Saturday, October 18, 2008

Jahat & Kejahatan Perbuatan Manusia.

Suasana suram yang dialami didalam dunia hari ini adalah kerana perbuatan manusia,kerana kejahatan, kerana tidak ada kejujuran,apatah lagi yang berlaku didaerah kami didalam negeri cik siti wan kembang, terdapat manusia yang baru pulang bergelar haji tapi tidak amanah, bergelar ustaz pula tu.

D negara lain, peperangan berlaku, bom sana, bom sini, bunuh sana, bunuh sini, macam macam kejadian ngeri berlaku kerana perbuatan manusia, ada yang nak tunjuk berkuasa dan ada yang nak tunjuk lagak, kadang kadang lebih lajak dari laju.

Di daerah ketereh,lain pula perbuatan manusia, bukan kerana dia ada harta dan kuasa tapi, gila nak berlagak macam berhala, walau pun tak ada apa sekara tapi nak suruh orang sembah dan sujud, pada hal nak tanggong makan dan pakai anak bini pun mujur ihsan UMNO Bahagian beri kerja sebagai pegawai JASA.

Bergelar ustaz, tapi perangai tidak amal ajaran islam, tidak amanah, tidak jujur, penipu pada orang ramai, cakap lain buat lain, pelik tapi benar. Yang lagi pelek orang di pejabat UMNO Malaysia boleh percaya kebohongannya.

Bagaimana UMNO mahu hidup di ketereh, kalau perangai orang yang makan gaji dengan kerajaan tajaan UMNO tidak jujur,tidak amanah, jahat dan hidup kepura puraan. Pergi haji nampaknya sia-sia, tak sampai setahun dah cakap bohong. Nilai manusia begini lebih baik jadi kucing kurap, sekurang-kurang boleh buat kejar tikus.

Kesuraman di ketereh akan berterusan sekiranya amalan harapkan pagar pagar makan padi tidak dibendung dan dihapuskan dalam waktu ini.

No comments: