Sunday, December 26, 2010

GAAM di Ketereh.

Tan Sri Anuar Musa.
ditikam oleh anak didiknya di ketereh?

Di Indonesia sebelum tsunami melanda Aceh dan meranapkan keseluruhan bumi disekitar masjid Al'RAHMAN, penduduknya berjuang untuk mendapat kemerdekaan melalui gerakan yang dikenali dengan 'GAM' iaitu Gerakan Aceh Merdeka yang akhirnya penduduk Aceh mendapat kuasa autonomi.

Lain pula di Ketereh, Kelantan kerana tidak puas hati apa yang berlaku dalam kepimpinan UMNO Bahagian Ketereh yang dipimpin oleh Tan Sri Anuar Musa yang mana sudah lebih 25tahun Anuar Musa jadi Ketua Bahagian kini ujud satu fenomena baru.

Gerakan yang telah dimulakan oleh kumpulan yang mahu supaya jawatan Ketua Bahagian ditukar kepada YB. Haji Alwi Che Mat iaitu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh sekarang sedang giat diperkatakan oleh ahli-ahli UMNO Cawangan. Usaha secara senyap sedang dilakukan supaya Anuar Musa melepaskan jawatan Ketua Bahagian secara sukarela.

Gerakan ini timbul secara bersungguh-sungguh setelah UMNO Malaysia membuat pengumuman supaya persidangan dan pemilihan dalam UMNO ditangguhkan selama 18bulan bagi UMNO menghadapi pilihanraya umum ke 13. Kecewa dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Ibu Pejabat UMNO itulah timbul satu gerakan yang dipanggil 'GAAM'.

GAAM yang dimaksudkan itu ialah 'GERAKAN ANTI ANUAR MUSA' yang telah dicetuskan oleh kalangan yang rapat dengan Haji Alwi dan beberapa orang jawatankuasa Bahagian yang tidak senang hati cara Anuar Musa mentadbir UMNO Bahagian sekarang ini kerana banyak kuasa diberi kepada Cik Gu Sharifuddin Ab.Rahman yang memangnya tidak disukai oleh banyak ketua-ketua cawangan.

Sehingga kuasa tidak diperturunkan kepada Haji Alwi sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan juga kepada Ketua wanita, Ketua Pemuda hatta kepada Ketua Puteri. UMNO Ketereh sekarang seperti ditadbir oleh tiga orang manusia saja iaitu Anuar Musa, Cik Gu Sharifuddin dan Azmi Ishak (Setiausaha Bahagian).

Itulah keluhan dan berita yang disampaikan kepada saya oleh orang-orang yang berpengaruh didalam UMNO Bahagaian Ketereh, ceritanya lagi sejak Anuar Musa menumpukan masa kepada Persatuan Bolesepak Kelantan (KAFA) masa untuk mengurus UMNO Bahagian tidak diutamakan hanya melepaskan tanggongjawab kepada Cik Gu Sharipuddin yang mana Cik Gu Shaarifuddin dilihat lebih berkuasa daripada Haji Alwi.

Apa yang saya difahamkan Gerakan Anti Anuar Musa (GAAM) di Ketereh itu akan berterusan sehingga pilihanraya umum, apabila Haji Alwi tidak dicalunkan sebagai Ahli Parlimen, mereka yang secara diam sekarang ini melobi supaya Anuar Musa tidak dicalunkan semula sebagai calun Perlimen Ketereh akan bangkit menentang secara terbuka. Katanya apa nak jadi, jadilah kerana sekiranya diberi kepada Anuar Musa jadi calun pun UMNO akan kalah juga.

Hebat nampaknya perancangan Haji Alwi untuk mengambil alih tempat Anuar Musa sebagai Ketua Bahagian, peluang untuk menjadi Ketua Bahagian dengan cara tidak bertanding dimainkan secara halus. Perlu diingat Haji Alwi tidak akan dapat menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh melalui pertandingan kerana Haji Alwi takut untuk melawan Anuar Musa bekas taukehnya.

Sejak nama Anuar Musa muncul sebagai taukeh Bolasepak Kelantan, bukan saja Haji Alwi yang bercita-cita untuk menjadi Ketua Bahagian malah ada juga Gerakan Anti Anuar Musa dipertingkat UMNO Negeri yang tidak mahu Anuar Musa diberi tempat mengambil alih UMNO Perhubungan Negeri. Rata-rata berpendapat eloklah Anuar Musa terus memberi masa untuk menjaga bolasepak dan lupakan soal politik. sudah sampai masanya Anuar Musa bersara dari politik kerana Anuar Musa sudah ada segala-galanya, ada rumah besar, ada kereta besar dan mewah, hidup pun dah kaya raya, apa lagi yang Anuar Musa tak ada didunia ini, semuanya ada dan semuanya yang beliau mahu dah dapat.

Anuar Musa tahu semua itu, tapi sebagai orang politik yang berpengalaman dia tidak mudah melatah dan dia suka melihat kerana Anuar Musa tahu dimana kuncinya untuk melemahkan Gerakan tersebut.dan Anuar Musa juga tahu bahawa UMNO Ketereh adalah kepunyaannya tidak ada siapa yang boleh mengambil jawatan Ketua UMNO Bahagian Ketereh dari tangan beliau melalui sistem demokerasi ala UMNO kecuali UMNO Malaysia mematikan proses demokerasi di Kelantan seperti mana Tun Mahathir lakukan disatu masa dulu.

Tun Mahathir telah tidak mengikut lunas-lunas demokerasi terhadap UMNO Kelantan dimasa itu hanya semata-mata mahu mengekalkan Anuar Musa sebagai Ketua UMNO Bahagian Ketereh kerana arus untuk mengalahkan Anuar Musa sebagai Ketua UMNO Bahagian Ketereh amat kuat dimana saya dan Dato' zainal Abidin serta Cik Gu Mat Yani dan Ariffin Yaacob (Abg. Pin Burung) secara terbuka melawan Anuar Musa.

Nasib Anuar Musa terselamat kerana adanya Tun Mahathir.

2 comments:

kubangbila said...

Haji Alwi bukan sekadar layak jadi ketua umno Ketereh malah layak jadi Pengurusi Perubungan UMNO Kelantan juga.

newkk said...

setuju sangat dengan Kubangbila tu, mudah sikit UMNO Kelantan hancut, Ingat kah semasa Hj.Lui jadi Setiausaha Politik Anuar Musa, dan Tun Abdullah Badawi, kedua-duanya jatuh. Suweilah tu.