Tuesday, August 12, 2008

Tahniah Annuar Musa & Alwi Che Mat

UMNO Bahagian Keterah yang dipimpin oleh Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan telah sempurna mengadakan mesyuarat Agong Cawangan Cawangan hanya tinggal 2 Cawangan yang belum selesai dan akan diadakan dalam masa terdekat.

Tan Sri Annuar Musa dan Dato' Alwi Che Mat Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah menang tanpa bertanding dijawatan Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian sementara jawatan Naib Ketua belum boleh diumumkan menang tanpa bertanding dan diharap tidak akan berlaku pertandingan dijawatan tersebut supaya semua ahli parti dapat memberi tumpuan kepada gerakan bagi memperkasakan parti untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang.

Di peringkat Pergerakan Pemuda penyelesaian belum lagi berhasil supaya tidak berlaku pertandingan di peringkat Ketua dan Naib Ketua iaitu di antara Adik Mat (Ahmad Abdullah) dan Mat Wi jawatan Ketua dan Iswadi, Hisham dan Zuri di peringkat Naib Ketua. Manakala Pergerakan Wanita dan Puteri semuanya menang tanpa bertanding.

Hanya bagi ahli ahli UMNO dalam DUN Kadok mereka mengharapkan Tan Sri Annuar Musa dapat memberi perhatian yang lebih kerana kekuatan PAS dalam DUN ini boleh menjejaskan peluang kemenangan kerusi Parlimen dalam pilihanraya yang akan datang.

Ada ubi ada batas.


1 comment:

nasru said...

mujurlah tidak dicalonkan che hamdan che hassan kaki drug sebagai calon.kalau dia jadi calon punah ranah UMNO Ketereh. Adik mat lawan mat wi sama hebat.jenis hok nuar suka.haji luwi berat alah mat wi.nuar pesen berat alah adik mat.tgklah calon mana menang.hok penting, jangan dok main puak demo jah.org lain lagu mana.