Tok Pa berhasrat ambil Kelantan.
Mahu atau tidak mahu, PRU13 wajib diadakan mengikut kehendak perlembagaan Malaysia yang tempoh akhirnya bulan April 2013. Tapi deman pilihanraya dah pun bermula. Semua parti politik telah membuat persiapan bagi menghadapi PRU13.
YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato, Seri Mohd Najib telah pun memberi gambaran bahawa PRU13 akan diadakan dalam masa terdekat. Bantuan kepada rakyat telah dicurahkan, entah berapa billion telah disalurkan melalui parti kompenan BN untuk diberi kepada rakyat. Bermacam-macam nama bantuanh telah dianjurkan untuk memikat rakyat supaya mengundi lambang dacing.
Wang telah habis berbillion ringgit tapi nampaknya 'mood' rakyat untuk menukar kerajaan tidak berganjak. Rakyat berpendapat wang yang diberi oleh BN itu adalah wang mereka yang perlu mereka ambil, tapi tidak untuk ditukar dengan undi, ertinya semua pemberian oleh kerajaan akan diambil oleh rakyat tapi rakyat dah tanam keputusan untuk menyokong PR dalam PRU13.
Rakyat sudah teramat benci dengan amalan rasuah yang sudah terbukti dan dibuktikan oleh mahkamah yang dilakukan oleh pemimpin BN, ada yang sudah dijatuhkan hukuman, ada dalam perbicaraan dan ada sedang menunggu pendakwaan, itu semua adalah tanda-tanda kejatuhan kerajaan BN dalam PRU 1 ini.
Persoalannya, apakah isu itu benar2 kerajaan BN boleh tumbang? kerana dalam politik banyak perkara harus diperkemaskan bagi menyakinkan rakyat untuk memilih sebuah kerajaan. Apakah PR sudah rasa selesa dengan apa yang ditunjuk oleh rakyat hari ini sedangkan langkah-langkah untuk memikat rakyat sedang giat diusahakan oleh BN.
PM Najib tidak akan umumkan tarikh PRU sekiranya beliau tidak begitu yakin dengan persiapan partinya, kerana beliau tidak mahu mencatit sejarah bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang paling pendek tempoh perkhidmatannya. Tapi peerkara terrsebut tidak mustahil berlaku sekiranya PR benar-benar dan bersungguh untuk menuju ke PUTRAJAYA, dengan syarat PR dapat melihat dengan mata tajam terhadap kawasan yang mahu dimenanginya.
Kelantan adalah negeri yang menjadi kubu PR dalam menentukan kerusi Parlimen akan tetap berpihak kepada PR iaitu melalui parti PAS dan PKR. Apakah kekebalan tersebut akan berterusan pada PRU13. Jawabnya tidak.
Kerana gerak kerja BN/UMNO di Kelantan semakin rancak untuk menukar Kerajaan PAS atau sekurang-kurangnya menambah kerusi Parlimen daripada 2 yang dimiliki oleh BN sekarang kepada 7 apabila PRU13 diadakan nanti.
Kerusi2 yang dimenangi oleh PKR adalah menjadi target utama UMNO untuk merampas kembali disamping memberi tumpuan kepada beberapa kerusi yang berpontasi untuk UMNO menang. Ini akan menjadi kenyataan kepada UMNO sekiranya PAS dan PKR mengambil sikap 'duduk dalam sedap' iaitu dalam zon selesa.
Slogan menuju PUTRAJAYA yang diwar-warkan oleh PR tidak akan tercapai sekiranya kerusi Perlimen yang sudah berada dalam tangan akan jatuh ke tangan UMNO terutamanya kerusi Parlimen di Kelantan iaitu Machang.Tanah Merah, Ketereh, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Jatuh bukan kerana rakyat mahu kepada UMNO tapi percaturan politik dikawasan tersebut yang dilebalkan 'AGAH' oleh rakyat menyebabkan rakyat tak ada pilihan terpaksa mengundi calun UMNO.
Waspadalah, kerana sikap 'AGAH' pemimpin tidak mahu bertolak ansur kerusi yang sudah berada dalam gegaman terlepas seperti memegang ikan keli.
No comments:
Post a Comment