Thursday, December 30, 2010

Kurangkan Jenayah, Azam Bakri 2011.

Dato' Seri Mohd Bakri Zinin, meningkatkan Imej Polis.


Kerja POLIS bukan senang, ianya terdedah dengan berbagai-bagai bahaya tapi demi menjalankan tugas untuk rakyat dan negara walaupun terpaksa menghadapi risiko namun bagi melaksanakan tanggongjawab dan amanah terpaksa dihadapi jua.

Azam tahun 2011, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Dato' Seri Mohd Bakri Zinin bagi meningkatkan usaha untuk mengekangkan jenayah ditahap paling minima sangat-sangat dialu-alukan dan sepatutnya mendapat kerjasama daripada rakyat bagi membantu polis menjadi mata teling semuga kegiatan jenayah dapat dibenteraskan.

Kecekapan pasukan polis D'Raja Malaysia dalam menyelesaikan kes-kes jenayah berat telah terbukti berjaya yang tinggal lagi yang menjadi perbualan rakyat apabila boleh dikatakan pada tiap-tiap minggu tangkapan dibuat berhubung dengan kesalahan perdagangan 'sex' dikelab-kelab karaoke dan dirumah-rumah urut.

Ada setengah tempat itu berpuluh-puluh kali tangkapan dibuat tapi masih tidak serik untuk menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang. Sekali tangkap berpuluh-puluh orang GRO diangkut oleh trak-trak polis tapi berita pendakwaan dan hukuman yang diterima oleh pesalah tidak kedengaran. Kalau ada pun sekali sekali itu pun hukumannya denda yang paling minima.

Selepas GRO ditangkap di kelab-kelab atau karaoke atau rumah urut, kemanakah mereka itu ditempatkan, dilokap balai polis kah atau di depoh-depoh tahanankah ataupun beberapa jam selepas ditangkap GRO tersebut pada esoknya kembali lagi bekerja memperdagangkan 'sex' ditempat yang sama ataupun berpindah ditempat lain.

Berapa ramai agaknya, amoi-amoi yang bekerja sebagai GRO yang menyalahi pas lawatan terdapat di negara kita ini, tentulah ramai kerana setiap kali tangkapan dibuat berpuluh-puluh orang ditangkap kadang-kadang tanpa membuat pendakwaan. Saya kurang pasti apakah bekerja sebagai GRO dan tanpa permit satu perbuatan jenayah atau pun tidak ataupun kesalahan menjadi GRO perdagangkan 'sex' hanya boleh didenda saja kesalahanya ataupun boleh didenda dan dipenjara.

Yang pelik lagi operasi perjudian melalui mesin terdapat dimerata rata yang mana tempatnya dapat dilihat didepan mata, kadang-kadang tempat tersebut menjadi tempat laluan hari hari anggota polis, tak menasabah polis tidak tahu bahawa didepannya terdapat mesin judi haram. Manakala anggota polis cukup sansitif apabila melihat 'mat bangla' lalu lalang ditepi-tepi jalan, walaupun ditunjuk bahawa ada pengesahan dari majikan bahawa mereka mempunyai kelulusan untuk datang bekerja dinegara ini tapi diheret juga 'mat bangla' itu kebalai dan kalau tak ada apa-apa dikurungnya 'mat bangla' itu didalam look up.

Ada yang sensitif dan ada yang tidak sansitif dalam mengambil tindakan. kenapa ini terjadi?


Tuesday, December 28, 2010

PRU 13, PUTRAJAYA jadi rebutan.



Betulkah UMNO sudah berubah? hanya dengan menarik Naib-Naib Presiden dari meneraju UMNO Perhubungan Pulau Pinang, Kedah dan Trengganu yang mana negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang dan Kedah akan kekal manaakala Trengganu akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Ini dapat dilihat bahawa pemimpin tertinggi UMNO pun sudah tidak mampu untuk menghadapi parti pembangkang maka diserahlah tanggongjawab kepada anak tempatan supaya apabila kalah nanti ada alasan yang kukuh kerana ketiadaan pemimpin yang berkelibar menerajui negeri negeri tersebut.

Kegagalan Zahid Hamidi untuk melawan pengaruh Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim di Pulau Pinang, kecelaruan kepimpinan Shafie Afdall di Kedah dan kegagalan Hishamuddin Husein untuk menyatupadu pemimpin UMNO Trengganu yang keras kepala akan menyebabkan lebih banyak kerusi BN akan kalah dalam pilihanraya umum ke 13.

Kelantan akan terus menjadi kubu kuat PAS, manakala Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur akan dimonopoli oleh Pakatan Rakyat. Yang tinggal Johor dan Melaka dan sedikit Negeri Sembilan serta Pahang, itu pun kerusi Parlimen yang mejoritinya bukan melayu adalah dijangka akan kalah.

Pengumuman perubahan dalam UMNO bukan menampakkan UMNO akan lebih kuat tapi memudahkan Pakatan Rakyat mendapat sokongan dari rakyat bagi merampas PUTRAJAYA dengan membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat. Yang akan menentukan kerusi Parlimen dari Sabah dan Serawak parti mana yang akan mendapat 2/3 mejoriti.

Startegi Pakatan Rakyat yang akan memberi kuasa otunomi kepada negeri Sabah dan Serawak membolehkan rakyat Sabah dan Serawak berpesta sekiranya pilihanraya umum berpihak kepada Pakatan Rakyat, UMNO akan terus lemas dalam menghadapi setuasi cara Pakatan Rakyat berkempen. Banyak isu-isu yang boleh memikat hati rakyat.

Manakala UMNO masih mencari formula yang boleh membantu BN bagi memikat hati rakyat supaya tidak beralih sokongan ini kerana UMNO sudah tidak boleh lagi mengharapkan kemampuan pemimpin diperingkat Bahagian mempengaruhi rakyat, jelas UMNO tidak dapat melahirkan calun yang boleh menyeronokan rakyat. Krisis dalaman UMNO diperingkat Bahagian sudah tidak dapat diselesaikan kerana sikap berpuak-puak masih tebal diamalkan.

Oleh itu pertubuhan sukarela NGO diperalatkan oleh BN supaya terus menyokong kerajaan kerana untuk mengharapkan kepada jentara parti sudah tidak berfungsi lagi, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri masing-masing bekerja kearah mencari keuntungan peribadi meniru apa yang ditonjolkan oleh pemimpin atasan.

Begitu juga dengan peranan blogger yang pro UMNO/BN, mereka itu hanya membawa isu peribadi pemimpin pembangkang dengan tulisan yang mencarut dan memaki hamun manakala blogger yang pro Pakatan Rakyat sedang mendedahkan kepincangan pentadbiran Kerajaan dan penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh pemimpin UMNO.

Isu Taib Mahmud, Musa Aman, Khir Toyo, KPRZ, Sistem Biometrik KDN, Jambatan saliran di Segamat Johor yang dapat kepada 6 orang wakil rakyat backbencher Parlimen serta anugerah AP Kereta oleh MITI sedang dicanang dalam kempen Pakatan Rakyat, itu tidak termasuk projek mega Sungai Besi dan kekalahan FELDA yang disaman oleh peneroka serta penyelewengan pembahagian gantirugi mangsa banjir di Kedah dan Perlis dan banyak lagi.

Apa pun ramai ahli UMNO dan rakyat Kelantan, agak terkedu apabila nama YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak termasuk dalam perubahan kepimpinan UMNO Negeri-Negeri, usaha Ku Li bagi merampas kerusi DUN Galas dari tangan PAS nampaknya sia-sia, Ku Li masih dilebal sebagai 'gurkha' UMNO sedangkan semangat dan kebolehan Ku Li lebih daripada itu bagi memperkuatkan UMNO Kelantan dan BN seluruh negara.

Peluang Ku Li untuk terus memberi khidmat kepada Negara Malaysia dan Kerajaan masih ada dan terbentang luas tapi tidak melalui BN. Apa kata sekiranya Ku Li juga keluar daripada UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat, khidmat Ku Li boleh dipakai lebih besar lagi sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih PUTRAJAYA daripada BN apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas alasan sepertimana yang dituduh terhadapnya sekarang.

Slogan RAHMAN akan menjadi kesinambungan sesudah huruf akhir adalah N iaitu Dato' Sri Najib menjadi Perdana Menteri terakhir daripada perkataan RAHMAN yang pertama manakala perkataan RAHMAN yang kedua ialah bermula dengan huruf R iaitu Razaleigh dan selepas beliau ialah huruf A iaitu Anwar seterusnya adalah huruf H.

Inilah masanya rakyat Kelantan terutamanya ahli-ahli politik Kelantan tak kira dari parti mana mendesak supaya YBM Tengku Razaleigh Hamzah membuat keputusan politik yang tepat dan berdoa semuga Allah swt makbulkan cita-cita rakyat Kelantan mahu mencatitkan dalam sejarah politik tanahair ada juga rakyat Kelantan menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun satu penggal.

Monday, December 27, 2010

Jadilah seorang PAHLAWAN yang 'bisa'.

gambar hiasan mencuci mata untuk ahli-ahli yb.

Beberapa bulan yang lalu serangan supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim berhenti jadi Ketua UMUM Pakatan Rakyat bertalu-talu dengan alasan bahawa Anwar Ibrahim sudah tua, desakan tersebut datangnya dari orang yang diberi tempat oleh Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 dan menang, kini jadi Ahli Parlimen bebas kerana keluar dari parti KEADILAN.

Kini muncul pula desakan meminta Ton Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan supaya letak jawatan kerana tidak sihat dan sering dimasukkan ke hospital juga datangnya dari seorang ahli parlimen bebas yang dulunya diberi peluang bertanding atas tiket PAS dan menang dalam pilihanraya umum ke 12.

