Sunday, October 17, 2010

Kejayaan Membalas Dendam !


Syed Ali Syed Hassan, Setiausaha Agong PERKASA dalam sidang akhbarnya meminta supaya Istana Kelantan memberi penjelasan kenapa gelaran 'Dato', Dato' Ibrahim Ali, Presiden PERKASA ditarik sepertimana yang diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Nasihat saya kepada Istana Kelantan tak payah lah jawab gesaan Syed Ali itu kerana beliau tidak ada kena mengena dengan isu penarikan darjah kebesaran itu.

Lagi pun Syed Ali tidak ada kena mengena dengan Negeri Kelantan, Beliau hanya sebagai Setiausaha Agong kepada pertubuhan sukarela iaitu NGO yang memperjuangkan bagi mempertahankan Kedaulatan Undang-Undang, Perlembagaan dan Institusi Raja-Raja Melayu supaya tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

Kerjanya untuk MEMPERTAHANKAN, tak usah tanya kenapa dan meminta jawapan, sekiranya PERKASA merasakan Kedaulatan Raja-Raja dipermain dan dipersendakan adalah tugas dan tanggongjawab PERKASA untuk memperbetulkan. Usahalah supaya institusi Raja-Raja tidak diperalatkan oleh mereka yang hilang pedoman dan arah tuju untuk maju.

Walaupun ahli-ahli PERKASA rasa tersedu kerana penarikan darjah kebesaran itu dilakukan selepas Dato' Ibrahim Ali menzairahi tanda hormat kepada Sultan Ismail Petra dan menzairahi Baginda yang telah lama gering dan sudah mula beransur pulih, itu adalah rezeki Dato' Ibrahim Ali.

Sekiranya Syed Ali nak tahu juga, risik-risiklah dengan Ahli Majlis Penasihat Raja ataupun Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN) tentu sedikit sebanyak mereka itu tahu sebab dan kenapa. Lagi pun sosek-sosek dikalangan orangramai telah pun merebak keseluruh negara perihal orang-orang tertentu yang berdendam dan mengambil kesempatan sehingga terdapat seorang bergelar Dato' kerumah 'BOMOH' supaya kata-katanya menjadi masin dan diikuti.

Pertanyaan Syed Ali betullah tak payah jawab, tapi pertanyaan YBM Tengku Razaleigh Hamzah wajib kena jawab kerana YBM Ku Li adalah terdiri dari Kerabat dan lagi beliau adalah Timbalan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN).

Pertanyaan Ku Li berhubung dengan majlis Pemasyhuran itu hendaklah diperjelaskan secara detail bagi mengelak kekeliruan yang timbul. Dalam hal ini saya yakin YBM Ku Li tidak mempertikaikan kedudukan cucu saudara beliau tapi nampaknya menjurus kepada cara dan masa serta penglibatan, ekor-ekor-ekor, yang berdendam dengan Raja Perempuan Kelantan.

Saya juga yakin YAB Tok Guru Nik Aziz tidak berniat untuk mengelirukan rakyat dengan menyatakan bahawa Tuanku Sultan Ismail Petra masih lagi makan melalui tube, tapi YAB Tok Guru Nik Aziz diberi kefahaman yang salah, ini kerana YAB Tok Guru Nik Aziz tidak pernah menzairahi Tuanku sejak Tuanku berada di Istana Mahkota selepas pulang dari mendapat rawatan di Singapore.

Setelah Dato' Ibrahim Ali mezairahi Tuanku dan dilapurkan beransur pulih, kenal orang, boleh berintraksi, ingatannya baik, maka eloklah Tok Guru Nik Aziz mengikuti jejak Dato' Ibrahim Ali dengan menzairahi Tuanku bagi mendapat jawapan yang sebenar, apakah pemberitahuan oleh Dato' Ibrahim Ali itu benar ataupun tidak.

Saya syorkan supaya YAB Tok Guru Nik Aziz menjemput Ketua Polis Negara untuk bersama-sama beliau menzairahi Tuanku supaya lapuran-lapuran polis yang dibuat sebelum daripada ini dan juga tindakan polis UTK menahan rombongan Tuanku ke Singapore dengan mengunakan senjata dapat diselesaikan dengan segera. Rakyat mahu tahu cerita disebalik peristiwa hitam itu.

No comments: