Cerita warga Bangladesh akan tiba untuk berkerja diladang-ladang di Malaysia kini mendapat perhatian dikalangan rakyat. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Terutama dikalangan penyokong parti politik.
Isu Bangladesh bukan isu baru, sudah lama warga Bangladesh jadi mangsa orang politik sehingga kedatangan warga Bangladesh ke Malaysia dilihat memudaratkan negara, kerana selain dikaitkan dengan penyakit sosial ianya dikaitkan juga dengan pengundi hantu. Kasihan Bangla yang datang secara jujur untuk mencari rezeki dengan hahal.
Kini kedatangan warga Bangla ke Malaysia diurus oleh agensi pekerja di negaranya, di Malaysia pula diurus oleh Kementerian Sumber Manusia, ianya diberi nama G to G bagi mengelakkan orang tengah mencari keuntungan diatas kehadiran pekerja Bangladesh di Malaysia.
Salah satu sebab mengapa Kerajaan Malaysia membekukan pengambilan pekerja Bangladesh disebabkan bagi mengelakan orang tengah mendapat keuntungan, bukan kerana masaalah sosial atau pun kebanjiran warga asing di Malaysia.
Ertinya kerajaan tak suka sekiranya akan ada orang menjadi senang apabila berusaha membawa masuk pekerja asing warga Bangladesh secara sah. Ekoran daripada tindakan kerajaan membekukan kemasukan pekerja ASING WARGA BANGLADESH ITU MENGAKIBATKAN KERAJAAN MELAYSIA MELALUI AGENSI FELDA DAN AGENSI KERAJAAN LAIN YANG TERLIBAR DALAM PERELADANGAN TIDAK DAPAT MEMUNGGUT HASIL DAN RUGI HASIL PENDAPATAN BERPULOH JUTA RINGGIT SETAHUN. semua itu kerana ada perasaan dengki dikalangan yang berkuasa dalam kerajaan.
Sedangkan yang mendapat peluang dari pengambilan pekerja Bangladesh adalah terdiri dari ahli-ahli UMNO yang mendapat surat kelulusan khas daripada pejabat menteri. tapi entah kenapa kerajaan mengharamkan pengambilan pekerja Bangladesh sejak tahun 2009. tentu ada muslihat disebalik pembekuaan itu.
Kini kerajaan telah membenarkan pengambilan pekerja Bangladesh, tapi dengan syarat G to G, kenapa pekerja negara lain tidak G to G, dan kenapa hanya untuk sektor perladangan saja, tidak untuk sektor lain-lain. Tentu ada perkara yang tersembunyi, yang menjadi tandatanya kenapa berpusat di Kementerian sumber manusia tidak seperti pekerja asing dari negara lain. (Ingat, menterinya pada masa itu siapa)
Pihak kerajaan hendaklah berhati-hati dengan lakunan program G to G, kerana tentunya tidak lama lagi program G to G ini akan gagal dari matlamat yang tertulis kerana tak ada sesiapa pun boleh memberi jaminan setelah puluhan ribu warga asing datang bekerja disatu sektor ianya tidak akan menghilangkan diri (lari ditempat kerja, terutama kerja ladang) dan apabila ada dikalangan mereka lari, pada masa itu lah akan melahirkan lambakan pekerja asing yang haram akan bertambah.
Jaminan pihak kerajaan Bangladesh berhubung dengan program G to G jangan diambil mudah kerana yang akan menerima beban kelak adalah kita di Malaysia ini yang tentunya akan berhadapan dengan lambakan pendatang tanpa izin warga Bangladesh, kita tak boleh salahkan pekerja yang lari dari majikan perladangan kerana apabila mereka tiba di Malaysia banyak lagi sektor yang menawarkan gaji yang lebih mahal daripada perladangan.
Mereka datang mahu mencari rezeki, bekerja diladang gaji murah, bekerja di sektor pembuatan gajinya jauh lebih mahal. Sekiranya anda jadi mereka disektor manakah yang akan anda pilih. Hati-hatilah Tan Sri Muhyuddin selaku Pengerusi Pekerja Asing dan Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri, silap percaturan negara akan menampung lambakan PATI DAN BOLEH MENCECAH 5 JUTA DALAM MASA LIMA TAHUN LAGI. walau bagimana pun pengambilan pekerja asing amatlah perlu kerana negara kita kekuranagan tenaga kerja dan bagi mengelakkan dari kurangnya pendapatan agensi kerajaan dan negara.
Orangramai hendaklah faham bahawa sekarang ini negara mengalami krisis tenaga boroh, ianya perlu diatasi bagi mengelakan sektor perniagaan negara tidak menjadi muram. pengambilan pekerja asing perlu disokong, hanya cara yang ada sekarang sangat lemah dan harus dipertingkatkan terutamanya kawalan dari pihak penguatkuasa jangan ada ketirisan.
1 comment:
Pekerja yang ingin masuk dari bangladesh, perlu membayar diantara RM8,000.00 hingga 12,000.00 untuk masuk bekerja di Malaysia. G to G pn tidak akan mampu dilaksanakan kerana sudah pasti Pihak agensi di Bangladesh dan Pihak agensi di Malaysia akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda dgn cara tersendiri serta tersembunyi. Warganegara Bangladesh yang masuk ke Malaysia tidak ditapis dengan terperinci kerana ada di kalangan mereka ini adalah bekas penjenayah, yang kurang diketahui latar belakang yang sebenar. Permasaalahannya sekarang ini bukan kerana mereka menjadi "PENGUNDI HANTU" tetapi, telah menyalahgunakan Permit Kerja seperti contohnya, di PETALING STREET & BUKIT BINTANG yg rata-2 kebanyakkan warganegara Bangladesh menjadi jurujual gerai-2 disana. Mereka juga sudah berani bekerja menjadi juruwang atau penjaga di merata-rata pusat judi internet di seluruh Malaysia dan berlindung dibawah sendikit Kongsi Gelap. Masaalah pokok yang amat tidak digemari masyarakat setempat, adalah kerana Warganegara Bangladesh ini kerap menggangu anak gadis, janda, atau isteri orang tidak mengira bangsa melayu, cina mahupun India. Apabila mereka telah berkahwin dgn gadis Malaysia, mereka ini sedang mengambil peluang dgn berniaga sendiri yang mana menyebabkan rakyat Malaysia terutama peniaga Bumiputra terpaksa bersaing dgn mereka. Pada masa kini rakyat Malaysia kurang senang dgn kehadiran mereka ini terutama di bandar-2 besar sehinggakan mereka ini sudah berani untuk bersiar-2 di pusat membeli-belah yang terkemuka dan ternama.. Kemasukan pekerja bangladesh menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa bersaing untuk berniaga dan merebut peluang pekerjaan yang ada. Dengan program 6P yang dikategorikan telah gagal, masih ramai lagi pekerja asing yang belum mempunyai permit pekerjaan yang sah terutamanya pekerja asing Indonesia dan Bangladesh. Pihak Menteri yang terlibat perlu meneliti pengambilan pekerja asing Bangladesh terlibih dahulu.. Penguatkuasaan pintu masuk Darat, Udara dan Laut, perlu di perketatkan dan kawalan sempadan laluan darat serta sempadan perairan perlu dijaga dgn rapi.. Data dan rekod pekerja asing yang masuk ke malaysia perlu dibuat dgn lebih terperinci agar mempermudahkan pihak polis membuat siasatan keatas kes jenayah dimana pada masa sekarang pihak polis tidak dapat mengenal pasti rekod cop jari penjenayah warga asing yang terlibat dan amat sukar dicari.. Majikan juga dinasihatkan agar menggunakan tenaga kerja dari Negara Sumber terutamanya dari Indonesia, Vietnam, Myanmar, Nepal, Kemboja.. "RAKYAT MALAYSIA TIDAK SUKA KEMASUKKAN WARGANEGARA BANGLADESH UNTUK BEKERJA DI MALAYSIA".
Post a Comment