Thursday, February 24, 2011

AP - Gelombang Merah.

Pada tahun 2008 iaitu tahun PRU ke 12, saya telah diminta oleh beberapa orang kawan-kawan dari Kelantan bagi menaja jawatankuasa pengudi luar yang kononnya mahu melihat UMNO menang dan dapat menumbangkan Kerajaan PAS kerana pada waktu itu PAS hanya mempunyai 23 kerusi dari 45 kerusi Dewan Undangan Negeri, bererti UMNO hanya mahu menang satu kerusi saja lagi bagi membolehkan UMNO membentuk Kerajaan Kelantan.

Kerana bersemangat untuk melihat UMNO dapat menubuhkan Kerajaan, dengan tidak banyak bicara saya menerima jemputan itu dengan penuh tanggongjawab, langsung mencurahkan tenaga dan wang ringgit bagi menghidupkan suasana memberi penerangan dalam perjumpaan dengan kumpulan yang diamanahkan sebagai jentera bagi mengumpulkan senarai orang yang berada diluar Kelantan supaya dapat pulang dihari mengundi dan mengundi calun UMNO/BN.

Setiap Bahagian ditubuhkan jawatankuasa yang diberi nama 'Jawatankuasa Pengundi Luar' yang mana jawatankuasa tersebut bertanggongjawab mendaftar sebanyak mungkin pengundi yang berada diluar Kelantan. Gegak gempitalah Ibu Pejabat UMNO Malaysia didatangi oleh beribu-ribu orang untuk mendaftar nama sebagai pengundi luar dengan tujuan bagi mendapat wang untuk pulang mengundi.

Kerana gila kepada UMNO, wang habis tidak menjadi masaalah sehinggalah apabila selesai perjumpaan dibuat dan beberapa mesyuarat diadakan dan setelah terkumpul beribui-ribu senarai nama pengundi maka saya pun disisihkan. Hasil daripada itu beberapa orang yang dianggap jaguh membawa balik pengundi luar telah menuntut wang dengan pegawai ibu pejabat UMNO.

Berapa juta diperuntukkan saya tidak pasti, tapi khabarnya banyak juta telah disalurkan kepada jaguh tersebut sehinggalah berlaku huruhara di peti-peti undi apabila banyak orang yang pulang mengundi tidak dapat wang seperti mana yang dijanjikan. Akhirnya UMNO/BN kecundang dalam PRU ke 12 yang mana UMNO/BN yang mempunyai 22 kerusi tinggal 6 kerusi saja yang menang.

Mereka yang digelarkan jaguh pengundi luar memang jaguh kerana berkesempatan melarikan berjuta-juta wang pengundi luar dengan tidak bermodal satu sen pun sedangkan saya yang memerah tenaga dan membelanjakan wang ringgit tidak dibayar balik perbelanjaan yang saya dahulukan. Bijaknya jaguh tersebut wang pengundi luar disapu dan wang pendahuluan yang saya keluarkan juga disapu.

Kini UMNO Kelantan telah menubuhkan jawatankuasa pengundi luar untuk PRU ke 13. Dua malam lepas mesyuarat diadakan disebuah pejabat koperasi di Kuala Lumpur ekoran daripada satu kursus diadakan di Medan Indonesia baru-baru ini. Perbincangan agak kelab kabut apabila sampai kepada agenda pengagihan wang kepada bakal pengundi. Mampukah jawatankuasa pengundi luar itu mengendalikan pengagihan kelak, sama-samalah kita dengar beritanya apabila sampai ketikanya nanti.

PRU ke 13 nanti, UMNO Kelantan bertekad mahu menang besar, maka berbagai-bagai cara digunakan untuk menumbang kerajaan PAS Kelantan, target 23 kerusi sekurang-kurangnya seperti yang disepakatkan oleh ahli-ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan semasa bermukim di Surabaya Indonesia beberapa bulan lalu akan menjadi agenda penting dan tentunya UMNO beharap kepulangan pengundi luar kali ini tidak berpihak kepada parti PAS sepertimana berlaku pada PRU ke 12.

Dato' Mustapha Mohamed selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang berkuasa di Kementerian MITI tentunya ada kaedah bagaimana cara untuk memikat pengundi luar apabila pulang ke Kelantan dan akan mengundi calun UMNO. Sebab itulah tanggongjawab tersebut diberi kepada Ikhmal Hisham, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah bagi merancang cara dan kaedah dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin supaya pisang tidak berbuah dua kali. Perlu diingat bahawa Ikhmal Hisham adalah ahli perniagaan import kenderaan yang melibatkan AP daripada kementerian MITI yang mana Mustapha Mohamed adalah menterinya.

Kesungguhan UMNO itu tidak boleh dipandang ringin oleh PAS Kelantan, sekiranya startegi UMNO Kelantan membawa pulang pengundi luar 'menjadi' maka kedudukan Kerajaan PAS akan tergugat dan tidak mustahil PAS akan kalah di Kelantan pada PRU ke 13 ini. Seperti biasa pengundi luar adalah satu faktor yang boleh menyebabkan satu-satu parti itu kalah. Angin perubahan dari luar Kelantan biasanya boleh merundumkan sokongan yang sedia ada di Kelantan.

PAS tidak boleh bertahan hanya dengan mengharapkan sokongan dari dalam Kelantan saja terutamanya pengundi muda yang pastinya menanti bentuk habuan yang mereka akan terima dari pihak yang memerlukan undi mereka. Banyak tawaran akan dikemukakan oleh UMNO kepada pengundi, berbagai bagai bentuk dan cara yang akan digunakan untuk meraih undi dan biasanya pengundi atas pagar akan melihat arus dari luar.

Mampukah kali ini PAS menguasai bandar Kota Bharu pada malam akhir sepertimana yang berlaku pada PRU 12 lalu yang mana setiap jalan dan lorong dalam bandar Kota Bharu dipenohi oleh bendera hijau yang berlambang bulan atau akan terjadi sebaliknya iaitu warna merah akan membanjiri bandar Kota Bharu.

Yang pasti satu AP kenderaan terpakai harganya RM50,000, berapakah Syarikat Ikhmal Hisham dapat AP baru-baru ini?

1 comment:

zeme said...

Salam Tuan Hj,

Gelagat pengundi menuntut wang upah untuk menyokong BN pernah saya membuat tinjau semasa PRU12dahulu, agak tidak mustahil situasi ini akan berulang lagi pada PRU13 kerana sikap manusia telah dididik dengan menyogok dan disogok. Daripada gambar-gambar yang pernah saya rakamkan, kita boleh tengok gelagat-gelagat mereka ini.

http://zarulzeme.blogspot.com/2008/03/pru12-coretan.html