Monday, October 4, 2010

GALAS, PAS mulai gempur pengundi luar.

500 penyokong bolasepak Kelantan (yang kudengar) telah berhimpun di Nilai Negeri 9, sebelum berlepas ke Stadium Peroi bagi menyaksikan Perlawanan Bolasepak diantara Kelantan dan N9 yang berkesudahan seri 2 -2. PAS melalui YB. Dato' Husam Musa telah memulakan kempen pilihanraya kecil DUN Galas apabila bertemu dengan penyokong bolasepak pasukan Kelantan dan sekali gus menjadi penyokong PAS.

Dikabarkan juga 500 orang itu adalah sebilangannya mengundi di DUN Galas, kalau tidak mengundi pun mereka itu ada waris yang menetap di Galas serta menjadi pengundi, Husam Musa telah mengambil kesempatan awal bertemu dengan mereka yang dikira pengundi luar, kerana nak kumpul pemuda sebegitu banyak yang berada di lembah kelang dalam masa singkat agak susah, maka Husam Musa mencuri waktu mengambil kesempatan mereka berkumpul untuk ke Peroi N9 menuntun bolasepak.

Sedang UMNO masih lagi sibuk dan menunggu siapakah Pengarah Pilihanraya BN di DUN Galas walaupun Tan Sri Mahyuddin Yassin telah mengumumkan bahawa YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik tapi Tengku Razalegih sendiri belum lagi memberi kata putus bersetuju ataupun tidak dan jawapannya akan beliau beritahu setelah pulang dari luar negeri pada 9hb. Oktober nanti.

Itulah yang saya katakan bahawa sekiranya PAS melantik Pengarah Pilihanraya bukan Fatah Harun dan Cik Gu Rahim, sukar sedikit pada UMNO hendak membaca tektik PAS, dan perjumpaan Husam Musa dengan penyokong bolasepak kelantan yang boleh mengundi di DUN Galas adalah salah satu startegi PAS.

PAS tentunya akan bekerja keras bagi menentukan kerusi DUN Galas akan kekal ditangan PAS kerana perbedzaan undi hanya 646 undi, Ini kerana melihat kepada keputusan pilihanraya DUN Manik Urai yang berkesudahan PAS hampir kalah walaupun menang lebih daripada satu ribu undi pada piliharaya umum 2004.

Itulah yang membuat PAS gerun. Sekiranya pengundi muda berpihak kepada BN nanti berkemungkinan PAS akan kalah. Siang-siang lagi PAS sudah nampak itulah sebab Husam Musa memberi fokus kepada pengundi muda. Penyokong bolesepak Kelantan aggrasif dan sekiranya semangat itu yang dibawa balik oleh pengundi luar muda ke DUN Galas lemas juga nanti BN.

Ada pembaca blog ini minta pendapat saya berhubung dengan piliharaya kecil DUN Galas, jawabnya mudah salah satu parti akan kalah dan kekalahan itu adalah:

1. Pengundi muda dan pengundi luar tidak pangkah parti itu.
2. Pengundi Cina sokong parti mana yang banyak.
3. Pengundi orang asli masih setiakah pada raja.

Mana-mana parti dapat memberi tumpuan dan sasaran kepada golongan pengundi tersebut, maka parti itulah boleh menang nanti. Ingat 646 undi bukan banyak dalam piliharaya kecil dan tidak mustahil kemenagan PAS dengan mejoriti 464 boleh jadi kalah hampir 1000 undi. Analisa awal saya melalui peti-peti undi KAMPUNG PULAI dan KG BATU PAPAN ada asasnya.


No comments: