Monday, August 8, 2011

Iklan yang membinggungkan.


Program 6P. Biometrik yang dilancarkan minggu lepas untuk orang asing yang berada di Malaysia secara tidak sah supaya mendaftar dengan 336 syarikat yang dipilih oleh KDN telah dapat mengumpul berjuta-juta ringgit kerana apa yang didengar sudah 600 ribu manusia telah membuat 'thumbprint' dengan berbagai-bagai bayaran yang dikenakan.

Bayaran wajib RM35.00 seorang yang kurang mendapat liputan dan hebahan daripada media cetak ataupun tv menyebabkan manusia pendatang asing terpaksa membayar RM350.00 sehingga RM3,500.00 tiap satu kepala.

Oleh kerana tiap-tiap syarikat yang dipilih mempunyai tidak kurang 10 mesin 'thumbprint' jadi terdapat lebih kurang 5000 buah mesin disediakan untuk 'thumbprint' diseluruh negara. Minggu ini masuk minggu kedua dan masa diberi oleh KDN hanya selama sebulan bererti sampai akhir bulan ogos edah 'thumbprint; akan tamat.

Oleh kerana nak kejar masa dan nak kejar wang maka adalah kain rentang dipasang oleh syarikat yang dipilih itu dengan mengambil kesempatan supaya manusia pendatang asing membuat 'thumbpring' disyarikatnya dengan mengiklankan bahawa pendaftaran manusia warga asing adalah 'percuma'.

Apabila disiasat, pendaftaran percuma itu' adalah tektik supaya manusia asing datang ke syarikatnya dan apabila 'thumbprint' dibuat maka manusia asing itu kena membayar sehingga RM3,500 seorang termasuk bayaran lavi kepada kerajaan. Itu pun belum tentu manusia pendatang tanpa izin itu dapat terus tinggal di malaysia ataupun diusir pulang ke negara asal.

Tak tahulah sama ada pihak KDN sedar atau pun tidak sedar perkara begini berlaku, sekiranya sedar apakah memang dibiarkan kerana KDN atau Kerajaan hanya mahu kepada 'thumbprint' berlaku untuk memudahkan biometrik diambil. Biometrik itu diambil untuk memenohi dasar keselamatan negara mungkin juga ada kegunaan lain kerana cara dan keadehnya amat tergesa-gesa.

Walau bagaimana pun memang terdapat syarikat yang amanah dan mengikut peraturan punggutan wang hasil dari 'thumbprint' manusia warga asing tersebut iaitu dikenakan bayaran RM35.00 satu kepala dan akan disusuli memproses pemutihan dengan menentukan manusia asing itu akan mendapat pasport dan makluman untuk pulang atau pun boleh menetap bekerja disini.

Syarikat yang amanah itu tidak menjual mesin 'thumbprint' kepada agen-agen ataupun disewa dengan bilangan kepala iaitu RM180.00 yang paling mahal dan RM100.00 yang paling murah setiap satu kepala manusia pendatang tanpa izin sepertimana yang dibuat oleh kebanyakan syarikat yang mengumumkan pendaftaran 'thumbprint' percuma.. Kerana syarikat yang berbuat demikian tentunya tidak mampun untuk mengurus program yang 5P lagi itu kerana syarikat tersebut mendapat pendapatan yang sedikit sekiranya dibandingkan dengan agen ataupun broker yang dilantik.

Siapa yang dapat untung dalam perlaksaan program 6P tersebut, adakah Pembunuh, Perogol, Perompak, Penyamun, Peragut dan Pencuri (juga 6P) yang sedang berada di negara ini kerana mereka akan diberi kebebasan selama 6 bulan tanpa rasa takut dan bebas pula kemana-mana kerana PAS sementara telah dikeluarkan apabila selesai saja membuat 'thumbprint' disyarikat terpilih termasuk syarikat yang dimiliki oleh bekas menteri UMNO.

1 comment:

LutiNamRon said...

Salam pak...kalau macam nilah gayaknya mungkin ada yg tak pulang modal ni ya PAK.

Khabarnya 336 sarekat udah dapat activate mesin sendiri..enggak perlu nunggu bapak imigresen turun..(apa ni bapak KSU..cakap tak serupa bikin ni)..kalo macam ni yang mana nggak pulang modalnya boleh packing itu mesin dan everybodycan fly to Jakarta, Shanghai, Lahore, Cittagong, Yanggon go and collect thumbprint, banyak juta tu..kan boleh uploadkan via internet...all over the world no boundrylah (jawab sikit bapak Imigresen posible or not posible..or dah ada org pergi sana..siapa tau?)...RM35 beres saja ni pak kami di Jakarta boleh beresin?

Besok pemutihan udah selesei sebranginlah ramei-ramei atau cara eloknya terbang mai sini pastu lempaq passport... sonang saja PAK...

Pembekal "kart"ripap yang jadi vendor camtulah hasilnya.....(tanya itu pembekal Kartripap...Maldives apa khabar yer pak)
....