Semua itu melibatkan pemimpin Melayu dan Islam dan yang menyuruh Anwar Ibrahim serta Tok Guru Nik Aziz letak jawatan datangnya daripada Ahli Parlimen Melayu, yang sepatutnya berusaha bagi mewujudkan perpaduan melayu. Yang bersuara itu juga menampilkan dirinya sebagai jaguh Islam dan jaguh melayu tapi bersuara untuk menjatuhkan pemimpin Islam dan Melayu.

Soal politik sepatutnya diselesaikan dengan cara politik, tunggu saja pilihanraya umum ke 13 dan jatuhkan pemimpin yang anda tidak suka, begitu juga dengan anda perlu bersedia supaya anda juga tidak jatuh dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Bimbang takut dimasa anda mendesak orang itu dan orang ini letak jawatan. anda sendiri yang kecundang.

Ahli parlimen yang mendesak supaya Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz letak jawatan itu bukan datangnya dari kalangan orang yang ada parti, nak jadi kerajaan pun tak boleh dan nak jadi parti pembangkang pun tak boleh hanya nampak sangat semata-mata nak berbodek Kerajaan BN supaya mendapat sesuatu.

Sekiranya mereka itu ada asas perjuangan politik yang kukuh sepatutnya mereka menyertai mana mana parti politik di Malaysia ini, berjuang secara berpolitik kepartian jangan terumbang ambing tak berhujung pangkal, susah orang mahu mengikutnya, sekiranya tak ada parti yang sudi menerimanya sebagai ahli, tubuhkan parti baru seperti Zaid Ibrahim dan apabila sampai pilihanraya barulah dapat diukur sejauh mana pengaruh kita dengan rakyat.

Saya cadangkan PERKASA didaftar sebagai sebuah parti politik kerana dasarnya jelas iaitu untuk mempertahankan perlembagaan Malaysia, memertabatkan institusi Raja-Raja melayu dan memelihara kepentingan bangsa melayu. Ahli parlimen dan DUN yang tidak berparti bolehlah join dalam parti PERKASA nanti dan dah rasa kuat sangat bolehlah kalahkan Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Meriah pilihanraya umum ke 13 apabila Ibrahim Ali lawan Tok Guru Nik Aziz, Zulkepli Nordin lawan Anwar Ibrahim dan Zaharin lawan Azmin Ali, sekiranya mereka bertiga itu dapat mengalahkan tokoh-tokon dari Pakatan Rakyat itu bererti mereka boleh dinobatkan sebagai seorang pahlawan yang paling bisa dalam politik tanahair. Beranikah mereka itu?.

Cukuplah mendesak untuk orang letak jawatan, bercakaplah soal maruah artis-artis melayu yang tampil dalam rancangan skrin pada malam minggu yang lalu, terdedah sana terdedah sini yang boleh mengalahkan bintang-bintang prono hollywood. Itu yang patut Ahli Parlimen bersuara kerana siaran rancangan itu melibatkan station TV yang pro kerajaan dan dihadiri oleh Menteri Kerajaan.

Sepatutnya kerja Ahli parlimen yang tidak berparti itulah menganjurkan tunjuk perasaan di Kementerian Penerangan supaya Kerajaan menarik balik lesen penyiaran station TV tersebut kerana boleh mencemarkan imej negara Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara Islam dirantau ini.

Apakah kerana nampak paha dan dedah tetek, mereka Ahli Parlimen yang tidak ada parti alpa dengan tanggongjawab sebagai seorang Islam, atau kerana takut hilang punca rezeki turut sama bersetuju dengan siaran yang amat sexy itu.


Sunday, December 26, 2010

GAAM di Ketereh.

Tan Sri Anuar Musa.
ditikam oleh anak didiknya di ketereh?

Di Indonesia sebelum tsunami melanda Aceh dan meranapkan keseluruhan bumi disekitar masjid Al'RAHMAN, penduduknya berjuang untuk mendapat kemerdekaan melalui gerakan yang dikenali dengan 'GAM' iaitu Gerakan Aceh Merdeka yang akhirnya penduduk Aceh mendapat kuasa autonomi.

Lain pula di Ketereh, Kelantan kerana tidak puas hati apa yang berlaku dalam kepimpinan UMNO Bahagian Ketereh yang dipimpin oleh Tan Sri Anuar Musa yang mana sudah lebih 25tahun Anuar Musa jadi Ketua Bahagian kini ujud satu fenomena baru.

Gerakan yang telah dimulakan oleh kumpulan yang mahu supaya jawatan Ketua Bahagian ditukar kepada YB. Haji Alwi Che Mat iaitu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh sekarang sedang giat diperkatakan oleh ahli-ahli UMNO Cawangan. Usaha secara senyap sedang dilakukan supaya Anuar Musa melepaskan jawatan Ketua Bahagian secara sukarela.

Gerakan ini timbul secara bersungguh-sungguh setelah UMNO Malaysia membuat pengumuman supaya persidangan dan pemilihan dalam UMNO ditangguhkan selama 18bulan bagi UMNO menghadapi pilihanraya umum ke 13. Kecewa dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Ibu Pejabat UMNO itulah timbul satu gerakan yang dipanggil 'GAAM'.

GAAM yang dimaksudkan itu ialah 'GERAKAN ANTI ANUAR MUSA' yang telah dicetuskan oleh kalangan yang rapat dengan Haji Alwi dan beberapa orang jawatankuasa Bahagian yang tidak senang hati cara Anuar Musa mentadbir UMNO Bahagian sekarang ini kerana banyak kuasa diberi kepada Cik Gu Sharifuddin Ab.Rahman yang memangnya tidak disukai oleh banyak ketua-ketua cawangan.

Sehingga kuasa tidak diperturunkan kepada Haji Alwi sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan juga kepada Ketua wanita, Ketua Pemuda hatta kepada Ketua Puteri. UMNO Ketereh sekarang seperti ditadbir oleh tiga orang manusia saja iaitu Anuar Musa, Cik Gu Sharifuddin dan Azmi Ishak (Setiausaha Bahagian).

Itulah keluhan dan berita yang disampaikan kepada saya oleh orang-orang yang berpengaruh didalam UMNO Bahagaian Ketereh, ceritanya lagi sejak Anuar Musa menumpukan masa kepada Persatuan Bolesepak Kelantan (KAFA) masa untuk mengurus UMNO Bahagian tidak diutamakan hanya melepaskan tanggongjawab kepada Cik Gu Sharipuddin yang mana Cik Gu Shaarifuddin dilihat lebih berkuasa daripada Haji Alwi.

Apa yang saya difahamkan Gerakan Anti Anuar Musa (GAAM) di Ketereh itu akan berterusan sehingga pilihanraya umum, apabila Haji Alwi tidak dicalunkan sebagai Ahli Parlimen, mereka yang secara diam sekarang ini melobi supaya Anuar Musa tidak dicalunkan semula sebagai calun Perlimen Ketereh akan bangkit menentang secara terbuka. Katanya apa nak jadi, jadilah kerana sekiranya diberi kepada Anuar Musa jadi calun pun UMNO akan kalah juga.

Hebat nampaknya perancangan Haji Alwi untuk mengambil alih tempat Anuar Musa sebagai Ketua Bahagian, peluang untuk menjadi Ketua Bahagian dengan cara tidak bertanding dimainkan secara halus. Perlu diingat Haji Alwi tidak akan dapat menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh melalui pertandingan kerana Haji Alwi takut untuk melawan Anuar Musa bekas taukehnya.

Sejak nama Anuar Musa muncul sebagai taukeh Bolasepak Kelantan, bukan saja Haji Alwi yang bercita-cita untuk menjadi Ketua Bahagian malah ada juga Gerakan Anti Anuar Musa dipertingkat UMNO Negeri yang tidak mahu Anuar Musa diberi tempat mengambil alih UMNO Perhubungan Negeri. Rata-rata berpendapat eloklah Anuar Musa terus memberi masa untuk menjaga bolasepak dan lupakan soal politik. sudah sampai masanya Anuar Musa bersara dari politik kerana Anuar Musa sudah ada segala-galanya, ada rumah besar, ada kereta besar dan mewah, hidup pun dah kaya raya, apa lagi yang Anuar Musa tak ada didunia ini, semuanya ada dan semuanya yang beliau mahu dah dapat.

Anuar Musa tahu semua itu, tapi sebagai orang politik yang berpengalaman dia tidak mudah melatah dan dia suka melihat kerana Anuar Musa tahu dimana kuncinya untuk melemahkan Gerakan tersebut.dan Anuar Musa juga tahu bahawa UMNO Ketereh adalah kepunyaannya tidak ada siapa yang boleh mengambil jawatan Ketua UMNO Bahagian Ketereh dari tangan beliau melalui sistem demokerasi ala UMNO kecuali UMNO Malaysia mematikan proses demokerasi di Kelantan seperti mana Tun Mahathir lakukan disatu masa dulu.

Tun Mahathir telah tidak mengikut lunas-lunas demokerasi terhadap UMNO Kelantan dimasa itu hanya semata-mata mahu mengekalkan Anuar Musa sebagai Ketua UMNO Bahagian Ketereh kerana arus untuk mengalahkan Anuar Musa sebagai Ketua UMNO Bahagian Ketereh amat kuat dimana saya dan Dato' zainal Abidin serta Cik Gu Mat Yani dan Ariffin Yaacob (Abg. Pin Burung) secara terbuka melawan Anuar Musa.

Nasib Anuar Musa terselamat kerana adanya Tun Mahathir.

Thursday, December 23, 2010

Pak Lah 'AROSE'.


Apabila Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital HUSM di Kota Bharu berbagai-bagai perkara dilapurkan oleh blog. Ada yang kata TGNA dalam keadaan tenat, koma dan ada yang caci supaya TGNA mati cepat. Dan ada pula menasihati Kerajaan Negeri supaya mengadakan penal dactor untuk dilaksanakan 'medical board'.

