Hari ini PM Najib akan umumkan barisan Kabinet baru (15 mei) untuk tempuh lima tahun sehingga PRU14. Mereka itu akan menentukan Kerajaan BN akan terus diterima oleh rakyat. Ramai anak-anak muda sedang menanti nama YB Khairy Jamaluddin berada sebagai menteri terutamanya pemuda UMNO yang mahu melihat kekuatan parti, tapi tidak kepada pemuda yang berkepenting diri.
Apa yang penting diberi perhatian, siapakah yang akan menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, adakah YB,Dato' Hishamuddin Tun Husein akan kekal, sekiranya beliau masih kekal adakah ada rombakan dalam Kementerian KDN kerana banyak perkara yang berlaku dalam KDN tidak menempati kehendak rakyat.
Sebagai contoh, masih berlaku dengan terang lambakan pendatang asing di Malaysia. Rakyat asing yang tak ada kerakyatan berlambak ditepi jalan, ditempat maksiat dan sebagainya, tambahan lagi ada warga asing yang diberi PR berlagak sombong lebih daripada rakyat Malaysia. Dah lah perempuan melayu dibalun kerana dijadikan isteri tapi tidak menghormati perlembagaan negara ini.
Sekiranya KDN masih terus membiarkan kedatangan pendatang asing, menjelang tahun 2014 nanti negara akan menampung warga asing dengan angka mencecah 5 juta orang, jalan jalan dan lorong dibandar-bandar besar akan dipenohi oleh pendatang asing begitu juga dipusat-pusat rumah urut dan karaaoke,
Yang anihnya, pusat-pusat hiburan, rumah urut dan karaoke tiap-tiap bulan ada yang baru dibuka sedangkan tangkapan sentiasa dibuat. boleh dikatakan tiap-tiap malam TV tayangkan berita tangkapan ada yang berpuloh kali ditangkap tapi masih bergiat aktih. kenapa berlaku demikian.
Dengan adanya Ketua Polis baru dan Timbalan baru adalah diharapkan tidak ada lagi berita tangkapan dibuat ditempat yang sama. maksudnya tempat yang telah dibuat tangkapan yang menjalankan perniagaan maksiat dan menggunkana pendatang asing yang menyalahan visa hendaklah ditutup terus dan tak akan ada lagi lesen dikeluarkan dipremis tersebut.
Kerjasama Polis, Imigresen, dan PBT hendaklah dipereratkan dengan menghantar pegawai-pegawai jang jujur. Jangaan hantar pegawai yang lapar wang kerana sekiranya wang mengatasi bidang tugas maka hasrat Kerajaan untuk menghapus perbuatan mungkar tidak akan berjaya.
Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan Tahniah kepada idola saya, Dato Bakri diatas perlantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Selamat Maju Jaya.
No comments:
Post a Comment