Saturday, December 18, 2010

Pilihanraya Kecil DUN Tenang.

"BN JOHOR SUDAH TIDAK TENANG."

Al-Fatihah disedekahkan untuk Allahyarham Sulaiman Taha, Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Tenang, Labis Johor. Beliau adalah rakan saya dizaman sama-sama menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Ekoran daripada kembalinya Allahyarham kerahmahtullah ini bererti kosonglah kawasan pilihanraya DUN Tenang dan tentunya pihak Suruhanjaya Pilihanraya SPR akan mengadakan pilihanraya kecil. Allahyarham adalah wakil rakyat dari BN.

Pilihanraya kecil DUN Galas yang lalu kosong kerana kematian wakil rakyat dari PAS tapi apabila pilihanraya kecil diadakan kerusi tersebut dimenangi oleh parti BN, walaupun Negeri Kelantan adalah kubu kuat PAS. Di Johor pula adalah kubu kuat UMNO/BN, apakah pilihanraya kecil nanti BN akan menerima nasib sepertimana yang PAS terima di Kelantan.

Kemungkinannya tidak mustahil, kerana di DUN Tenang sekarang ini pengundinya telah meningkat, jumlah pengundi adalah 14,952 orang yang terdiri seramai 7042 pengundi melayu manakala 7550 adalah pengundi bukan melayu. Angka ini belum menentukan kemenangan berpihak kepada BN kerana suasana politik sekarang rakyat tidak memilih kepada lambang parti tapi sebaliknya rakyat akan melihat siapa calun yang akan bertanding.

Di DUN Tenang hanya dua kelompok pengundi berpihak kepada BN iaitu undi orang UMNO dan undi orang MCA tapi kelompok yang mengundi Pakatan Rakyat terdapat tiga kelompok iaitu undi PAS, undi PKR dan undi DAP. Kemenangan Allayharyam Sulaiman Taha dulu tidak boleh diambil kira kekuatan BN kerana diwaktu itu 'kekemasan' Pakatan Rakyat di Johor tidaklah sama seperti hari ini.

Kini kekuatan BN di Johor ada sedikit menurun terutamanya dikawasan pengundi yang terdapat kawasan FELDA. Isu penyelewangan dalam FELDA sudah tidak dapat disembunyikan lagi apabila mahkamah memutuskan pihak pengurusan FELDA telah kalah apabila disaman oleh peneroka FELDA. Peneroka FELDA bukan tidak mengenang budi tapi peneroka FELDA marah kerana FELDA tidak membalas budi.

Mampukah BN mempertahankan kerusinya di DUN Tenang kelak. Itu semua tergantung kepada peneroka FELDA yang jadi pengundi kerana pengundi yang luar kotok FELDA sudah jelas akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, kerana pengundi bukan melayu yang dulunya menyokong MCA seperti telah diberi lorong oleh Presiden MCA supaya tidak menyokong BN, tambahan lagi calun daripada BN tentunya terdiri daripada orang melayu.

Apabila kerusi BN di DUN Tenang roboh, itu bererti BN Johor juga dalam PRU ke 13 nanti menunggu masa untuk roboh.

No comments: