Thursday, August 11, 2011

Pendedahan jujur oleh Datuk Alwi Ibrahim.

Berita tersebar 'polis siasat syarikat pengurusan ubahsuai alat biometrik'. Percayakah dengan berita itu, tentu percaya bukan? kerana yang membuat kenyataan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (kanan) KDN Bahagian Pendaftaran dan Imigresen. Datuk Alwi Ibrahim tidak ada kepentingan dalam projek 6P, beliau hanya menjalankan tugas dan tanggongjawab sebagai kakitangan kerajaan, beliau membuat kenyataan yang benar.

Beliau membuat kenyataan supaya rakyat tahu bahawa daripada 336 syarikat yang dipilih oleh 'orang kuat' KDN untuk mengurus biometrik telah mengunakan khidmat perunding teknologi muklumat IT secara tidak sah bagi mengubahsuai peralatan biometrik yang diguna oleh KDN.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kerosakan kepada sistem yang telah diselaraskan oleh KDN dan pada masa yang sama turut dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.

Ertinya ada pihak yang tidak bertanggongjawab. Kalau dah tidak bertanggongjawab tunggu apa lagi. Orang ramai mahu melihat ada tindakan yang diambil, tak kiralah syarikat pengurusan itu kepunyaan ahli perniagaan biasakah, sahabat menterikah, sahabat setiausaha menterikah, bekas menterikah, bekas timbalan ketua poliskah atau siapa saja yang teribat dalam mengubahsuai peralatan biometrik, perlu diambil tindakan.

Ubah peralatan itu AKAN MEMBERI KESAN YANG BURUK KEPADA KDN DAN KERAJAAN kerana apa yang diubahkan itu membolehkan pihak-pihak yang tidak bertanggongjawab mengambil kesempatan terutamanya boleh membuat Kad Pengenalan tiruan. Sekiranya itu berlaku maka bertambahlah bilangan pendatang tanpa izin (PATI) menjadi pendatang dengan izin (PADI), apabila dah jadi (PADI) ianya boleh dijadikan beras dan beras boleh dibuat makanan untuk dijual. Apa erti untuk dijual?

Hasrat Kerajaan untuk buat pemutihan akan menjadi putih mata, kerana segala penjahat yang datang ke Malaysia akan mendapat Kad Pengenalan (yang boleh dijual/beli) dan boleh terus tinggal di Malaysia tanpa segan silu dan rasa takut kerana mereka ada dekumen yang menjadi layak seperti rakyat Malaysia dan boleh berurusan dalam semua urusan. Lagi bahaya.

Ketelusan Kerajaan akan dinilai apabila ada tindakan diambil. Kebimbangan yang diluahkan oleh TKSU (Kanan) KDN Datuk Alwi Ibrahim hendaklah diambil berat oleh pihak berkuasa, jangan lepas siasatan dibuat ianya hilang 'ruyup' tak ada apa-apa keputusan dan tindakan.

Tahniah Datuk Alwi Ibrahim kerana cepat sedar tentang berlakunya penipuan oleh mereka yang tidak bertanggongjawab itu. Juga perlu diberi perhatian kepada kumpulan 'lintah darat' yang mengambil kesempatan bagi memeras pendatang tanpa izin dengan bayaran melebihi daripada RM35.00 seorang seperti yang telah ditetapkan oleh KDN.

Syarikat pengurusan membuat janji dengan pendatang tanpa izin (PATI) sepertilah KDN itu dia yang punya yang boleh memastikan semua yang buat biometrik itu akan dapat kekal tinggal dan bekerja di Malaysia ini dengan bayaran yang melebihi RM350.00 seorang. Tak percaya cuba dapatkan senarai syarikat pengurus yang dipilih dan lihatlah di website syarikat tersebut atau dikain rentang yang menawarkan berbagai-bagai bayaran dengan bermacam tektik.

No comments: