Wednesday, March 28, 2012

Lagi Kejutan.

bertemu dan bermesra
kelihatan dalam gambar Tok Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS, Ambo dan Sdr Ab.Rahman Yunus,Bekas Setiausaha Sulit Tun Ghafar Baba yang juga bekas Exco Pemuda UMNO.


Kesudian Presiden PAS, YB. Tok Guru Haji Hadi Awang bertemu dan beramah mesra dengan beberapa orang bekas pemimpin UMNO termasuk seorang bekas menteri membuka ruang untuk mereka memberi pandangan dan pendapat bagaimana keyakinan mereka bahawa PRU13 akan mezahirkan sebuah kerajaan baru di Malaysia ini.

Kedudukan BN teracam begitu teruk apabila banyak isu2 yang melibatkan beberapa orang tokoh UMNO telah meninggalkan parti tersebut, terbaru Kadir Sheikh Fadzil dan akan diikuti pula oleh seorang lagi yang hadir dalam pertemuan dengan Presiden PAS semalam.

Semalam sekurang2nya 4 orang bekas EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyertai pertemuan tersebut yang mana mereka telah melahirkan untuk menyokong sebuah kerajaan baru selepas PRU13 ini. Mereka tidak akan mezahirkan diri secara terbuka tapi mereka berjanji akan menjadi 'perosak' kepada BN dalam PRU13 nanti.

Kenyataan bekas EXCO itu menyebabkan dua orang wakil daripada anak-anak peneroka FELDA yang mewakili 30,000 ahli kelab 'CHAI' yang terdiri daripada anak-anak peneroka FELDA seluruh negara akan bergerak secara sukarela bagi menyokong PR dalam PRU13 nanti dan dijangka sebanyak 26 kerusi Parlimen daripada 56 kerusi yang melibatkan tanah rancangan FELDA akan dimenangi oleh PR.

YB Tok Guru Presiden PAS diakhir pertemuan melahirkan ucapan terima kasih diatas sokongan diluar jangkaan yang telah didsepakati oleh mereka yang hadir kerana dengan input baru yang berjanji untuk menyokong PAS dan PR dalam PRU 13 bertambah yakin bahawa PUTRAJAYA akan dimiliki oleh PR.

Banyak lagi kejutan akan berlaku menjelang pembubaran parlimen nanti dan disini diumumkan bahawa UTTV akan mengadakan siaran secara langsung dari dewan KTC, Kota Bharu dalam program Bicara UT ke 6, bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah - 'Perjuang Politik & Amanah' pada 10hb. April, jam 8.30 malam. Orangrami dijemput hadir.

No comments: