Wednesday, February 25, 2009

Perpisahan mata bukan bererti perpisahan hati.

MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Makkah al-Mukarramah merupakan salah satu daripada tiga kota suci bagi umat Islam. Makkah al-Mukarramah menjadi tumpuan sepanjang tahun kerana jutaan umat Islam menuju kesana sebagai jemaah umrah, mana kala bermula pada bulan Syawal hingga Zulhijjah mereka datang sebagai jemaah haji, tetamu Agung kepada Allah yang dimuliakan. Selain dikenali sebagai Makkah, kota suci ini juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Bakkah, Ummul Qura, Al-Balad, Haraman Aamina, Ma'ad, dan Al-Qaryah, yang semuanya tersebut di dalam kitab suci al-Quran.

AL-MADINAH AL-MUNAWWARAH

Al-Madinah al-Munawwarah merupakan kota suci kedua bagi umat Islam selepas Makkah al-Mukarramah. Bumi ini telah menyaksikan peristiwa Hijrah Rasulullah dari Makkah pada tahu 622 Masihi. Al-Madinah al-Munawwarah atau sebutan mudahnya Madinah turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Darul Hijrah, Toybah, Tobah, Al-Dar, Haramu Rasulillah dan Ma'zarul Iman. Manakala sebelum berlakunya peristiwa Hijrah, bumi ini dikenali sebagai Yathrib.

Madinah merupakan ibu kota Negara Islam yang pertama, pusat pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam yang unggul serta tempat bermulanya penyebaran Dakwah Islamiyyah secara lebih sistematik dan terbuka. Disini Baginda Rasulullah dan para sahabat berganding bahu dalam merangka pelbagai strategi demi mendaulatkan Agama Islam sehingga tersebar ke seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab. Setelah kewafatan baginda Rasulullah pada tahun 632 M iaitu 10 tahun selepas peristiwa Hijrah, amanah ini telah dipikul oleh para khalifah sehingga Islam terus tersebar ke Eropah dan Asia, seterusnya menerangi alam dari Timur hingga ke barat.

UMRAH

Kelebihan Menunaikan Umrah

Orang yang mengerjakan ibadat umrah akan memperolehi pelbagai kelebihan dan ganjaran Allah. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah mengerjakannya dengan ikhlas kerana Allah. Antara kelebihannya adalah seperti:-

  1. Mendapat Ganjaran Pengampunan Dosa.
  2. Menjadi Tetamu Agung Kepada Allah.

(petikan dari Lembaga Tabung Haji)

Kepada penjenguk blog serta sahabat sahabat dan kenalan sekalian bermula daripada hari ini, cerita apa yang ku lihat dan ku dengar mungkin tidak dapat diisi pada setiap hari kerana saya akan ke tanah suci makkah bagi mengerjakan Umrah bersama Isteri, tapi blog akan tetap aktif sekiranya ada perkembangan menarik apa yang ku lihat dan ku dengar sama ada didalam negeri ataupun di luar negara. Doakan buat saya dan Isetri selamat pergi dan selamat kembali.

No comments: