surat kabar hari ini ada berita berhubung dengan politik negeri kelantan. Dato' Sazmi Miah, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Macang minta Dato' Seri Penglima Annuar Musa meletek jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan kerana Parti UMNO Kalah teruk pada pilihanraya umum lalu. (semua tahu). ibarat ikan kepala buruk.
Kenapa Sazmi minta DSP Annuar Musa letak jawatan melalui media, sepatutnya beliau mengadakan mesyuarat j/kuasa pemuda dan angkat kepada Bahagian dan biar Jazlan selaku pemangku Ketua Bahagian membawa cadangan itu didalam mesyuarat Perhubungan.(baru ilir)
Mengapa perlu bergaduh dalam media dan bagaimana pula kalau DSP Annuar Musa jawab dalam akhbar tentang Sazmi, apa beliau buat selaku pengerusi perangsaraf UMNO negeri, mana isu logging yang mengakibat rakyat semaking tak percaya pada UMNO dan-dan lagi.
inilah yang ku dengar, kupasan dari orang politik kelantan berhubung dengan berita yang keluar dalam surat kabar Berita Harian hari ini. Orang juga bertanya apa agenda di sebalik kenyataan sazmi itu, adakah ekoran kedatangan YB. Datuk Mukhris ke Bahagian Machang pada Sabtu lalu yang mana cerita ikan buruk kepala juga dijaja dalam program tersebut (tentunya tuju kepada pak lah).
cukuplah orang politik UMNO kelantan berkelahi dalam surat kabar. Dalam UMNO kalah di Kelantan dan tak ada pemimpin yang boleh mengalahkan Dato' Nik Aziz, Ahli UMNO harus bersatu dan menCINTAI lah antara satu sama lain seperti ayat-ayat yang diucapkan dalam majlis UMNO bersama ahli-ahli, "Kita hendaklah utamakan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi(meluat mendengarnya) kita misti sayangkan bangsa kita dan kita mesti berkorban tanda melahirkan CINTA kita pada perjuangan untuk Bangsa dan Negara".
Tapi setelah pilihanraya selesai agenda perjuangan untuk Bangsa dan Negara hilang tak tahu kemana yang menjadi rebutan pula jawatan dan kuasa. inilah yang membuat rakyat muak dengan gelagak pemimpin kita, nah sekarang dah mula menunding jari. Tak sedar kah kadang kala lagak kita akan menjadi seperti ludah kelangit.
Oleh itu cukuplah tuduh menuduh. ambilah tanggongjawab masing-masing, muhasabahlah diri semuga Ayat-Ayat CINTA sayangilah perjuangan itu sebagai bekal di syurga akan jadi amalan yang berkekalan.
No comments:
Post a Comment