Friday, April 10, 2009

2000 sahabat PM hadir makan malam di Putrajaya.

Semalam hampir 2000 orang menghadiri majlis yang dianjurkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dikediaman beliau Putrajaya, yang hadir itu adalah sahabat-sahabat YAB Perdana Menteri sejak beliau mula menceburkan dalam politik tanahair.

Nama sahabat saya iaitu Allahyarham Jamaluddin Bakar (JBL) disebut oleh YAB Dato' Najib bagi mengingati sejarah bagaimana Pemuda diwaktu menghadiri kursus yang dalam programnya tidak ada perbedzaan diantara menteri dan rakyat biasa. Pada waktu itu Dato; Najib adalah menteri dan Allahyarham Jamaluddin Bakar adalah ahli biasa tapi diletakkan dalam dom yang sama untuk tempat penginapan.

Cerita yang hendak disampaikan oleh Dato' Najib adalah UMNO hendaklah kembali kepada wadah perjuangan asal supaya semangat dan roh UMNO akan sebati dalam perjuangan, oleh itu Dato' Najib mahu program kursus-kursus secara bersepadu diadakan kembali bagi merapatkan hubungan diantara ahli-ahli dengan pemimpin.

Adakah lagi diwaktu sekarang ahli-ahli UMNO mahu mengikuti kursus yang diadakan di kem-kem atau di pusat-pusat latihan, kerana sudah sekian lama UMNO tidak mengadakan kursus sedemikian, apa yang dianjurkan oleh UMNO sekarang ini, kalau ada kursus pun diadakan di hotel-hotel mewah, hotel 5 bintang.

Inilah yang akan mengagalkan program yang diutarakan oleh Dato' Najib itu, kerana rata-rata ahli terutamanya pemuda buat masa ini mereka menyerati UMNO bukan kerana diatas kesedaran dan jiwa yang bersemangat untuk berjuang mempertahankan kemerdekaan tanahair, tapi mereka masuk UMNO kerana disitu ada peluang untuk mengubah cara hidup, dari berpakaian biasa kepada pakaian berjenama, dari kereta proto kepada sekurang-kurangnya volvo ataupun merc lampu kacang.

Tengoklah, setelah Dato' Najib mengumumkan kabinet hari ini, ada yang suka dan ada yang terluka, apa pula akan terjadi apabila Dato' Najib menyusun pentadbiran parti di Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan Badan-Badan Perhubungan UMNO Negeri dan di harap dalam penyusunan itu kelak biarlah ada yang terluka tapi jangan biarkan UMNO yang terseksa.

No comments: