Thursday, December 23, 2010

Pak Lah 'AROSE'.


Apabila Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital HUSM di Kota Bharu berbagai-bagai perkara dilapurkan oleh blog. Ada yang kata TGNA dalam keadaan tenat, koma dan ada yang caci supaya TGNA mati cepat. Dan ada pula menasihati Kerajaan Negeri supaya mengadakan penal dactor untuk dilaksanakan 'medical board'.

Manakala yang tahu hukum hakam berdoa supaya TGNA cepat semboh dan berada dalam keadaan sihat sejahtera sebagaimana seluruh rakyat negeri Kelantan memohon doa semuga Tuanku Ismail Petra cepat semboh dan pulih dari gering yang semakin hari kelihatan semakin sihat.

Sudah dijadikan, yang hidup tentunya akan mati, yang sihat adakalanya sakit, itu janji Allah tapi sebagai ummat kita kena sentiasa berdoa memohon kepadaNya supaya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umor.

Semasa di HUKM, Tok Guru Nik Aziz dikunjungi oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi tanpa publisiti dan liputan. Itulah pemimpin yang berjiwa besar, fahaman politik diketepikan, rapatkan silatulrahim diantara insan, tindakan Tun Abdullah Badawi itu mengajar kita tentang perlunya semangat kekeluargaan dalam Islam.

Apakah kemunculan Tun Abdullah Ahmad Badawi itu bererti bermulanya semangat perpaduan dikalangan orang-orang melayu, apakah Tun Abdullah semasa melawat TGNA hanya semata-mata untuk melihat keadaan TGNA atau lebih daripada itu. Sekiranya dalam pertemuan di HUSM ada sedikit isu dibincangkan untuk perpaduan melayu, kita sebagai rakyat melayu sangat-sangat mengalu-alukan.

Sudah kena orangnya yang boleh bercakap tentang perpaduan melayu yang kita kenal bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang manusia yang tidak berdendam dan tidak suka bermusuh terutamanya dengan orang-orang politik. Kita masih ingat semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lah Dato' Seri Anwar Ibrahim dapat menghirup udara diluar pagar besi penjara sungai buloh.

Diharapkan pertemuan Tun Abdullah dengan TGNA tempoh hari akan muncul sebuah rezeki kepada orang-orang melayu. Tidak ada seorang ummat melayu di Malaysia ini yang menolak konsep perpaduan melayu, kalau ada orang yang menolak supaya melayu tidak bersatu, orang itu adalah orang gila.

Marilah kita semua mendoakan supaya Tun Abdullah dan Tok Guru Nik Aziz sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt. semuga dari pemikiran mereka berdua akan lahirlah satu pemikiran yang suci untuk mewujudkan satu konsep perpaduan melayu bagi kehebatan Agama, Bangsa dan Negara.

Malaysia, tanah tumpah darahku.

2 comments:

Unknown said...

Sdr Soberi,
Syukur kalau apa telaah tuan itu berlaku tapi Islam dulu bukan melayu dulu,lepas itu isu rasuah,kemudian isu keadilan, hakim yang tidak adil apa perlu dibuat? kita pakat bincang.

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Salam... Perpaduan Melayu ke perpaduan Islam ?... Yang eloknya, perpaduan Islam untuk kemajuan agama, bangsa dan tanah air. ...kena jelas apa yang ada dalam pemikiran TGNA mengenai perpaduan. Antara bangsa dan agama. Wallahu A'lam