Manakala yang tahu hukum hakam berdoa supaya TGNA cepat semboh dan berada dalam keadaan sihat sejahtera sebagaimana seluruh rakyat negeri Kelantan memohon doa semuga Tuanku Ismail Petra cepat semboh dan pulih dari gering yang semakin hari kelihatan semakin sihat.

Sudah dijadikan, yang hidup tentunya akan mati, yang sihat adakalanya sakit, itu janji Allah tapi sebagai ummat kita kena sentiasa berdoa memohon kepadaNya supaya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umor.

Semasa di HUKM, Tok Guru Nik Aziz dikunjungi oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi tanpa publisiti dan liputan. Itulah pemimpin yang berjiwa besar, fahaman politik diketepikan, rapatkan silatulrahim diantara insan, tindakan Tun Abdullah Badawi itu mengajar kita tentang perlunya semangat kekeluargaan dalam Islam.

Apakah kemunculan Tun Abdullah Ahmad Badawi itu bererti bermulanya semangat perpaduan dikalangan orang-orang melayu, apakah Tun Abdullah semasa melawat TGNA hanya semata-mata untuk melihat keadaan TGNA atau lebih daripada itu. Sekiranya dalam pertemuan di HUSM ada sedikit isu dibincangkan untuk perpaduan melayu, kita sebagai rakyat melayu sangat-sangat mengalu-alukan.

Sudah kena orangnya yang boleh bercakap tentang perpaduan melayu yang kita kenal bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang manusia yang tidak berdendam dan tidak suka bermusuh terutamanya dengan orang-orang politik. Kita masih ingat semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lah Dato' Seri Anwar Ibrahim dapat menghirup udara diluar pagar besi penjara sungai buloh.

Diharapkan pertemuan Tun Abdullah dengan TGNA tempoh hari akan muncul sebuah rezeki kepada orang-orang melayu. Tidak ada seorang ummat melayu di Malaysia ini yang menolak konsep perpaduan melayu, kalau ada orang yang menolak supaya melayu tidak bersatu, orang itu adalah orang gila.

Marilah kita semua mendoakan supaya Tun Abdullah dan Tok Guru Nik Aziz sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt. semuga dari pemikiran mereka berdua akan lahirlah satu pemikiran yang suci untuk mewujudkan satu konsep perpaduan melayu bagi kehebatan Agama, Bangsa dan Negara.

Malaysia, tanah tumpah darahku.

Mereka bukan ahli UMNO.













mereka berjuang dengan semangat, harta dan nyawa.
kini pemimpin umno berjuang untuk apa?

Wednesday, December 22, 2010

Mereka semua melayu.

Zaid Ibrahim (KITA) dikaitkan dengan ARAK, Saiful Bahrin (PAS) dikaitkan dengan ZINA, Anwar Ibrahim (PKR) dikaitkan dengan LIWAT, Khir Toyo (UMNO) dikaitkan dengan RASUAH dan ada juga yang dikaitkan dengan BUNUH. Inilah isu peribadi yang berlegar dalam arena politik tanahair sekarang.

Semua isu itu adalah perbuatan yang dikutuk oleh Allah swt tapi tidak menjadi 'kudis gatal' dalam persediaan parti-parti politik bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13. Kerja tukang canang akan diteruskan dan orang yang dikaitkan dengan isu-isu peribadi tersebut terpaksa menghadapinya dengan berbagai-bagai perasaan.

Semua nama-nama yang disebut itu menang dalam pilihanraya dan diterima oleh rakyat sedangkan ramai calun yang tidak terlibat dalam isu yang sedemikian rupa kalah pula. Itulah politik yang sedang berkembang di Malaysia hari ini. Jadinya isu peribadi belum tentu dapat mengalahkan seseorang itu dalam pilihanraya.

Yang jadi mangsa keadaan sebenarnya adalah Anak-Anak dan Isteri walaupun belum tentu betul mereka itu terlibat tapi maruah keluarga telah tercemar, malu dan aib sedang menguasai dalam diri, Allah saja yang tahu.

Dalam Islam bagi mensabitkan kesalahan liwat dan zina hendaklah bersaksikan kepada 8 mata yang tidak buta dan kabur dan sekiranya tidak ada saksi sedemikian adalah mustahil untuk menghukum orang yang dituduh itu. Adakah Rasuah dan Bunuh memerlu kepada 8 mata juga untuk dijadikan saksi ?.

Mereka yang dikaitkan dengan Arak, Zina, Liwat dan Bunuh itu adalah orang melayu berugama ISLAM. Dan Ugama Islam melarang untuk mengaibkan seseorang walaupun melayu tidak melarang, yang terdapat hari ini adalah melayu yang hanya sengaja mengaibkan orang bagi menjatuhkan maruah seseorang kerana dalam dirinya tidak dipenuhi dengan amalan yang baik.

Untuk itu buat hari ini, bangsa lain sedang ketawa kerana melayu sedang mengaibkan orang ISLAM yang disebarkan melalui akhbar arus perdana, blog-blog pro Kerajaan dan TV yang dipancar seluruh pelusuk tanahair tak cukup dengan penyebaran berita didakwa pula supaya terperuk dalam besi penjara bagi memisahkan hidup bersama keluarga.

Bagi menajamkan ilmu politik terkini, saya berkesempatan membaca buku Syed Husein Ali 'Dua wajah', Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang oleh Wan Abd. Rahman Wan Abd. Latif dan Purnama Retak Seribu oleh Kickdefella. Semuanya tidak boleh dipakai kerana pegangan saya dalam perjuangan politik amat berbedza kerana politik bukan hak individu, politik dan kuasa adalah hak rakyat. Sekiranya Najib jatuh, Nik Aziz jatuh tapi rakyat masih disitu sepertilah juga penjara yang dihuni oleh Syed Husein Ali hampir 6 tahun sebagai tahanan tanpa bicara.

Tuesday, December 21, 2010

3 serangkai perosak UMNO.

Apabila saya menulis berhubung kebaikan Tok Guru Nik Aziz berpolitik dan merangsangkan supaya agenda perjuangan Parti KEADILAN Rakyat bersama Pakatan Rakyat menjadi kenyataan bagi menerajui PUTRAJAYA, ada orang-orang marah dan mengutuk saya. Katanya saya sudah tidak laku lagi di kampung saya iaitu KADOK dan tidak mendapat sokongan dikalangan ahli-ahli UMNO Ketereh, sebab itulah saya keluar parti.

Ikut mu lah Wak Dogol, nak kata apa pun, itu hak mu. dan sekiranya orang dalam Parlimen Ketereh dapat melihat wajah sebenar mu itu baru orang boleh tahu kecacatan akal yang dimilki oleh mu (cacat akal tu orang tiga suku 'gilalah').

Cukup, tak payah layan,. Apa yang nak saya sampaikan dalam blog ini hari ini berhubung talihayat yang perlu dipakai oleh UMNO bagi mempertahankan kemenangan BN dalam piliharaya umum kelak terutamanya di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Orang-orang seperti YB. Zaharin, YB. Zulkepli dan YB. Senator Ezam Md.Noor hendaklah dipakai oleh UMNO/BN untuk menjelajah negeri-negeri tersebut supaya rakyat terus menyokong UMNO/BN kerana pemimpin-pemimpin UMNO di negeri-negeri tersebut sudah tidak mampu mempengaruhi rakyat. Ertinya jelas nampak UMNO sekarang ini bergantung kepada mereka bertiga itu.

Mereka bertiga itulah pejuang tulin kerana berpangkat YB. merekalah jaguh memaki hamun Anwar Ibrahim kerana dengan cara memaki hamun itulah yang boleh menghakiskan sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim, agaknyalah !. Itu pun disokong oleh ahli-ahli UMNO fanatik saja.

Sekiranya kita berpijak dibumi nyata, isu liwat Anwar Ibrahim sudah kenyang ditelan oleh rakyat jelata, rakyat sudah meletakkan Anwar Ibrahim didalam penjara, rakyat sudah membuat andaian Anwar Ibrahim akan dipenjara, tapi itu semua rakyat sudah tidak kisah, yang rakyat mahu sekarang negara ditadbir oleh mereka yang tidak rakus kuasa, tidak sombong, tidak rasuah dan tidak penyangak.

Adakah menteri yang mentadbir negara hari ini cukup sifat sepertimana yang diidam-idamkan oleh rakyat, adakah rakyat selesa dengan pail perangai menteri hari ini, adakah menteri hari ini bersifat penyayang dan mesra rakyat, apakah menteri hari ini peribadinya bersih. Itu semuanya akan dinilai oleh rakyat dalam pilihanraya umum nanti.

UMNO masih berpeluang memperbetulkan landasan sepertimana yang diingin oleh rakyat kerana rakyat tidak benci kepada parti UMNO, rakyat hanya memasang cita-cita mahu melihat menteri yang diberi amanah dan kuasa yang tidak diamalkan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat akan dibongkar kesalahannya. Sekiranya ini dapat dilakukan oleh YAB Perdana Menteri adalah jenak untuk memikat hati rakyat bagi mendapat sokongan nanti.

Tapi sekiranya Kerajaan gagal mengurus mereka yang telah di 'cap' oleh rakyat sebagai perasuah, sombong dan penyangak akibatnya rakyat akan memberi kuasa kepada sebuah 'kuasa baru' supaya mereka yang mengamalkan kejahatan akan dihukum. Kuasa baru bermaksud 'Pakatan Rakyat'.

Apabila kita melihat YB. Zaharin dan YB. Zulkepli Nordin bercakap beriya-iya benar memaki Anwar Ibrahim tentu ada sebabnya dan yang pasti bukan kerana Anwar Ibrahim dituduh terlibat dalam kes liwat tapi ada cerita lain yang mereka tidak mahu sangat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, mereka takut agaknya.

Takut apa tu?. Kalau hal YB. Zuklkepli Nordin, Sdr Mohd. Sayuti Omar-MSO. tahu rahsianya.


Monday, December 20, 2010

UMNO untuk Melayu, KEADILAN untuk semua?

YB. Karpal Singh, Peguam KEADILAN untuk Rakyat.


Keutamaan ajaran Islam sebagai agama Perpaduan hendaklah dijadikan pedoman dari falasafah kesepakatan menurut Islam. Insya Allah kebangkitan PR merampas PUTRAJAYA senang diperolehi dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Inilah intipati yang dapat dihayati apa yang disuarakan oleh YAB Tok Guru NiK Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Tok Guru juga mengingatkan supaya parti-parti dalam PR dapat menguruskan hubungan diantara parti-parti PR dengan memberi keutamaan merujuk kesepakatan melalui asas-asas keugamaan bagi penghubung untuk menyelesaikan masaalah ummah.

Kekuatan Dato' Sri Anwar Ibrahim menahan diri dari diserang secara peribadi oleh musuh-musuh politik dari dalam dan luar negera tidak menjejaskan ikatan pakatan rakyat bagi memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus menerajui PR. Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang menguatkan semangat PR menempa sejarah politik malaysia apabila berjaya menawan PUTRAJAYA.

Kesanggupan Tok Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS berkongsi pentas dengan Karpal Singh di Konvensyen Pakaran Rakyat jelas menampakkan bahawa kesepakatan mengurus hubungan dikalangan parti-parti Pakatan Rakyat mengambil pendekatan tuntutan agama yang mahu setiap ummat hidup dengan selamat sepanjang hayat.

Mudah bagi Pakatan Rakyat mengurus pasukannya bagi bertempur dalam pilihanraya umum ke 13 kerana kelompok PR terdiri dari tiga kompenan parti besar saja, manakala BN sekarang berada dalam keadaan sukar kerana parti-parti dalam kemponannya banyak yang mewakili bukan kaum melayu.

UMNO untuk melayu, MCA untuk Cina, GERAKAN pun besarnya untuk CINA. MIC,PPP untuk India, tidak seperti Parti KEADILAN Rakyat yang semua bangsa ada didalamnya jelas menampakkan parti politik untuk seluruh rakyat Malaysia dengan bergabung kuat parti yang berlandaskan Islam iaitu PAS dan DAP sebagai parti penyatuan orang-orang Cina.

Mana baik berada dalam satu parti yang berbagai bangsa yang mempunyai satu wadah perjuangan dan satu matlamat daripada berada dalam satu parti yang hanya mewakili kelompoknya saja hanya bersatu untuk mendapat kuasa dan apabila berkuasa mengamalkan politik ugut dan tikam dari belakang dan dalam sehingga merobahkan segala dasar untuk kepentingan melayu seperti apa yang berlaku hari i ni.

UMNO sebagai sebuah parti melayu kena bersahabat dengan parti yang mewakili bangsa lain dan perlu meminta pertolongan dan rayuan manakala KEADILAN yang dianggotai oleh ahli berbagai bangsa hanya perlu bersahabat dengan tidak payah merayu dan meminta tolong.

Sunday, December 19, 2010

BERITA TERBARU

dari tanah serendah sekebun bunga

??????????????????????????????????



Yang Dipertua
PERSATUAN KERABAT D'RAJA DYMM LONG YUNUS
YMM Tengku Iskandar

maka berlangsunglah...


Tentatif Majlis

14 DISEMBER 2010 (SELASA)

3.00 petang Pendaftaran Dif-Dif Kehormat di Renaisance Hotel,
Kota Bharu, Kelantan.

8.30 malam Sesi Taklimat


15 DISEMBER 2010 (RABU)

8.30 pagi Kehadiran Dif-Dif Ke Hormat ke Istana Dusun Green,
Pasir Mas, Kelantan

9.00 pagi Perisytiharan Y.M.M Tengku Iskandar Ibni
Al-Marhum Tengku Ahmad, Tengku Penglima Raja

9.15 pagi Bacaan Doa

9.30 pagi Majlis Penganugerahan Bermula

12.45 t/hari Sesi Bergambar

2.00 petang Santapan D'Raja

3.00 petang Majlis Bersurai

MALAM

8.30 malam Majlis Santapan D'Raja

Ucapan Aluan oleh Setiausaha Majlis Perajaan

Majlis Penyampian Sumbangan Kepada Sekolah-Sekolah
Tahfiz & OKU

11.45 malam Majlis Bersurai


16 DISEMBER 2010 (KHAMIS)

Acara Bebas



PENERIMA ANUGERAH KEHORMATAN
AHLI D'RAJA DYMM LONG YUNUS

KELUARGA KERABAT DIRAJA DYMM LONG YUNUS
(D.K. DYMM LONG YUNUS



1. CIK PUAN BESAR HJH HABSAH BT CHE AHMAD

2. YAM TENGKU ROZAN ISKANDARIAH BT. YMM TENGKU ISKANDAR
(TENGKU MAHARANI)

3. YAM TENGKU KEMBANG FATIMAH KALSOM BT.
YMM TENGKU ISKANDAR
(TENGKU PUTERI)


DATO' SRI PADUKA D'RAJA DYMM LONG YUNUS
(D.S.P.D)


Y.BHG. DATO' SRI PADUKA D'RAJA
DR. HJ MOHAMMAD AGOS BIN MOHD NOOR (PHD.NZ)

Y.BHG. DATO' SRI PADUKA D'RAJA
HJ. MOHD FAUZI BIN IBRAHIM


DATO' SRI D'RAJA DYMM LONG YUNUS
(D.S.D.J)


Y.BHG. DATO' SRI D'RAJA
MAT SHAH BIN SAPUAN

Y.BHG. DATO' SRI D'RAJA
PROF. DR. FRANCIS FONG NGIN WYU

Y.BHG. DATO' SRI D'RAJA
WONG HOY LOONG

Y.BHG. DATO' SRI D'RAJA
HJ. MUSTAPA KAMAL BIN MAULUT

Y.BHG. DATO' SRI D'RAJA
WAN MD. JAMAL BIN MD. SAMAN

Y.BHG. DATO' SRI D'RAJA
GEORGE KEVIN CHANG WENG LIUNG

Y.BHG. DATO' SRI D'RAJA
LEE CHUNG FATT



DATO' D'RAJA DYMM LONG YUNUS
(D.D.R.J)


Y.BHG. DATO' D'RAJA
SALLEH BIN AWANG

Y.BHG. DATO' D'RAJA
SHEIKH JAMAL ABDUL NASIR
BIN SHEIKH ABDUL MONAIM

Y.BHG. DATO' D'RAJA
JUNAINIS BIN HJ. MATROP

Y.BHG. DATO' D'RAJA
IZULDIN HANI
BIN MOHD NOOR

Y.BHG. DATO' D'RAJA
MOHD YUSOF
BIN HJ. KHAIR DIN

Y.BHG. DATO' D'RAJA
ABDULLAH BIN MAHMOOD

Y.BHG. DATO' D'RAJA
DZULKIFLI BIN MOHD TAHIR

Y.BHG. DATO' D'RAJA
AZHAR BIN OSMAN

Y.BHG DATO' D'RAJA
MOHD AZIZI ABU NAIM

Y.BHG. DATO' D'RAJA
MAHADI BIN DAHLAN

Y.BHG. DATO' D'RAJA
ADIB BIN IBRAHIM

Y.BHG. DATO' D'RAJA
LEE YUN KONG WILSON

Y.BHG. DATO' D'RAJA
FELIX FONG KAH HAN

Y.BHG. DATO' D'RAJA
HJH. NIK RATNA
BINTI ABDUL KADIR

Y.BHG. DATO' D'RAJA
HJH. ROHANI BINTI YUSOF

Y.BHG. DATO' D'RAJA
JULIA BINTI ISMAIL

Y.BHG. DATO' D'RAJA
HJH. KHADIJAH MD.NOR


PENERIMA ANUGERAH BINTANG
AHLI D'RAJA DYMM LONG YUNUS

BINTANG AHLI D'RAJA DYMM LONG YUNUS
(A.D'RAJA)

Seramai 99 orang penerima yang terdapat dalam buku
'Majlis Santapan & Anugerah Kehormatan'



OLEH
PERSATUAN KERABAT D'RAJA
DYMM LONG YUNUS
NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

Saturday, December 18, 2010

Pilihanraya Kecil DUN Tenang.

"BN JOHOR SUDAH TIDAK TENANG."

Al-Fatihah disedekahkan untuk Allahyarham Sulaiman Taha, Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Tenang, Labis Johor. Beliau adalah rakan saya dizaman sama-sama menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Ekoran daripada kembalinya Allahyarham kerahmahtullah ini bererti kosonglah kawasan pilihanraya DUN Tenang dan tentunya pihak Suruhanjaya Pilihanraya SPR akan mengadakan pilihanraya kecil. Allahyarham adalah wakil rakyat dari BN.

Pilihanraya kecil DUN Galas yang lalu kosong kerana kematian wakil rakyat dari PAS tapi apabila pilihanraya kecil diadakan kerusi tersebut dimenangi oleh parti BN, walaupun Negeri Kelantan adalah kubu kuat PAS. Di Johor pula adalah kubu kuat UMNO/BN, apakah pilihanraya kecil nanti BN akan menerima nasib sepertimana yang PAS terima di Kelantan.

Kemungkinannya tidak mustahil, kerana di DUN Tenang sekarang ini pengundinya telah meningkat, jumlah pengundi adalah 14,952 orang yang terdiri seramai 7042 pengundi melayu manakala 7550 adalah pengundi bukan melayu. Angka ini belum menentukan kemenangan berpihak kepada BN kerana suasana politik sekarang rakyat tidak memilih kepada lambang parti tapi sebaliknya rakyat akan melihat siapa calun yang akan bertanding.

Di DUN Tenang hanya dua kelompok pengundi berpihak kepada BN iaitu undi orang UMNO dan undi orang MCA tapi kelompok yang mengundi Pakatan Rakyat terdapat tiga kelompok iaitu undi PAS, undi PKR dan undi DAP. Kemenangan Allayharyam Sulaiman Taha dulu tidak boleh diambil kira kekuatan BN kerana diwaktu itu 'kekemasan' Pakatan Rakyat di Johor tidaklah sama seperti hari ini.

Kini kekuatan BN di Johor ada sedikit menurun terutamanya dikawasan pengundi yang terdapat kawasan FELDA. Isu penyelewangan dalam FELDA sudah tidak dapat disembunyikan lagi apabila mahkamah memutuskan pihak pengurusan FELDA telah kalah apabila disaman oleh peneroka FELDA. Peneroka FELDA bukan tidak mengenang budi tapi peneroka FELDA marah kerana FELDA tidak membalas budi.

Mampukah BN mempertahankan kerusinya di DUN Tenang kelak. Itu semua tergantung kepada peneroka FELDA yang jadi pengundi kerana pengundi yang luar kotok FELDA sudah jelas akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, kerana pengundi bukan melayu yang dulunya menyokong MCA seperti telah diberi lorong oleh Presiden MCA supaya tidak menyokong BN, tambahan lagi calun daripada BN tentunya terdiri daripada orang melayu.

Apabila kerusi BN di DUN Tenang roboh, itu bererti BN Johor juga dalam PRU ke 13 nanti menunggu masa untuk roboh.

Thursday, December 16, 2010

Kehendak Rakyat, Patong Batu Pun Tumbang.

Spekar & Timbalan 'Patong'

Hasil daripada peristiwa hitam di Parlimen hari ini, sudah nampak tektik BN bagi mengekalkan kuasa dan akan terus bertapak di PUTRAJAYA. Mudah caranya, BN hanya perlu berbaik dengan Spekar Parlimen (yang terbukti jadi pak turut BN), Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Yang Di Pertuan Agong.

Yang tidak patuh atas kehendak BN akan "digantung". bagi membolehkan BN dapat 2/3 dalam Parlimen. Rakyat pilih wakil rakyat pembangkang untuk menyuarakan hasrat rakyat kepada Kerajaan melalui persidangan Parlimen kerana disitulah tempat yang paling agong bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokerasi.

Apa yang berlaku hari ini melihatkan bahawa Tan Sri Spekar Pendikir sudah tidan Aman.


Kasihan Dato' Najib !

"orang keliling sedang mengkhianatinya"





Senang undang-undang Parlimen Malaysia, untuk memperolehi 2/3 undi bagi memindakan rang undang-undang gantung saja Ahli Parlimen dari Pembangkang. Itulah yang sedang berlaku di Parlimen Malaysia, kerana terlalu demokerasi wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat senang saja untuk dihalang berada didalam Dewan Rakyat.

Oleh itu, supaya rakyat tidak sakit kepala memikirkan soal politik di Malaysia adalah elok semua rakyat Malaysia menyarankan kepada Kerajaan supaya dipinda atau buat rang undang-undang baru iaitu negara hanya membenarkan satu parti saja bertanding dalam pilihanraya di Malaysia ini iaitu parti BN yang disertai oleh ahli-ahli berbagai bangsa yang mempunyai semangat KETUAN MELAYU.

Atau pun buat undang-undang iaitu hanya Dewan Negara saja yang boleh meluluskan setiap rang undang-undang yang hendak diubah ataupun yang hendak dibuat baru. Kan senang bagi pihak kerajaan untuk melaksanakan apa yang kerajaan fikir perlu dibuat. Ahli Parlimen hanya diminta hadir ke Parlimen bagi mengesahkan untuk menerima gaji dan elaun.

Barulah Ahli Parlimen tak payah bersusah lelah menjaga rakyat sebagaimana yang diamalkan oleh wakil-wakil rakyat BN hari ini. Turun bertemu rakyat hanya semasa ada peruntukan yang hendak diumumkan setelah dilulus oleh Kerajaan, kan senang kerja.

Lagi pun Dato' Najib dah memuji bahawa Negara Malaysia ini ditadbir oleh ahli politik cekap. Apa yang Dato' Najib kata cekap itu perlu juga dihalusi, apa jenis cekap orang politik di Malaysia tadbir. Cekap rasuah kah, cekap rompak harta rakyat ke, cekap berbini ke, cekap membodek ke atau cekap menipu. kerana ada seorang menteri itu cekap menipu saya.

Melihat kemelut yang berlaku dalam politik Malaysia hari ini sekiranya BN tidak benar benar menghayati citarasa dan denyut nadi rakyat adalah dibimbangkan usia politik Dato' Najib tidak akan lama, isu-isu sensitif dan peribadi sedang menjalar dalam blog-blog, ahli-ahli UMNO sudah pertikai peranan Rosmah Mansor dalam Kerajaan BN, rakyat sudah muak dengan menteri melayu yang bercakap untuk mempertahankan hak keistimewaan melayu tapi bertengek dan mencuruhkan kekayaan negara kepada bangsa lain.

Orang melayu sebenarnya sedang takut dengan dasar yang kerajaan buat hari ini, orang melayu merasakan peribahasa KERA DIHUTAN DISUSUKAN, ANAK DIRUMAH KELAPARAN sedang giat dilakukan, banyak contoh-contoh yang boleh diambil iktibar bagaimana peluang orang melayu disempitkan, contoh yang nyata adalah dasar 'runding terus' bagi mendapatkan projek dari Kerajaan telah dihapuskan melalui kenyataan, sama ada masih berlaku ataupun tidak hanya mereka yang rapat dengan Perdana Menteri saja yang tahu.

MEP adalah satu dasar yang tidak menguntungkan Ketuanan Melayu, tidak melindungi peluang perniagaan Ketuanan Melayu sedangkan UMNO dikatakan berjuang untuk mempertahankan KETUANAN MELAYU. Ketuanan Melayu yang dipertahankan oleh UMNO hari ini ialah dengan menangguhkan Pemilihan dalam parti selama 18 bulan supaya Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang akan direhatkan oleh ahli-ahlinya nanti boleh kekal sehingga pilihanraya dan boleh bertanding dalam pilihanraya umum walaupun rakyat sudah tolak.

Sebagai bekas ahli UMNO adalah dinasihatkan kepada Tan Sri Mahyuddin Yassin yang kini adalah Timbalan Presiden UMNO bersiap sedialah untuk menerajui UMNO takut-takut berlaku perkara yang tidak diduga yang datangnya dari ahli-ahli UMNO diakar umbi. Mereka bukan tidak sayangkan kepada Dato' Najib tapi Dato' Najib sedang dikhiananti oleh orang-orang dikelilingnya yang akhirnya beliau terpaksa membuat pilihan.

Wednesday, December 15, 2010

Cerita Liwat dan Bunuh dalam lapuran Wikileaks?

ribuan orang manusia mendengar ceramah Anwar Ibrahim di tama melati semalam.

Semalam saya ketempat majlis ceramah oleh Ketua UMUM Parti KEADILAN Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Taman Melati yang terpaksa diadakan dalam sebuah khemah seperti tempat menonton pesta Dikir Barat. Ramai penonton dan pendengar dari anak-anak muda kepada orang tua, mendengar penjelasan berhubung dengan lapuran yang dibuat oleh Wikileaks.

Inti pati penjelasan Anwar Ibrahim pada malam tadi berkisar kepada isu Liwat dan Pembunuhan yang menjelaskan bahawa cerita yang dengar cakap dan tidak ada bukti adalah tidak boleh dipakai. Kalau ada orang percaya dengan lapuran yang ditulis oleh Wikileaks soal Liwat maka orang juga kena percaya dalam soal pembunuhan. Mendengar hujah Anwar Ibrahim itu saya sudah berpeluh, berpeluh bukan soal isu Liwat tapi berpeloh soal isu pembunuhan.

Saya ingin memetik satu kertas yang ditulis oleh YB. Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong KEADILAN yang memetik lapuran yang dibuat oleh Peter Ho yang diedarkan semalam:-

Peter Ho (Singapore)

Dalam Mac 2008, En Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed kerana "membaling batu" kepada pengganti, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamauddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, "Khairy Jamaluddin akan ditikam didalam UMNO kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga". Inilah kerja yang dibuat oleh Wikileaks yang nampak ada perkara yang tidak disenangi dengan keamanan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Berbalik kepada majlis ceramah semalam, nampaknya amat sukar untuk BN menghalang sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, khasnya Parti KEADILAN yang sebelum daripada ini nampak malap tapi ternyata sokongan rakyat kepada Anwar Ibrahim masih lagi kuat dan mungkin akan bertambah ramai dan besar.

Anwar Ibrahim akan menjelajah seluruh pelusuk tanahair bagi mendedahkan segala kepincangan yang telah berlaku dalam pentadbiran Kerajaan BN dan yang syoknya apabila Anwar Ibrahim sanggup berdepan dengan sebarang thomoh dan fitnah terhadap dirinya, katanya tidak ada apa lagi yang beliau perlu bimbang, 'saya telah ditelanjang, ditumbuk, diaib dan dimalukan juga dikeji, tapi saya masih kuat dan bertambah kuat', katanya dengan mendapat tepukan yang bergemuruh dengan laungan 'reformasi 3x.

Yang memilukan apabila beliau telah memaafkan terhadap orang yang mengkhianatinya dulu, walaupun berdepan dengan kesedihan yang menimpa isteri kasayangannya Datin Wan Azizah Ismail serta anak-anak dan cucunya. Tapi malangnya masih ada orang yang tergamak memalu dan mengaibkan keluarganya. Itulah kehebatan yang terdapat dalam diri Anwar Ibrahim.

Bedzanya Anwar Ibrahim dengan Dato' Sri Najib adalah yang mana Anwar Ibrahim mendapat dokongan dan sokongan yang padu daripada pengiktunya tapi tidak kepada Dato' Najib Tun Razak yang terpaksa berdepan dengan masaalah yanag dibuat oleh ahli-ahli kabinetnya dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Itulah sebab sekarang ini Dato' Najib nampak keseorangan dalam menarajui Kerajaan dan Parti.

Dalam pengamatan saya sekiranya Kerajaan BN tumbang dalam PRU 13 nanti adalah bukan kerana Dato' Najib tidak berwibawa tapi disebabkan Dato' Najib tidak dapat menterbiahkan para menteri dan pemimpin UMNO di peringkat Majlis Tertinggi, Negeri dan Bahagian. Malang bagi Dato' Najib kerana tidak mendapat lapuran yang benar daripada orang harapannya.

Tengok budak-budak pemuda UMNO dalam Kerajaan, belum apa-apa lagi dah hentam Anwar Ibrahim dalam isu lapuran Wikileaks, akhirnya apabila isu Dato' Najib dan Khairy didedahkan dalam Wikileaks telah memakan diri, dah tak dapat nak kata apa kerana telah mercik kemuka sendiri. Itulah akibatnya apabila berpolitik dengan gelojoh yang mengamalkan politik ampu.

Atau Mukhris Mahathir dan Ghazali Ibrahim tahu bahawa nama Khairy Jamaluddin juga disebut dalam lapuran Wikileaks maka sebab itu mereka berdua beriya-iya benar meminta rakyat supaya percaya kepada lapuran Wikileaks tersebut, sekiranya itulah niat mereka berdua maka adalah betul lapuran Wikileaks bahawa Khairy Jamaluddin akan ditikam dalam partinya sendiri. Adakah jahat begitu sekali permainan politik dalam UMNO hari ini?.

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa takut pada Anwar Ibrahim.

Apabila nama Dato' Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dalam lapuran Wikileaks. semua tangan dan mulut orang UMNO yang belum jadi menteri penuh beria-ia benar keji dan hina Anwar Ibrahim ini termasuklah Mukhris Mahathir, Timbalan Menteri MITI calun Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang kalah, Ghazali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Rosnah Ab.Rashid Sharlin, Timbalan Menteri Kesihatan, Ketua Puteri UMNO Malaysia dan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang belum jadi menteri iaitu dalam senarai menunggu.

Mereka ini memaksakan diri masing-masing untuk mengeluarkan komen, yang mana disudut hatinya masih lagi syak wasangka antara percaya atau pun tidak kerana mereka itu ada pendidikan yang tahu untuk menghukum dari sudut ugama Islam dan saya rasa mereka itu adalah pemimpin muda yang masih berugama Islam.

Mereka memaksa diri untuk bercakap kerana mahu dilihat sebagai 'hero' dalam mempertahankan kerajaan BN semuga dapat tambah rezeki apabila berlaku rombakan kabinet oleh Dato Sri Najib kelak. Itulah nilai pemimpin muda dalam UMNO kini, tak ada intergriti, komen ikut apa yang terlintas didepan hanya kerana mau mengampu supaya dilihat hebat untuk dinaikkan pangkat.

Mereka bercakap dan ulas seperti mereka sajalah yang tahu dan pandai membaca, mereka lupa bahawa rakyat Malaysia hari ini mendapat berita dihujung jari dan mereka juga lupa bahawa mereka sendiri pun dicemuh oleh golongan muda dalam UMNO. Inilah mutu pemimpin muda UMNO mudah sambut berita yang masih sensasi dan dimana mereka akan letak muka sekiranya mahkamah malaysia membuat keputusan memihak kepada Anwar Ibrahim nanti.

Kecuali mereka tak ada air muka dan manusia yang tidak ada maruah, maka mereka tidak malu dengan perangai kebudak-budakan mereka itu. Inilah sebenarnya pemimpin UMNO yang dibenci oleh rakyat bukan saja oleh parti lawan tapi oleh ahli-ahli parti sendiri kerana mereka itu sebenarnya belum penuh ilmu sepak terajang politik hari ini.

Yang peliknya kenapa mereka-mereka dari UMNO takut sangat kepada Anwar Ibrahim jadi Perdan Menteri?, betulkah apabila Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri semua melayu akan terus mati di Malaysia ini. Jawabnya TIDAK. mereka bukan takut Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri yang mereka takut sekiranya mereka hilang kuasa nasib mereka entah kemana, sama ada boleh tidur lena ataupun bersama banduan disungai buluh.

Monday, December 13, 2010

Ezam, UMI & Kurapan sedang 'sakit apa'?

Sdr.Yusof Merah orang kuat PERKASA boleh melegakan 'otak orang politik yang sakit'

Ezam Md. Noor. Nallakurapan. Umi Halfida telah muncul kembali. Kali ini mereka berada dalam satu 'GOK' (Kandang) bagi menyerang Dato' Sri Anwar Ibrahim supaya rakyat Malaysia jangan memberi kemenangan kepada Anwar Ibrahim dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sudah banyak isu mereka mainkan untuk menjatuhkan keaiban, menghina dan mengeji Anwar Ibrahim, bukan saja kepada Anwar Ibrahim bahkan kepada seorang IBU yang bernama Wan Azizah Ismail. Mereka kelihatan benci yang teramat sangat kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya sehingga tak ada satu perkara yang baik yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Ismai terhadap Ezam Md.Noor, Nallakurapan dan Umi Halfida itu.

Mereka bertiga seperti berpakat untuk menghina Anwar Ibrahim, bencinya mereka kepada Anwar Ibrahim seperti mereka itu tidak mempunyai Ibu dan Bapa dan mereka lakunkan seakan-akan mereka itu sudah ditanda sebagai ahli syurga. Dendam apa sebenarnya mereka bertiga terhadap Anwar Ibrahim.

Kalau Umi Halfida marah kepada Anwar Ibrahim itu semua rakyat Malaysia dah tahu sebabnya dan boleh dirujuk perbicaraan dimahkamah pada satu ketika dulu hubunganya dengan seorang ahli perniagaan dari sabah. Kita juga tahu kenapa Ezam Md.Noor sekarang ini benci kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah dan untuk mengetahui lebih jelas bolehlah hubungi sdr Lokman Adam, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Yang saya betul- betul hairan kenapa baru sekarang Nallakurapan beria-ia benar marah kepada Anwar Ibrahim, bukan saja setakat marah sehingga sampai menubuhkan parti politik yang baru, kenapa?. Kerana gila nak jadi Presiden parti?. Mereka bertiga bercakap pasal sebuah hikayat dongenag. sedap didengar kepada mereka yang benci kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah tapi akan jadi meluat kepada orang-orang yang beriman yang mendengarnya.

Rakyat Malaysia keseluruhan sudah kenal siapa sebenarnya Ezam Md.Noor, selain diANUGERAHKAN sebagai Senator oleh Dato' Najib dan operasi KOTOK RAHSIA yang terrahsia sehingga kini, boleh jadi telah disambar oleh burung gerda, dia juga adalah seorang hamba Allah yang belum tentu ada kesucian disisi Allah setelah beliau menghina seorang IBU bernama Wan Azizah Ismail.

Begitu juga dengan Umi Halfida, yang namanya glamor dengan skandal yang entah sudah bertaubat atau pun masih meneruskan aktibiti-aktibiti lamanya, yang rakyat sudah tahu pembohongan kata-katanya dan beliau hanya akan bercakap setelah ada upah tapi masih dipakai oleh Akhbar arus perdana semata-mata kerana beliau bercakap untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Ismail.

Nallakurapan pula adalah orang yang rapat dengan Dato' Abdul Rahman Bakar iaitu Timbalan Presiden PERKASA, yang mana PERKASA adalah dilihat sedang berusaha untuk melemahkan perjuangan Pakatan Rakyat, yang bedzanya Nallakurapan ada agenda peribadi manakala Rahman Bakar berjuang dengan ikhlas.

Kesimpulan, bahawa Ezam Md.Noor dan Nallakurapan akan menyokong Anwar Ibrahim setelah Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA, itulah jenis mereka dan sekarang ini UMNO dan BN sedang diulik oleh Ezam Md.Noor dan Nallakurapan sedangkan mereka berdua mempunyai rekod yang tidak setia kepada ketua dan jatuhnya PUTRAJAYA nanti adalah sebahagianya disebabkan orang politik seperti Ezam Md.Noor dan Nallakurapan dipakai oleh UMNO dan BN.

Umi Halfida pula akan diam sekiranya dikurung didalam 'istana buatan' dengan dilayan oleh pahlawan yang bernama 'jantan'. Sekiranya Azmin Ali dapat memakai Umi Halfida dengan emas dan intan permata, percayalah cerita cabar mencabar tidak akan kedengaran.

Sehingga kini tidak ada tuduhan RASUAH dan PENYELEWENGAN yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Wan Azizah oleh sebab itulah rakyat mempercayai perjuangan Pakatan Rakyat, Rakyat percaya banyak harta rakyat akan selamat setelah kerajaan baru dapat dibentuk dalam PRU 13 nanti kerana sekiranya BN diberi kuasa dan ditadbir oleh menteri yang ada hari ini rakyat bimbang negara akan cepat bangkrap kerana terdapat menteri yang becakap bohong.

Saturday, December 11, 2010

Zaharin vs Muhyidden, Siapa Menang?

Sdr. Zaharin Yassin (Sang Kelembai).

YB.Fuad Timbalan Menteri Pelajaran yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO melebalkan Parti KEADILAN Rakyat (PKR) sebagai 3F iaitu Family, Fraud, Forgery ini katanya kerana PKR dipimpin oleh anak beranak iaitu Ketua UMUM, Presiden dan salah seorang Naib Presiden adalah dalam satu keluarga.

Nampaknya Fuad melihat kepada kesempatan yang boleh diambil dan dijadikan contoh bagi menerjah YAB Dato' Sri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia yang mana mewarisi jawatan Perdana Menteri Malaysia daripada ayahndanya Allahyarham Tun Abdul Razak Husein. Begitu juga agaknya untuk menghakis pengaruh persaudaraan diantara Dato' Sri Najib dengan Dato' Sri Hishamuddin Husein.

Bukan Fuad lupa dan tak ingat bahawa Najib dan Hishamuddin itu adalah sepupu (sepupu juga lebih kurang adik beradik, dari darah daging yang sama). Memang Faud sedar itu dan kerana sedarlah beliau ambil kesempatan untuk menyindir dalam ertikatanya supaya UMNO jangan jadi serupa PKR.

Apa yang salahnya sekira dimasa depan Najib jadi Perdana Menteri dan Hishamuddin jadi Timbalan Perdana Menteri mereka itu sepupu dan dapat kepercayaan daripada ahli-ahli UMNO. Apa tujuan Fuad mengungkit kehebatan keluarga Dato' Sri Anwar Ibrahim menerajui PKR kalau tidak ada motif tertentu.

Bos Faud dalam Kementerian Pelajaran adalah Tan Sri Muhyuddin dan berasal sama dari negeri Johor, tentu ada signal yang hendak disampaikan oleh Fuad kepada ahli-ahli UMNO terutamanya apabila kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kata lain Fuad tidak mahu Hishamuddin jadi Timbalan Perdana Menteri agaknya. Itulah politik UMNO Negeri Johor.

Kebetulan pula sekarang ini UMNO Bahagian yang mengambil nama TUN RAZAK iaitu UMNO Bahagian Tun Razak berada dalam keadaan nazak sehingga bil-bil air pun tak boleh dibayar. Itulah sebabnya Sdr Zaharin Yassin (Sang kelembai) marah sangat kepada Mahyuddin Yassin kerana selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah tidak ambil peduli untuk menyelesaikan masaalah UMNO Bahagian Tun Razak.

Apakah Muhyidden sengaja tidak mahu peduli bagi menyelasaikan masaalah dalam UMNO Bahagian Tun Razak kerana semata-mata untuk 'mencemarkan' nama TUN RAZAK. Kawan saya Yusof Merah bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa dan kini menjadi orang kuat PERKASA melahirkan perasaan sedih kerana pemimpin UMNO tidak mengambil berat untuk menjaga imej TUN RAZAK yang mana anaknya adalah Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Jangan biarkan nama pemimpin Agong kita TUN RAZAK dicemarkan, UMNO Bahagian TUN RAZAK hendaklan diselamatkan dari jadi hurahara, jerit Yusof Merah depan kawan-kawan UMNO di The Mall petang semalam. Ini pemimpin UMNO asyik dok jaga tepi kain orang sedangkan dalam kain sendiri, barang pun tak naik tambah Yusof secara berselora.

Betul juga kata Yusof Merah tu, buat apa peduli dan ulas pasal PKR, ikut PKRlah nak pilih siapa pemimpin pun kerana itu urusan PKR, UMNO sepatutnya menyakinkan rakyat bahawa UMNO parti yang masih relevan untuk orang melayu, itu pun kalau orang percaya, tapi nampaknya dengan keangkuhan pemimpin UMNO sekarang rakyat sudah hilang kepercayaan kepada UMNO.

Kenapa pemimpin UMNO takut pada Anwar Ibrahim, kerana Anwar didokong oleh PAS dan DAP dan UMNO tahu bahawa orang Cina sekarang ini kuat menyokong DAP manakala orang Melayu pula kuat menyokong PAS dan PKR pula disokong oleh orangf Melayu, Cina, India, Khadazan, Iban, Siam, Orang Asli Dll.

Kerana UMNO tidak yakin kepada kekuatan yang adalah, maka terdapat dikalangan pemimpin UMNO sedang mencari tapak selamat dan mereka tahu apabila UMNO tidak selamat maka PUTRAJAYA juga tidak akan selamat sepertilah Zaharin Yassin tidak selamat didalam UMNO Bahagian TUN RAZAK sekiranya Muhyuddin Yassin bijak.

Berbalik kepada kata-kata Fuad bahawa PKR adalah parti yang mengamalkan pemalsuan dan penipuan nampaknya lebih lajak dari laju. beliau cuba sembunyikan apa yang berlaku dalam UMNO. Fuad tidak bercakap pasal UMNO yang masih lagi kencing berdiri yang sepatutnya beliau tegur untuk kepentingan melayu. Yang saya tahu dalam UMNOlah berlakunya pemalsuan dan penipuan terutamanya UMNO Bahagian Ketereh dan Ibu Pejabat UMNO MALAYSIA.

Berkata benarlah walaupun pahit, kasihan kepada Dato' Sri Najib berkerja 'sukur semban' nak kuatkan UMNO tapi orang kelilingnya termasuk menteri dan timbalan menteri masih membuat onar yang menyebabkan rakayat benci kepada Kerajaan. Sekiranya Dato' Najib silap buat perhitungan dalam perlantikan Pengerusi Perhubungan UMNO dan pembentukan kabinet baru ianya akan permudahkan Parti Pakatan Rakyat mengambilalih PUTRAJAYA.

Thursday, December 9, 2010

Ahli UMNO menghormati Tok Guru Nik Aziz.

IMG00479-20101130-1431.jpg
Didalam gambar diatas kedua-duanya sahabat saya, Sdr Tamrin Ghafar (anak Tun Ghafar Baba yang terlibat memerdekakan Tanah Melayu dan menubuhkan UMNO) manakala Sdr Aspan Alias adalah penyokong tegar YBM Tengku Razaleigh Hamzah (anak raja berjiwa rakyat), kedua-duanya masih menjadi ahli UMNO tidak seperti saya yang telah pun keluar UMNO.

Apa yang hendak saya catitkan disini berhubung dengan tulisan Sdr Aspan dalam blognya ASPAN ALIAS sebuah catatan perjalanan politik bangsa (melayu, cina, india, iban, khadazan dll) berkenaan kesihatan Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan yang heboh dilapurkan oleh blog-blog yang kurang siuman bahawa Tok Guru Nik Aziz sedang sakit tenat yang membuat saya menghubungi Sdr. Haji Sayuti Omar (MSO) bagi mendapat kepastian.

Sah dan jelas bahawa Tok Guru Nik Aziz masih sihat, Alhamdullilah. MSO telah melapurkan dalam blognya beserta dengan gambar terbaru Tok Guru Nik Aziz yang kelihatan ceria dan masih lagi gagah.

Saya telah bersama Tok Guru Nik Aziz pada 6hb. November 2010 dirumah beliau selepas subuh dengan MSO dan Sdr. Rusdan serta ditemani oleh menantunya Ariff Fahami dan anaknya Nik Abduh. Satu jam lebih kami bersama yang menampakkan bahawa walaupun itulah kali pertama saya kerumah Tok Guru Nik Aziz tapi suasananya seperti kami dah kenal lama. Peramah, Periang dan Pemaaf, itulah diantara sifat yang tidak boleh saya lupakan dalam sejarah pertemuan kali pertama saya dengan Tok Guru Nik Aziz.

Berbalik kepada hasrat Sdr. Aspan yang teringin berkunjung kerumah Tok Guru Nik Aziz dalam sehari dua ini apabila beliau sampai ke Kelantan adalah amat-amat dialu-alukan lagi pun Aspan mengakui bahawa beliau sangat menghormati kepada Tok Guru Nik Aziz kerana katanya Tok Guru Nik Aziz adalah individu yang tidak tertipu dengan tuntutan sosial yang lazim dialami oleh ramai pemimpin-pemimpin kita dan isteri-isteri mereka.

Semuga pertemuan Aspan dengan Tok Guru Nik Aziz nanti akan membuka lambaran baru dalam sejarah kehidupan Sdr. Aspan dengan harapan Sdr. Aspan akan berubah angin sepertimana Sdr. Tamrin Ghafar yang telah beberapa kali berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz sehingga Sdr. Tamrin Ghafar berada diatas pentas bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor baru lalu.

Tidak mustahil disatu hari nanti Sdr. Aspan Alias dan Sdr. Tamrin Ghafar akan berada dipentas Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya umum ke 13 ataupun mengistiharkan diri keluar dari UMNO sepertimana yang saya lakukan. Yang pasti apabila YBM Tengku Razaleigh Hamzah keluar UMNO maka Tamrin Ghafar dan Aspan Alias juga akan keluar UMNO.

Wednesday, December 8, 2010

Syurga dan bertukar jadi neraka?


Khir Toyo, Bekas Menteri Besar Negeri Selangor telah didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan RASUAH, beliau adalah salah seorang pemimpin UMNO yang telah disiasat oleh pihak Badan Pencegah Rasuah SPRM. Sebelum daripada ini pun ada pemimpin UMNO yang disiasat dan didakwa setelah dibicarakan ada yang dipenjara, tapi ada juga yang dilepas bebas.

Khir Toyo kelihatan senyum semasa berada di mahkamah dan sempat melafaskan kata-kata bahawa beliau gembira kerana mahkamah akan membersih namanya. Yakin betul beliau. Begitulah juga halnya dengan salah seorang kenalan saya yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana tuduhan rasuah, pada mulanya dia teramat yakin kerana peguamnya memberi harapan dan setelah mahkamah menjatuhkan hukuman barulah beliau tahu bagaimana rasanya berada didalam penjara.

Kes Khir Toyo ini adalah kes baru, pendedahan rasuah terhadap Khir Toyo ini setelah Kerajaan BN Selangor jatuh kepada Pakatan Rakyat setelah gambar kemewahan rumahnya disiarkan oleh blog-blog. Inilah pengajaran yang paling berkesan kepada rakyat, kalau mahu melihat siapa pemimpin UMNO yang boleh didakwa atas tuduhan rasuah maka apabila bertukar kerajaan akan berlakulah pendedahan.

