Monday, February 28, 2011

SECURE METHOD.

Asyrat Wajdi Dusuki telah menulis dalan FB beliau kelmarin meminta supaya penasihat2 Perdana Menteri membuat penyelidikan sebelum menasihatikan Bosnya mengenai sesuatu. Saya percaya beliau membuat teguran itu mengenai kenyataan DS Najib yang telah melahirkan kegusaran mengenai sikap Dr. Yusuf Al-Qaradawi terhadap keganasan.

Dan walaupun hari ini ada pula kenyataan yang menyalahkan media barat memutar belit ucapan DS Najib itu adalah amalan biasa dikalangan pemimpin yang suka bercakap. Sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana media yang menjadi talibarut kepada mana-mana orang akan dan cuba melaga-lagakan sesuatu isu. Ini juga berlaku dalam negara Malaysia.

Dan di Malaysia biasanya media arus perdana selalu memutarbelik ucapan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti pembangkang. Jadi nampaknya apa yang dilapurkan oleh media barat ataupun media arus perdana jangan mudah dipercayai, sepertilah dalam isu yang diutarakan oleh Asyrat Wajdi Dusuki.

Disini saya tidak berhajat hendak pertikaikan kenyataan DS Najib terhadap Dr.Yusuf Al-Qaradawi tapi apa yang saya hendak paparkan ialah keberanian Asyraf Wajdi Dusuki dalam melemparkan isu untuk dibincang oleh masyarakat. Beliau menpunyai sifat yang rendah diri dan tegas, ada tokoh tapi sayang tokohnya telah dibunuh oleh orang kampungnya sendiri.

Asyraf yang pernah bertanding dalam PRU ke 12 atas tiket BN di Perlimen Tumpat telah kalah kepada Dato' Kamaruddin Jaafar (Bekas Setiausaha Politik Allahyarham Tun Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia) atas tiket PAS. Dan tentunya Asyraf adalah ahli UMNO. Maka adalah menjadi kewajipan beliau menegur pemimpin parti yang dianggotainya.

Beliau juga kini adalah Naib Presiden PERKASA yang diketuai oleh Dato' Ibrahim Ali. Semalam beliau telah memberi ucapan di satu majlis PERKASA di Lembah Keramat AU 5, saya tidak pergi tapi saya diberitahu oleh salah seorang ahli PERKASA yang pergi dengan memuji ucapan Asyraf Wajdi Dasuki itu, Katanya ucapan beliau mantap dan berfakta seakan-akan boleh mengalahkan Dato' Ibrahim Ali. Tambah kawan saya itu, sekiranya Asyraf diberi peluang berucap di majlis seperti yang berlangsung di Pasir Pasak pada 26hb. lalu tentu orang UMNO akan celik mata.

Tanya saya, apa kaitan PERKASA dengan UMNO, lantas kawan saya memberitahu, sudah terang lagi bersuluh pentas PERKASA dijadikan peluru untuk menghancurkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Abdul Aziz tapi lain dengan Asyraf, beliau 'tutuh' semua, Anwar pun beliau singgong UMNO pun beliau terjah.

Sedikit sedutan ucapan Asyraf di Lembah Keramat AU5 semalam, beliau mengatakan , UMNO tidak mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh orang-orang melayu kerana sikap pemimpin UMNO sendiri. Amalan Kronisme dan pilih kasih berterusan berlaku. Yang membuat orang tak suka kepada UMNO kerana projek-projek diberi kepada kroni dan puak-puak orang tertentu saja..

Sekiranya Asyraf terus dengan sikap begitu, tentunya beliau akan dipandang tinggi oleh masyarakat bangsa melayu yang ketandusan pemimpin melayu yang berani bersuara diatas kebenaran. Hanya diharapkan Asyraf Wajdi Dusuki tidak mewarisi sifat ayahndanya yang kadang-kadang 'PLAYSAFE'.

No comments: