Sunday, March 18, 2012

Tertanya-tanya.

bukan saya yang minta, tapi saya diundang.

Sejak 6hb. Mac ambo berada di Negeri Serambi Mekkah, yang ibu negerinya di kenali Kota Bharu dibawah pentadbiran MPKB Bandaraya Islam, Ahli Parlimen ialah Dato' Wan Rahim DWR mana kala Exco yang bertanggongjawab adaklah YB Takiyuddin Hassan dan hari ini ambo sudah berada di Kuala Lumpur, Ibu Negara Malaysia yang zalimnya lebih zalim dari ibu tiri yang zalim.

Berada di Kelantan selama 10 hari memenohi waktu dengan menghadiri undangan sama ada undangan kenduri kahwin dan undangan berceramah politik diatas pentas PAS. Alhamdullilah semua undangan dapat saya hadiri dengan sempurna.

Sebanyak 50 tempat kenduri saya hadir bagi memenohi jemputan semuga tidak menghampakan orang yang menjemput dan yang paling jauh saya hadir ialah di Besut Trengganu dirumah kakak seorang sahabat baik saya sebelum beliau berkahwin lagi iaitu Sdr Rahim Khan seorang anggota polis yang sangat baik dan mesra.

Manakala 4 ceramah sempat saya tunaikan iaitu di DUN Kadok dalam Parlimen Ketereh bersama YB.Yusmadi dari parti Keadilan dan YB. Dato' Nasaruddin spekar DUN Kelantan dariparti PAS, di DUN Limbongan dalam Parlimen Pasir Puteh bersama YB. Dr.Nik Mazian YDP PAS Pasir Puteh bersama YB Dr.Zainuddin ahli DUN Limbongan sendiri.

Yang menjadi kenangan manis apabila saya berceramah bersama YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di DUN Cempaka, Pengkalan Chepa DUN yang diwakili oleh Tok Guru sendiri yang mana kami berdua saja yang ber ceramah kerana YB Dato' Spekar tak boleh hadir kerana ibu mertuanya meninggal dunia pada malam tersebut.

Apabila saya berceramah di kubu kuat UMNO di Bachok dalam DUN Tawang di Kampung Pauh 9 bersama YB. Dato' Omar dan YB. Ustaz Hassan serta Ustaz Hamid Derani, majlis dikejutkan dengan kehadiran oleh Bekas Setiausaha Parti Gerakan Negeri Kelantan yang menyatakan beliau telah keluar dari parti Gerakan dan akan menyokong PAS kerana katanya orang2 cina di Kelantan percaya dan senang dibawah pemerintahan Tok Guru Nik Aziz.

Yang jelas kedudukan Dato' Awang Adek di Bachok untuk menang piliharaya ke 13 nanti akan tinggal angan-angan kerana tiap2 hari DAA diberi lapuran palsu oleh balaci UMNO di Bachok. Seperti mana saya terima sms sebelum berceramah daripada penyokong kuat UMNO Bachok yang mengatakan sekiranya ada orang hadir untuk dengar saya cermah lebih daripada 100 maka majlis itu dianggap berjaya.

Sms tersebut hendak mengatakan bahawa tidak akan ada orang yang akan datang mendengar saya berceramah kerana di situ kubu UMNO kata sms tersebut, penghantar sms tersebut adalah orang kanan DAA yang selalu melapurkan kepada DAA, ternyata hampir 1000 orang yang hadir malam tersebut dan jelaslah lapuran sms itu berniat jahat.

Kasihan kepada DAA kerana selulu diberi lapuran yang palsu oleh balaci2nya di Bachok, tambahan pula ada usaha sedang dirancang oleh pengundi2 muda di Parlimen Bachok untuk menurunkan calun yang boleh melenyapkan sokongan rakyat Bachok kepada UMNO.

10 hari berada di Kelantan, maca ragam cerita dan kejadian berlaku. Ada orang PAS meminta supaya saya kawalkan wall UMNO tumPAS semuga ahli group tidak keterlaluan mengunakan bahasa-bahasa yang boleh disalah tafsirkan. Ada posting yang kadang2 dikuasai oleh kempen memelayukan DAP. dan tentunya berita penyiaran UTTV sentiasa dibincangkan.

Isu air AKSB mencetuskan tuduhan bahawa wall UMNO tumPAS hendak menjatuhkan kerajaan Kelantan, sedangkan apa yang ditimbulkan, kenapa pihak AKSB tidak cuba menerima risiko kelemahan AKSB berhubung masalah air, bukannya salah kerajaan negeri tapi kelemahan pentadbiran AKSB dan pegawai-pegawainya.

Begitu juga kemaraan saya dalam PAS, juga ada dibincangkan oleh satu dua orang didalam Kawasan Ketereh sedangkan pertolongan saya terhadap PAS Ketereh adalah ikhlas untuk melihat keempat-empat kerusi iaitu 3 untuk DUN dan 1 Parlimen akan dimenangi oleh PAS pada PRU13 nanti. Terutama dalam mempastikan kerusi Kok Lanas akan dirampas oleh PAS dan akan mengekalkan kemenangan DUN Kadok dan DUN Melor serta kerusi Parlimen Ketereh.

Saya pun tertanya-tanya adakah budaya dalam PAS sama seperti budaya dalam UMNO.


No comments: