Tuesday, April 29, 2008

Yang Benar tetap benar

Alhamdulillah, hari ini ku terima surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara berhubung dengan Persatuan MAJLIS SENIBUDAYA KELANTAN (MASK).

Sejak tahun 2006 , Majlis Senibudaya Kelantan telah digantung daripada menjalankan aktibiti-aktibiti harian akibat ramai yang berminat hendak menerajui Persatuan yang berprestaj ini. Tapi dengan berkat kesabaran jawatankuasa yang diterajui oleh ku maka pada 28hb. April 2008 persatuan ini boleh aktif semula dengan diterajui oleh ku.

Awal penubuhannya persatuan ini dapat bergerak dengan aktif kerana ku memberi kebebasan kepada ahli-ahli untuk menganjurkan program yang boleh melegakan ahli-ahli kebudayaan, kesenian yang terdapat di negeri Cik Siti Wan Kembang. Walau pun pada ketika itu undang-undang kerajaan negeri Kelantan melarang dan masih berkuat kuasa yang mana Wayang Kulit, Mak Yong, Menora dikaitkan dengan aktibiti haram disisi ISLAM.

Tapi hasil daripada Majlis Senibudaya Budaya Kelantan (MASK) mengadakan Konvensyen di Dewan Bunga Raya Hotel Perdana Kota Bharu yang dirasmikan oleh mantan Menteri Kebudayaan & Warisan Malaysia YB. Dato' Seri Utama Rais Yatim beberapa resolusi telah diputuskan dan diantaranya:-

1. Meminta supaya Kerajaan Negeri melonggarkan syarat-syarat kepada ahli ahli atau kumpulan-kumpulan kebudayaan dan kesenian bagi mengadakan pertunjukkan ditempat tempat terbuka tanpa syarat yang ketak yang tidak melanggar tata susila dan adat rakyat serta Ugama Islam.

2. Mendirikan Komplek Budaya Negeri Kelantan untuk menjadikan pusat pengembangan kebudayaan dan pusat aktibiti senibudaya yang terdapat di Negeri Kelantan.

Syukur, kedua-dua resolusi dan permohonan itu telah ditunaikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Kerajaan Persekutuan. Semua usaha ini adalah atas dokongan Yang Amat Mulia, Tengku Muhamad Fakhry, Tengku Temenggong Kelantan sebagai Penasihat, Majlis Seni Budaya Kelantan.

Sudah semistinya, apabila Jabatan Pendaftaran Negera memberi kebenaran untuk Majlis Senibudaya ini bergerak semula maka langkah-langkah perlu akan ku tunaikan. Kepada sesiapa yang berminat untuk sama-sama aktif dalam merealisasikan wadah untuk memertabatkan warisan Seni Budaya Kelantan marilah bersama-sama kita menyertai Majlis ini untuk memberi tunjuk ajar, cadangan dan penglibatan secara terus bagi menjayakan misi dan versi Majlis Senibudaya Kelantan (MASK) yang telah digariskan didalam perlembagaannya.

Dan kepada Jawatankuasa marilah kita teruskan usaha bagi menjayakan matlamat dan tujuan asal penubuhan Majlis ini setelah sekian lama diperuk oleh kerana kesilapan yang dilakukan oleh satu dua orang yang tak dapat menunaikan tanggongjawab secara ikhlas.

Marilah bersama-sama saya untuk memacukan Majlis Seniabudaya Kelantan (MASK) ini kemercu kejayaan supaya ianya tidak lagi terhalang, bak kata Ayat-Ayat CINTA, tak kenal maka tak CINTA.

No comments: