Friday, January 10, 2014

SUSK dah kaya raya?

Semasa Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein Onn jadi Menteri  Dalam Negeri (KDN) saya sempat berjumpa sekali di Bangunan Parlimen nak minta tolong untuk mendapat jadi ejen 6P (masa itu saya masih kuat menyokong UMNO). Selepas beliau minit disurat permohonan,  saya disuruh ke pejabat beliau di PUTRAJAYA. Tanpa melengahkan masa saya terus ke pejabat beliau dan berjumpa dengan Setiausaha Sulit kanan (SUSK) untuk memberi surat tersebut, tapi diberitahu oleh SUSK bahawa pada waktu itu menteri belum putus lagi dasar 6P. (sedangkan saya tahu pejabat Menteri sedang menyusun permohonan untuk diberi kelulusaan). Saya pun balik dengan tangan kosong.

Tak lama selepas itu gegak gempita di seluruh Malaysia, sebanyak  200 lebih syarikat diberi kebenaran untuk menjadi ejen pemutihan, termasuklah orang yang tak pernah terlibat dengan pengurusan boroh asing, tapi syarikat saya tidak bernasib baik, tidak dipilih walaupun sebelum itu sudah mendapat minit daripada Menteri Dalam Negeri.

Kerana saya tak ada hubungan peribadi dengan susk tersebut. Orang cina di negara cina yang menjadi ejen untuk membuat visa rakyat cina boleh menjadi rapat dengan pegawai tersebut. Beruntung jadi orang cina daripada orang melayu diwaktu Dato' Hishamuddin jadi menteri KDN.

Ringkasan cerita saya diatas bukan kerana kecewa sebab syarikat saya tak dapat jadi ejen 6P untuk pemutihan warga asing yang berada di Malaysia tanpa dekuman yang sah, storynya bagaimana gelagat dan tingkah laku pegawai Dato' Seri Hishamuddin melayan sahabat-sahabat Menteri yang tidak ada perhubungan peribadi dengan pegawai tersebut.

Saya rasa SPRM bertindak bijak dan betul apabila menahan salah seorang pegawai khas Dato' Seri Hishamuddin, kasihan kepada Menteri yang berkhidmat secara jujur dan ikhlas tapi tercemar oleh kerana sikap dan perbuatan pegawai-pegawai kepercayaan beliau. Tapi malangnya pegawai yang memperkayakan diri sehingga kini tidak dapat dikesan perbuatan rasuahnya kerana bijak barangkali, tapi sekiranyan diukur dengan harta yang dimiliki tidak sepadan dengan gaji bulanan.

Dalam kes ini jelas Dato' Seri Hishamuddin dimalukan oleh pegawai beliau, Beliau yang memberi kepercayaan kepada pegawainya seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Adakah hanya pegawai khas Dato' Seri Hishamuddin saja yang berbuat demikian?, harap-harapnya tidak akan ada pegawai khas Menteri lain yang sanggup memalukan bossnya.


Bersabarlah Dato' Seri,  trajedi ini tentu ada hikmahnya.

No comments: