Tuesday, October 21, 2008

Alwi nak masuk, Annuar Musa keluar.

Bersemangat saya baca blog Mohd Sayuti Omar MSO hari ini. Cerita pasal orang kelantan tak sokong orang kelantan, terutamanya dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO Malaysia. Dia lanyak betul betul, soal maruah, soal bertuankan kepada orang luar, s0al pitih mas, rasuah politik dan sebagainya.

Kepada siapa yang beliau tuju, semua orang tahu, betullah tu. orang kelantan tak ada semangat kenegerian dalam politik, kerana payah cari makan sama kelantan agaknya, tidak macam semangat tengok bola, kalu bolasepak semangat kenegeriannya sangat tinggi, sanggup bergocah, bertetak dengan orang luar. Dua aliran budaya yang berbedza, kenapa dan mengapa?.

Dalam politik masing masing nak cari nama,nak cari tempat, nak cari makan cara mudah, sokong orang yang berkuasa sudah tentu nampak habuannya, sokong orang yang belum berkuasa belum tentu nasibnya. kerana dalam politik, orang yang kita sokong bermati-matian belum tentu kita yang dapat balasannya, kadang kadang orang yang tidak menyokong itu kerana pandai bodek akan mendapat tempat dan nikmat lebih daripada penyokong setia. Boleh jadi inilah diantara sebabnya mengapa orang kelantan tak sokong kelantan. Tapi hakikatnya rakyat jelata tebal semangat kenegeriannya. Kelantan tetap sokong kelantan.

Tapi diakhir tulisan beliau oleh kerana semangat kenegerian, beliau meminta supaya perwakilan UMNO dari kelantan memberi sokongan kepada 3 calun MT yang menawarkan diri iaitu Dato' Mustapha Mohamed, Datuk Alwi Che Ahmad dan Dato' Awang Adik Husein yang semuanya ini tidak akan mencalunkan orang kelantan sebagai calun Presiden UMNO.

Wak bagi wak pilih.

No comments: