demo tolong kawe,kawe tolong demo
Betul-betul mengecewakan, itulah reaksi rakyat Kelantan yang mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri Malaysia yang melakukan lawatan ke Negeri Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang yang menjadi perbualan hangat semingggu dua lalu kerana Perdana Menteri, Najib Tun Abdul Razak melebalkan Kelantan adalah negeri yang termiskin di Malaysia.
Rakyat Kelantan mengharapkan PM Najib akan mengumumkan keperluan orangramai terutamanya yang mengunakan jalanraya dari Kota BHaru ke Kuala Lumpur. Rakyat mengharap PM Najib mengumumkan sebuah Lebuhraya dari Kota Bharu ke GUa Musang untuk keselesaan rakyat Kelantan. Mereka berkata PM Najib tak patut menghampakan rakyat Kelantan kerana terdapat 30% rakyat Kelantan yang menyokong UMNO walaupun kerajaan Keantan diterajui oleh PAS.
Begitu juga dengan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Anuar Musa yang juga Presiden KAFA, tentunya beliau juga rasa kecewa kerana PM Najib tidak menunjukan sokongan kepada usahanya mempopularkan bolasepak Kelantan dengan menarik golongan muda untuk menyokong UMNO, Slogan gelombang merah atas cetusan warna Red Werrios. TSAM berharap dengan kehadiran PM Najib tentunya akan berhasil sebuah Komplek Sukan termasuk Stadium KAFA. Tapi nampaknya PM Najib menghampak Tan Sri Anuar Musa salah seorang Ketua UMNO Bahagian.
Bagaimana pula dengan rakyat Pasir Mas, ramai rakyat Pasir Mas yang menyokong Ibrahim Ali melahirkan perasaan kesal kerana PM Najib seperti melupakan Ibrahim Ali, sedangkan Ibrahikm Ali melalui PERKASA sentiasa mempertahankan PM Najib dan UMNO walau pun dalam keadaan terdesak tapi PM Najib langsung tidak memberi signal kepada rakyat Pasir Mas.
Rakyat Pasir Mas mengharapkan PM Najib mengumumkan untuk membenar Ibrahim Ali bertanding dalam PRU Parlimen Pasir Mas dengan mengunakan lambang Dacing, tapi perkara tersebut tidak berlaku, kekecewa ini akan membuat ramai penyokong Ibrahim Ali sudah muak untuk memberi sokongan kepada UMNO terutamanya ahli-ahli PERKASA.
Manakala YBM Tengku Razaleigh Hamzah tentu akan merasa dirinya tidak diendahkan oleh PM Najib kerana Tengku Razaleigh adalah orangnya yang bersuara secara tegas Royalti Minyak hendaklah diberi kepada rakyat Kelantan. Tapi PM Najib diam membisu seribu bahasa. PM Najib tidak langsung menghormati suara Tengku Razaleigh seolah-oleh UMNO tidak perlu lagi kepada tenaga dan pengaruh Tengku Razaleigh.
Pada 29.2.2011 lalu tiga orang Ketua UMNO Kelantan iaitu Mustapha Mohamed selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Awang Adek Husein Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Neger Kelantan dan Anuar Musa bekas Ketua UMNO Perhub7ungan UMNO Negeri Kelantan telah mengadap YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang antara lain mereka berbincang bagaimana cara Tengku Razaleigh boleh membantu supaya UMNO boleh merampas Kelantan daripada tangan PAS.
Dengan tidak memberi kehendak rakyat adalah terlalu nipis kepada UMNO nak rampas Kelantan. Slogan TUKAR yang disuarakan oleh budak-buadk di Pejabat UMNO akan mmbuat makan diri apabila rakyat seluruh Malaysia bersemangat untuk mengunkan slogan TUKAR BN kepada PR untuk rampas PUTRAJAYA.
Yang didengar, apabila PM Najib tidak mengistiharkan sebarang kehendak rakyat iaitu Stadium KAFA, Royalti Minyak dan Lebuhraya Kota Bharu Gua Musang kerana mungkin ada penasihat yang babuk. Orang yang paling gembira adalah Fatmi Che Salleh.
No comments:
Post a Comment