Apa yang saya tahu, bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan 1) Telah diistihar oleh mahkamah bahawa beliau telah bangkrup 2) Tidak membayar income tax dan 3) Dalam penyiasatan pihak berkuasa kerana MELAKUKAN JENAYAH, maka orang tersebut akan dihalang oleh pihak Imigresen dari meninggalkan negara ini, dalam erti kata pasportnya akan ditahan dan tidak dibenarkan keluar negeri.
Di Kelantan sekarang ini ada sosek-sosek sedang diperkatakan oleh orangramai bahawa ada terdapat 2 orang yang tersohor yang mana seorang terdiri daripada pegawai kerajaan dan seorang lagu ahli perniagaan undang-undang yang kedua-duanya bergelar Dato' tidak dapat ke luar negara kerana pasportnya ditahan oleh pihak berkuasa.
Sama ada cerita ini betul atau pun tidak, saya masih mencari sumber yang boleh dipercayai. Tapi sekiranya perkara sosek-sosek ini betul, apakah sebenarnya kesalahan yang dilakukan oleh mereka berdua itu. Bangkrup tidak sekali, kalau ada pun mungkin soal income tax atau pun melakukan kesalahan jenayah. Kalau income tax tentunya melibatkan wang yang banyak apabila kita melihat kemewahan yang ada pada mereka.
Saya harap apa yang saya dengar itu tidak betul, saya harap sosek-sosek itu adalah gossip yang sedang melanda negeri kelantan sekarang ini. Tapi sekiranya betul adalah memalukan kerana orang yang disebut-sebutkan itu adalah orang yang sangat tersohor namanya sekarang ini, terutamanya dalam kemelut yang sedang berlaku yang memeningkan kepala rakyat jelata.
Ada lapuran polis dibuat terhadap mereka, tapi sehingga kini tidak terdengar berita sejauh mana pihak polis membuat siasatan dan ambil tindakan terhadap mereka berdua, apa yang saya dengar isu ini sudah sampai ke pengatahuan Menteri Dalam Negeri, Dato' Sri Hishamuddin Tun Husein, yang tinggal lagi rakyat masih menunggu pengumuman dari pihak yang berkuasa sama ada lapuran polis terhadap mereka dapat diketengahkan atau pun tidak.
Wang dan Pengaruh tidak boleh mengatasi undang-undang, bersiaplah menghadapi sebarang resiko sekira terdapat bukti melakukan kesalahan. Dihalang keluar negara itu adalah sebahagian hukuman yang terpaksa diterima dan sekiranya didapati bersalah hukumannya lebih berat daripada itu. Hubaya-hubayalah.
No comments:
Post a Comment