blue print' khasnya dikalangan Pergerakan Pemuda UMNO yang bersungguh untuk melihat satu keajaiban berlaku dalam pilihanraya umum ke 13 nanti..

Saya difahamkan oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian KETEREH dalam perjumpaan 'santai' diantara Pemuda UMNO Bahagian dengan Bendahari UMNO Bahagian yang juga Penyelaras DUN Kadok iaitu Roslan Hamid sambil menikmati 'Sup Kaki Lembu' di kampung Perol adalah amat-amat berjaya dan memberangsangkan.

Hasil dari pertemuan dari hati ke hati itu satu rumusan telah dicapai yang mana Pemuda UMNO Bahagian akan memberi tumpuan yang khusus bagi membantu Roslan Hamid untuk memperhebatkan gerakan bagi mempastikan pengundi muda akan berpihak kepada BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Dan dikabarkan Roslan Hamid akan turun bersama pemuda bagi mengerakkan jentera pilihanraya tanpa menyisihkan mereka yang boleh membantu memberi kekuatan kepada parti sama ada dari golongan muda atau pun golongan tua, pokonnya semua ahli parti harus ada persefahaman tanpa meletakkan kepentingan peribadi sebagai agenda perjuangan.

Inilah contoh terbaik setelah UMNO kalah dalam pilihanraya umum ke 12 lalu. Pemuda UMNO Bahagian mengambil tanggongjawab bagi merealisasikan kesepakatan yang telah dibuat oleh ahli parti dalam Persidangan Perwakilan Bahagian baru-baru ini. UMNO KETEREH khasnya dalam DUN Kadok mula mengambil langkah untuk bekerja kearah kemenangan.

Pengalaman Cik Gu Mat Yani semasa beliau menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian KETEREH telah digembelingkan dengan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian bagi membantu jentera pilihanaraya DUN Kadok yang dipimpin oleh Roslan Hamid telah menghasil satu wadah yang akan diterjemahkan melalui akiviti yang mana Pemuda UMNO Bahagian akan bergerak dengan segera.

Dalam politik tidak mustahil DUN Kadok akan dirampas oleh UMNO sekiranya pengundi muda dapat dimenafaatkan oleh UBN kerana pengundi fanatik PAS yang dulunya menjadi teras kepada PAS sudah banyak meninggalkan perjuangan kerana meninggal dunia dan kalau masih hidup pun sudah bersara dan keletihan.

Langkah Pemuda UMNO Bahagian yang digerakkan oleh Abdullah Zudi Shamsuddin, Pen. Bendahari Pemuda Bahagian dan Cik Gu Mat Yani bekas Naib Ketua Pemuda Bahagian yang sekarang ini Jawatankuasa UMNO Bahagian telah memberi kesan yang mendalam terutamanya dikalangan Pemuda yang tentunya akan bersemangat untuk melihat kejayaan kerana di DUN Kadok itu penoh dengan cabaran.

Pemuda UMNO Bahagian tentunya tidak banyak menghadapi masaalah untuk melaksanakan aktiviti kerana berada dibawah pengaruh Roslan Hamid sebagai Penyelaras DUN dan Bendahari Bahagian, yang tentunya soal peruntukan dan projek tidak berbangkit.

Dengan Roslan Hamid diberi tugas sebagai Penyelaras DUN semuga Jawatankuasa UMNO Bahagian dalam DUN Kadok Fauzi Zakaria, Cik Gu Ghazali Yusof, Basri Awang, Suradi Mohamed, Cik Gu Wan Ghani dan Cik Gu Sanusi akan diberi tempat dan peranan supaya peristiwa 2008 tidak berulang lagi.

Tahniah Pemuda semuga kehendak akan berhasil dan berjaya.

1 comment:

Putra 7 Gunung said...

semuga semua cerita ini akan berjaya ...jangan hangat-hangat 'tahi ayam' ...hari ni bercakap berdegar-degar ---esok semua bahu taik..dok bercakap dan menyalah sesama sendiri..