Monday, February 21, 2011

Siapa "tikam" Annuar dari belakang? (lihat gambar)


Semua ini berlaku apabila Tan Sri Annuar Musa menerajui Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sejak tahun 2009 diwaktu pasukan bolasepak Kelantan sedang tenggelam kerana berhadapan dengan kemelut pemain dan menanggung hutang serta beberapa kes dimahkamah.

Memang Annuar Musa pakar dalam menghidupkan pasukan bolasepak Kelantan (KAFA) itu. Tidak sampai 2 tahun beliau menerajui KAFA telah dua piala dapat dibawa pulang ke Kelantan, bukan saja pasukan bolaepak KAFA saja yang tersohor tapi diri beliau sendiri telah dapat menafaatnya setelah buat pertama kali mencuba nasib dalam barisan kepimpinan FAM.

Beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden FAM bersama YMM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang. Kini nama beliau sudah bermain dibibir peminat bolasepak tanahair, apatah lagi sekarang ini beliau dipertanggungjawab untuk memulihkan pasukan bolasepak wanita negara.

Kalau Annuar Musa boleh memulihkan pasukan bolasepak Kelantan sehingga menjadi cemerlang tentunya tidak susah untuk Annuar Musa memulihkan pula pasukan bolasepak wanita Malaysia, Annuar Musa tahu untuk memilih pemain-pemain yang mempunyai pontasi untuk pasukan wanita Malaysia. Itulah keistimewaan Annuar Musa.

Annuar Musa sudah pun cemerlang dalam arena politik tahanair, beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak dua kali, Wakil Rakyat Parlimen, pernah dilantik sebagai Senator dan dilantik menjadi Menteri, walaupun semasa jadi menteri beliau kalah dalam pilihanraya. Ertinya semua jawatan dalam Kerajaan dan Politik pernah dilaluinya termasuk pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Kini dalam politik beliau hanya memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Ketereh di Kelantan yang sendirinya akan menjadi ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri, yang akan terlibat dalam membuat dasar-dasar parti diperingkat negeri. Tapi kebiasaannya semua keputusan adalah 'veto' daripada Pengerusi Badan Perhubungan dan tentunya Annuar Musa tidak akan membantah kerana semasa beliau menjadi Pengerusi dulu pun cara yang sama beliau lakukan bahkan keputusannya kadang-kadang lebih zalim daripada apa yang diputuskan oleh Pengerusi sekarang Dato' Mustapha Mohamed.

Jasteru itu sudah sampai masanya Annuar Musa untuk melupakan penglibatan dirinya bergiat aktif dalam politik, berilah laluan mudah kepada Timbalan beliau iaitu Alwi Che Mat. Supaya persiapan menghadapi pilihanraya tidak menjadi halangan kepada UMNO. Annuar Musa boleh menumpukan masa dan tenaga beliau bagi pembangunan sukan bolasepak negeri Kelantan dan Negara.

Annuar Musa sudah boleh bersara dari politik UMNO kerana kehadiran beliau pun tidak disukai banyak orang di peringkat pucuk pimpinan parti, sama ada diperingkat negeri atau pun pusat, Annuar Musa sedar gejala itu. Adalah lebih baik Annuar Musa tumpukan kerja kebajikan kepada sukan bolasepak kerana bidang ini juga boleh menyumbangkan perkhidmatan kepada Negara.

Biarlah 'Legasi Annuar Musa' akan diwar-warkan dalam arena sukan tanahair melalui kecemerlangan bolasepak negara daripada nama beliau sentiasa dikaitkan dengan berbagai-bagai masaalah hidup bermula dengan isu PPRT, KADA dan tanah Lahat Datu.

Annuar Musa boleh meranapkan kekuatan UMNO Kelantan sekiranya beliau mahu tapi beliau tidak mampu untuk membangunkan UMNO Kelantan kerana kesilapan beliau menghitung 'kawan dianggap lawan', sedangkan orang harapannya di Ketereh setiap detik menikamnya dari belakang sebagaimana hari ini 'arose' yang dinamakan 'GAAM' (Gerakan Anti Annuar Musa) di dalam Bahagian beliau sendiri (KETEREH). Supaya beliau jemu untuk terus berpolitik dan lupakan untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 13.

Ingatlah, Annuar Musa hanya kalah kepada YB. Aziz Kadir dalam pilihanraya umum ke 12 lalu sebanyak 400 undi dan undi rosak 999. Kerana itulah boleh jadi berkemungkinan kerusi Parlimen Ketereh menjadi idaman kepada Alwi Che Mat kerana Alwi beranggapan pengaruhnya lebih kuat daripada pengaruh Annuar Musa.

Minggu depan akan ditulis siapa yang kalahkan Annuar Musa dalam DUN Kok Lanas pada PRU 12 lalu.

Nota: 'arose' ialah muncul.


No comments: