Saturday, October 30, 2010

Piala Malaysia - PAS dan UMNO ambil kesempatan


30hb. Oktober 2010 satu lagi sejarah akan dicatit oleh Pasukan Bolasepak Kelantan (KAFA) apabila bertemu diperingkat akhir Piala Malaysia. Tahun lepas Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan 3 - 1 dan hari ini bolehkah Kelantan mengalahkan Negeri Sembilan dan di nobatkan sebagai JUARA PIALA MALAYSIA.

Perlawanan akhir ini menyaksikan dua perkara yang dipercakapkan oleh peminat-peminat bolasepak khasnya rakyat kelantan yang ingin memberi sokongan kepada pasukan bolasepak kelantan.

Pertama isu jualan tiket yang tak sampai satu jam habis dijual dan berleluasa perjualan tiket secara 'black market' di Kelantan dan disekitar Kuala Lumpur yang mana tiket terbuka berharga RM30.00 dijual sehingga RM70.00 sekeping manakalan tiket Pentas Utama yang berharga RM50.00 pula di jual sehingga RM150.00.

Kedua isu pengundi di DUN Galas, penyokong bolasepak didalam DUN Galas dibekalkan tiketpercuma dan kenderaan percuma oleh kedua-dua pihak. UMNO dan PAS mengambil kesempatan untuk menzahirkan kemurahan hati masing-masing untuk memikat pengundi di DUN Galas melalui membekalkan tiket bolasepak dan kenderaan secara percuma dan mungkin juga memberi wang poket untuk makan dan minum.

Oleh kerana minat dan untuk memberi sokongan kepada pasukan bolasepak Kelantan mereka itu tidak kisah walaupun terpaksa membeli tiket secara 'black market' dengan harga yang mahal walaupun hatinya sakit.

Dan pengundi di DUN Galas pula tidak kisah parti mana yang bekalkan tiket dan kenderaan percuma mereka itu sanggup terima asalkan dapat datang menuntun bolasepak tapi soal undi mereka belum membuat keputusan dan tentunya dalam perjalanan pulang nanti kempen bisik-bisik akan berlaku dikalangan peminat bolasepak.

Sebagai rakyat Kelantan, hari ini kita mahu melihat Kelantan menang dan tidak ada perkara yang buruk berlaku. Agak saya kelantan menang 3 - 2. KELANTAN MENANG.

No comments: