Datuk Siti Nurhaliza
Kalau betul sungguhlah kata Azli Shukri dalam blognya bahawa Dato' Siti Nurhaliza, Penyanyi Comel Loten itu membuka perniagaaanya product 'Simply Siti' itu mendapat pinjaman daripada TEKUN, maka Siti adalah tergolong daripada salah seorang orang yang bernasib baik kerana mendapat kemudaan yang disedia oleh kerajaan.
Kerana telah terbukti begitu ramai orang yang berjaya dalam perniagaannya hasil daripada bantuan kerajaan untuk membantu peniaga kecil melalui TEKUN, walau pun ribuan lagi peniaga kecil yang tidak dapat mengecapi bantuan pinjaman melalui TEKUN itu kerana permohonannya ditolak.
Siti Nurhaliza adalah insan yang bernasib baik, selain dianugerah rupa paras yang cantik dan comel, beliau juga mempunyai suara yang diminati oleh berjuta manusia tambahan lagi dapat suami yang kacak lagi kaya seperti Datuk K dan ditambah pula mendapat pinjaman daripada TEKUN yang bayaran baliknya rendah walaupun Siti Norhaliza adalah seorang wanita yang boleh digelarkan perempuan juatawan.
Apabila saya pulang ke kampung salah satu yang mejadi rintihan peniaga kecil ialah kerana tidak cukup modal untuk memperbesarkan perniagaan, pinjam bank susah kerana mahu cagaran sedangkan sekiranya peniaga kecil itu ada harta bertimbun meraka tidak akan minta pinjaman kerana orang kampung tidak suka meminjam bercagar. Begitu juga dengan pinjaman TEKUN ataupun agensi lain sukarnya untuk mendapat pinjaman.
Oleh itu saya syorkan kepada peniaga-peniaga kecil tak kira dikampung atau pun dibandar mulai hari ini pergilah buat pinjaman di TEKUN kerana tak mungkin TEKUN akan menolak pinjaman daripada peniaga kecil yang tidak cukup modal kerana miskin sedangkan kepada Siti Nurhaliza yang kaya raya mendapat pinjaman TEKUN.
Kalau boleh didedahkan, berapa agaknya TEKUN telah meluluskan pinjaman kepada Siti Nurhaliza itu (tidak mungkin rm10,000 saja) dan diharap kecemerlangan dan kehebatan Siti Nurhaliza berusaha untuk mendapat pinjaman daripada TEKUN itu akan dijadikan asas untuk peniaga kecil yang tidak cukup modal membuat pinjaman daripada TEKUN dan mendapat kelulusan sama banyak seperti mana yang TEKUN luluskan kepada Siti Nurhaliza.
Semuga TEKUN meluluskan pinjaman tidak memilih bulu dan tidak mensakatkan kerana fahaman politik.
2 comments:
Bab pinjaman peniaga kecil terutama nya golongan bumiputera kerajaan hanya banyak bercakap dari melaksanakan. sana sini ada bantuan..bila pergi AMPEH..Saya bercakap berdasarkan fakta. bila perfi MARA..depa cakap dana dah tak ada. Kerajaan tak ada duit..bila pergi TEKUN..nak kena jumpa puak-puak UMNO ambik sain..nak jumpa puak-puak ni bukan nya senang..nak kena tukar alamat ler..itu ini..banyak sangat syarat yang mengarut..Ini yang dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN..Buat slogan memang senang tapi kalau tak dilaksanakan tak ada faedahnya. Harapkan TV terjerit sana sini melaungkan 1 Malaysia..Saya antara golongan peniaga kecil yang dah putus asa untuk membuat pinjaman baik dari Bank mahupun dana kerajaan. Semua nya mengarut..Cakap jer lebih..Perlaksanaan tak ada..Kenapa ramai orang melayu terjebak dengan Ah Long..sebab benda2 macam ni..modal tak cukup..nak besarkan perniagaan tak ada sumber kewangan..Last2 cari ah long..tu yang paling senang..Bila banyak kes ah long baru la kerajaan terjerit sana sini mempersalahkan ah long..
Kalau la siti boleh mendapat pinjaman dari TEKUN memang bangang la pentadbiran TEKUN..orang yang dah digelar jutawan boleh diberi kemudahan macam ini..Suka hati depa la sebab mereka ada kuasa untuk meluluskan nya..
Kalau begini cara kerajaan melaksanakan sesuatu dasar..maka saya yakin akan hanyut la kerajaan pimpinan UMNO masa hadapan.. Jangan salah kan kami kenapa tidak menyokong kerajaan tapi renungkan balik apa yang telah dibuat kerajaan selama ini dalam membantu golongan berpendapatan rendah terutama nya orang melayu.
Mana PERKASA, mana NGO yang memperjuang kan nasib orang melayu? Kepada NGO yang melabelkan mereka memperjuang golongan melayu jangan jadi macam semut. Bila ada kes yang besar2 semua nya kerumun nak kan glamour..semua nya pandai bercakap..tapi AMPEH.
Saya adalah salah seorang pengungjung yang membaca tulisan saudara setiap hari..kepada saudara..tulis lah sesuatu isu itu dengan ikhlas..tidak menyebelahi mana-mana pihak..RAKYAT TAHU MEMBEZAKAN NYA...
kalau betul seperti di tulis saudara, macam mana perkara sebegini boleh terjadi atau terlepas pandang?
Post a Comment