Terdahulu daripada ini, Menteri Rais Yatim pernah menyebut ada berbelas-belas kes berprofile tinggi berhubung dengan rasuah sedang disiasat oleh SPRM, kenyataan Rais Yatim itu tidak disambut oleh kerajaan semasa dibawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi, kini Malaysia dibawah pentadbiran Dato' Sri Mohd Najib, adakah akan terlepas mereka yang failnya masih dalam simpanan SPRM, sekiranya dimasa Dato' Najib ini pun terlepas juga itu menandakan BN akan ditolak oleh rakyat yang mahu melihat gejala rasuah dihapuskan.

Kerana rakyat sudah tahu, untuk membongkar kegiatan rasuah dikalangan pemimpin hanya satu cara saja yang mudah supaya mereka itu dapat didakwa iaitu dengan cara menukarkan kerajaan. Lihat seperti apa yang berlaku di Selangor hari ini, Khir Toyo didakwa rasuah kerana kerajaan Selangor tidak lagi dibawah pentadbiran BN. Kerajaan BN dulu telah jatuh dan kalah di Selangor.

Pilihanraya UMUM ke 13 akan menyaksikan pertandingan yang menarik diantara BN dengan PR iaitu Barisan Nasional yang masih berkuasa dinegeri-negeri Johor, Melaka, N.Sembilan, Pahang, Trengganu dan Perlis disemenanjung tidak termasuk Sabah dan Serawak manakala Pakatan Rakyat pula menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor. Perak tidak disebut kerana kerajaan yang ada hari ini adalah sebuah kerajaan yang tidak bermoral dengan cara bermain 'e lat'.

Isu utamanya mampukah Kerajaan BN menentang rasuah, kerana UMNO sebagai tonggak kekuatan BN dalam Perhimpunan Agong baru-baru ini tidak langsung menyentuh untuk membasmi gejalah rasuah secara serius hanya terdengar suara mengampu yang berlebih-lebihan, atau amalan rasuah menjadi sebahagian gaya hidup dikalangan pemimpin.

Kasitah Gadam, Ling Liong Sik dan kini Khir Toyo belum cukup untuk rakyat menilai kesungguhan SPRM membasmi rasuah dikalangan pembesar negara yang kaya raya, kerana rakyat sendiri dapat melihat dan menghitung kedudukan seseorang itu yang mana gaya hidup adalah melampaui kemampuan pendapatan sebenar. Ini jugalah termasuk dalam bab mengapa saya kecewa dengan UMNO dan membuat keputusan untuk Keluar dari UMNO.

Polis, kakitangan awam berpendapatan rendah dan rakyat biasa sudah dipenjara kerana rasuah mereka akur denga keputusan mahkamah, mereka makan sikit-sikit mereka makan kecul-kecil, salah tetap salah tapi mereka mahu juga melihat apakah kerana makan besar dan banyak bukan penjara ditempatnya, masih boleh mengumpul kekayaan yang melimpah ruah.

Tuesday, December 7, 2010

Azam Hijrah 1432.

HIJRAH


Jadikah orang kuat UMNO Bahagian Pasir Mas ini berhijrah?

Friday, December 3, 2010

Apa ada pada nama.

ini peta Malaysia, bukan peta Ketuanan Melayu.

Ada oran cina namanya melayu dan ada orang cina memeluk ugama Islam kerana nak berkahwin dengan orang melayu. Ertinya nama melayu dan sudah masuk melayu, bini pula bukan satu orang ada yang kahwin dua dan kahwin tiga, semua bininya melayu.

Mereka juga dapat keistimewaan sebagai orang melayu, boleh jadi ahli UMNO, boleh jadi TUAN kepada bini-bini melayu. Maka tak salahlah perlembagaan Negara kita dan tak salah juga perlembagaan UMNO. Orang cina yang guna nama melayu kadang-kadang bermurah hati lebih pada orang melayu yang namanya melayu.

Oleh itu ada apa pada nama, nama saja melayu tapi tak tolong melayu, nama saja berjuang untuk melayu tapi mengharapkan bantuan daripada bukan melayu, jual projek yang diberi kepada melayu dan dijual kepada orang bukan melayu. Itu semua tak apa, tapi apabila ada orang pertikai 'ketuanan melayu' maka melayu yang menumpang kepada orang bukan melayu terus melalak, kononnya dialah pejuang melayu.

Jadi eloknya semua bangsa tak usah berdebat soal ketuanan, agar semua mematuhi kehidupan insan, semua bangsa adalah sama disisi Tuhan, buat apa yang Tuhan suruh dan tinggal apa yang dilarang, Insha Allah syurgalah tempat kita. Yang perlunya sesiapa saja menjadi Kerajaan kepentingan Agama Islam, Negara dan Rakyat hendaklah dijaga.

Kerakusan, Rasuah dan Penyalahgunaan Kuasa hendaklah dihukum secara tertib, yang rakyat nanti-nanti bukan sola ketuanan, tapi rakyat mahu melihat parti mana yang boleh mereka tumpang untuk dunia dan akhirat.

Isu Ketuanan Melayu, isu Timbalan Perdana Menteri yang dibawa oleh Pakatan Rakyat hendaklah dibiarkan supaya rakyat memutuskan dalam pilihanraya nanti. Rakyat Malaysia semuanya cerdik-cerdik, mereka tahu parti mana yang harus diberi mandat untuk memerintah negara. Kerajaan BN yang masih berkuasa hendaklah meneruskan tugas dan janjinya kepada rakyat supaya terus dapat kepercayaan.

Bagaimana rakyat mahu percaya, orang yang bercakap untuk mempertahankan Ketuanan Melayu, dialah jaguh menjual maruahnya kepada bukan melayu, apabila bercakap soal menghapuskan rasuah, dialah orangnya yang banyak menerima rasuah, apabila bercakap soal kepentingan melayu, dialah orang yang tak tolong nasib orang melayu. Jadi buat apa komen pasal orang sedangkan dia lebih dahsat perangainya.


Thursday, December 2, 2010

Kerusi BN Parlimen Jeli tidak Selamat?

Talihayat BN di Parlimen Jeli dan DUN Kok Lanas akan putus dalam piliharaya umum ke 13 nanti sekiranya undi pos ditukar kepada undi biasa, karung-karung yang selalu jadi mistri apabila sampai saat mengira undi yang selalunya berpihak kepada BN akan terjadi sebaliknya.

Jika ini terjadi nampaknya BN Kelantan akan hilang satu lagi kerusi Parlimen dan hanya akan tinggal satu saja kerusi Parlimen daripada 14 kerusi di Kelantan itu pun sekiranya YBM Tengku Razaleigh Hamzah masih dikekalkan calun BN bagi Parlimen Gua Musang.

Pakatan Rakyat Kelantan nampaknya sedang berusaha supaya kerusi Parlimen Gua Musang akan dapat ditawan dengan harapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak lagi bertanding atas tiket BN, tidak mustahil dalam pilihanraya umum ke 13 nanti YBM Tengku Razaleigh tidak akan bertanding atas tiket BN ataupun bersara dari politik dan sekiranya ini berlaku agak payahlah BN hendak mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang.

Sekiranya kerusi Parlimen Gua Musang juga tidak dapat dipertahankan oleh BN maka jawabnya dalam pilihanraya umum ke 13 nanti kesemua kerusi Parlimen akan dimonopoli oleh Pakatan Rakyat di Kelantan. Ini akan terjadi apabila kita melihat dari dekat kegelisahan ahli-ahli UMNO di Kelantan yang masih mengharapkan perubahan berlaku dalam UMNO tapi terus dikecewakan oleh Majlis Tertinggi UMNO apabila Dato' Sri Najib mengumumkan pemilihan pemimpin ditangguhkan selama 18 bulan lagi.

Dengan penangguhan pemilihan dalam UMNO itu tentunya dalam pilihanraya yang akan datang muka-muka lama lagi lah yang akan menjadi calun, kalau berubah pun saya kira tak sampai 10% kerana dalam politik UMNO Kelantan tidak ada sesiapa yang berani 'engkar' kehendak Ketua Bahagian dan tentunya Ketua Bahagian akan menamakan kroni-kroninya saja sebagai calun pilihanraya nanti.

Selalunya calun dalam pilihanraya dicadang dan disokong oleh Ketua Bahagian yang mana orang itu dipilih dikalangan kroni-kroninya saja walaupun ahli diakar umbi tidak menyukainya. Inilah yang selalu terjadi dan akan terus terjadi di Kelantan kerana keseluruhan Ketua Bahagian tahu kehendak mereka tidak akan diubah oleh pucuk pimpinan UMNO sama ada diperingkat negeri atau pun pusat.

Saya mendahului rakan-rakan dalam UMNO keluar parti kerana saya tidak mahu kecewa dan dikecewakan. Ramai ahli UMNO seperti saya tapi tidak keluar parti kerana sebab sebab tertentu tapi hati dan perasaan mereka telah bertekad untuk mengajar pemimpin dengan tidak mengundi BN dalam pilihanraya.

Ini akan berlaku bukan saja di Kelantan bahkan diseluruh Malaysia, itulah sebabnya hanya 55 kerusi Parlimen saja yang selamat untuk UMNO. Kedudukan ini tidak memungkinkan BN akan terus berkuasa dalam pilihanraya umum kelak. Banyak kerusi Parlimen UMNO akan bertukar kepada Pakatan Rakyat. Walau bagaimana pun disaat-saat akhir sebelum menjelangnya hari mengundi kedudukan ini boleh berubah sekiranya Pakatan Rakyat tersalah buat perhitungan kerana rakyat akan menilai dari sudut keikhlasan mana-mana parti yang akan terajui kerajaan nanti.