Wednesday, December 22, 2010

Mereka semua melayu.

Zaid Ibrahim (KITA) dikaitkan dengan ARAK, Saiful Bahrin (PAS) dikaitkan dengan ZINA, Anwar Ibrahim (PKR) dikaitkan dengan LIWAT, Khir Toyo (UMNO) dikaitkan dengan RASUAH dan ada juga yang dikaitkan dengan BUNUH. Inilah isu peribadi yang berlegar dalam arena politik tanahair sekarang.

Semua isu itu adalah perbuatan yang dikutuk oleh Allah swt tapi tidak menjadi 'kudis gatal' dalam persediaan parti-parti politik bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13. Kerja tukang canang akan diteruskan dan orang yang dikaitkan dengan isu-isu peribadi tersebut terpaksa menghadapinya dengan berbagai-bagai perasaan.

Semua nama-nama yang disebut itu menang dalam pilihanraya dan diterima oleh rakyat sedangkan ramai calun yang tidak terlibat dalam isu yang sedemikian rupa kalah pula. Itulah politik yang sedang berkembang di Malaysia hari ini. Jadinya isu peribadi belum tentu dapat mengalahkan seseorang itu dalam pilihanraya.

Yang jadi mangsa keadaan sebenarnya adalah Anak-Anak dan Isteri walaupun belum tentu betul mereka itu terlibat tapi maruah keluarga telah tercemar, malu dan aib sedang menguasai dalam diri, Allah saja yang tahu.

Dalam Islam bagi mensabitkan kesalahan liwat dan zina hendaklah bersaksikan kepada 8 mata yang tidak buta dan kabur dan sekiranya tidak ada saksi sedemikian adalah mustahil untuk menghukum orang yang dituduh itu. Adakah Rasuah dan Bunuh memerlu kepada 8 mata juga untuk dijadikan saksi ?.

Mereka yang dikaitkan dengan Arak, Zina, Liwat dan Bunuh itu adalah orang melayu berugama ISLAM. Dan Ugama Islam melarang untuk mengaibkan seseorang walaupun melayu tidak melarang, yang terdapat hari ini adalah melayu yang hanya sengaja mengaibkan orang bagi menjatuhkan maruah seseorang kerana dalam dirinya tidak dipenuhi dengan amalan yang baik.

Untuk itu buat hari ini, bangsa lain sedang ketawa kerana melayu sedang mengaibkan orang ISLAM yang disebarkan melalui akhbar arus perdana, blog-blog pro Kerajaan dan TV yang dipancar seluruh pelusuk tanahair tak cukup dengan penyebaran berita didakwa pula supaya terperuk dalam besi penjara bagi memisahkan hidup bersama keluarga.

Bagi menajamkan ilmu politik terkini, saya berkesempatan membaca buku Syed Husein Ali 'Dua wajah', Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang oleh Wan Abd. Rahman Wan Abd. Latif dan Purnama Retak Seribu oleh Kickdefella. Semuanya tidak boleh dipakai kerana pegangan saya dalam perjuangan politik amat berbedza kerana politik bukan hak individu, politik dan kuasa adalah hak rakyat. Sekiranya Najib jatuh, Nik Aziz jatuh tapi rakyat masih disitu sepertilah juga penjara yang dihuni oleh Syed Husein Ali hampir 6 tahun sebagai tahanan tanpa bicara.

1 comment:

Unknown said...

i am the best? kah..hah...kah..